Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Siapa yang hijrahnya menuju Allah dan Rasul-Nya, maka ia akan mendapati Allah dan Rasul-Nya. Siapa yang hijrahnya untuk mendapatkan dunia, maka ia akan mendapatkan dunia itu. Dan, siapa yang hijrahnya untuk mendapatkan seorang perempuan untuk dinikahi, maka ia akan mendapatkan perempuan itu." (HR Bukhari-Muslim daripada Umar bin Khathab)
***
MATLAMAT tidak membenarkan cara. Apapun niat individu termasuk pemimpin atau bekas pemimpin mendedahkan apa didakwa tembelang dan temberang orang, kaedah Machiavelli ini tidak dibenarkan.
Alangkah baiknya jika aib (sekalipun dakwaan itu benar) orang ditutup rapat-rapat kerana keaiban diri sendiri pula ditutup oleh Yang Maha Kuasa. Untuk apa menghabiskan masa tua yang tinggal sebentar cuma itu menimbun dosa; sebaliknya memaksimumkannya untuk mencari bekalan sebanyak-banyaknya ke alam yang pangkat, kuasa, kemasyhuran dan duit serta emas permata tidak berguna lagi.
Jika keaiban orang sengaja kita dedahkan, segala keburukan diri kita pula akan didedahkan bukan saja di dunia ini tetapi tersangat dahsyat di akhirat nanti di mana seseorang itu hanya mengharapkan perlidungan Allah SWT.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, menyatakan: "Barang siapa melepaskan seorang mukmin daripada kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat..."
Sesiapa yang menulis sesebuah buku misalnya, perlu ingat apa yang mereka sampaikan itu, dosa dan pahalanya akan mereka tanggung secara berkekalan sehingga berakhirnya kesan daripada penulisan mereka itu. Ya, ia mungkin tidak akan berakhir sehinggalah dunia ini kiamat. Jadi bayangkan berapa juta pahala atau dosa (ribuan tahun kesan positif atau negatif akibat tulisan) yang akan dihimpunkan oleh seseorang penulis itu.
Jika seorang penulis menghasilkan karya yang menjurus kepada kebaikan, pahala kebaikan daripada usahanya itu akan terus dinikmatinya sekalipun dia sudah berada ribuan tahun dalam kubur namun seorang penulis yang menghasilkan tulisan berupa racun fitnah, dosanya akan ditanggung berterusan sehinggalah kesan daripada tulisannya itu berakhir. Bagaimana ini akan berakhir sedang keburukan itu akan diturunkan daripada satu generasi kepada generasi lain?
Sebenarnya maut terlalu dekat dengan kita, terutama mereka yang diberi tanda-tandanya seperti tua, badan sakit-sakit, rambut beruban, gigi luruh dan mata yang kurang nampak. Jadi bersedialah untuk menjadi penghuni kubur dan bukannya menyemarakkan fitnah melalui penulisan buku.
Imam Syatibi Rahimahullah di dalam kitabnya ‘Al Muafaqat menyatakan: “Beruntunglah sesiapa yang mati dan mati bersama-sama dosa-dosanya, dan celaka yang berpanjangan bagi sesiapa yang mati dan dosa-dosanya terus kekal berterusan 100 tahun dan 200 tahun diazab dengannya di dalam kubur…”
Mengenai bahana menolong menyebarkan berita fitnah seperti yang berlaku setiap hari sekarang ini, Haji Ahmad Haris Suhaimi dalam kitabnya ‘Bagaimana Mendapat Pahala Hidup 7000 Tahun’ (Penerbit HRs Consultant, Singapura) antara lain menulis: “Menolong menyebarkan fitnah jahat tidak kurang besar tanggungan dosanya seperti juga orang yang mula-mula menimbulkan fitnah itu.
“Sebab itulah apabila berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. di mana orang-orang munafik mula menyebarkan berita fitnah terhadap Saiyidah Aishah r.a., suaminya iaitu Rasulullah s.a.w., maka beberapa sahabat juga (kerana terlupa) turut menyebarkan berita fitnah ini tanpa membuat penyelidikan dahulu. “Maka setelah agak lama berlakunya penyebaran fitnah sehingga menyusahkan hati baginda s.a.w. baharulah setelah itu wahyu diturunkan untuk membersihkan Saiyidah Aishah r.a. daripada tuduhan itu. Lalu hukuman hudud iaitu rotan 80 kali dikenakan terhadap mereka yang mula-mula membawa fitnah ini dan juga mereka yang menolong menyebarkan fitnah ini, walaupun jika ada yang mendakwa mereka hanya menyampaikan berita itu saja.”
Sejak akhir-akhir ini mediamassa dan juga orang perseorangan termasuk pemimpin begitu giat menolong menyebarkan dakwaan pemfitnah. Pembuat fitnah mendakwa pelbagai perkara termasuk perkara keji seperti zina, liwat dan dosa-dosa besar lain. Tidakkah sesuatu dapat dipelajari daripada kisah Aisyah yang difitnah itu?
Jika sahabat yang tanpa sedar telah terbabit menyebarkan berita fitnah mengenai Aisyah, dikenakan rotan 80 kali, tidakkah penulis yang menolong menyiarkan berita fitnah termasuk dalam kes liwat dan zina layak dirotan 80 kali?
Demikianlah betapa Islam memandang serius perkara membabitkan fitnah ini. Selanjutnya, Haji Ahmad Haris Suhaimi menulis: “Ingatlah selalu pesanan Allah SWT kepada kita dalam menghadapi cerita-cerita yang tidak baik tentang orang lain dengan firman-Nya yang bermaksud ‘(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita (bohong) itu dari mulut ke mulut, dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja, padahal ia di sisi Allah adalah besar’. (Surah Al-Nur Ayat 15)
“Dan ingatkan pesanan Rasulullah s.a.w. tentang maruah seorang Muslim dengan sabda baginda yang bermaksud: ‘Maruah seorang Muslim itu adalah satu lubang daripada lubang-lubang api nereka’. Ini bermaksud, jangan suka memburuk-burukkan peribadi seorang Muslim, kerana perbuatan itu seperti bermain dengan lubang-lubang api nereka.
“Apapun jika seorang Muslim itu terbukti bersalah sekalipun, kita disunatkan menutup keaibannya, melainkan kesalahannya sudah terlalu amat besar yang mana ia perlu diberitahu kepada pihak berkuasa.
“Ingatlah selalu firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 192 yang bermaksud: “Dan fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh

Sejak akhir-akhir ini media

No comments:
Post a Comment