Saya sedih membaca laporan yang mengaitkan ulama terkenal dunia Islam, Dr Yusuf al-Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin atau Muslim Brotherhood dengan pertubuhan atau pergerakan pengganas. Tuduhan tidak berasas dan liar itu didalangi oleh Amerika Syarikat, puak Zionis dan Barat. Kita tahu kenapa mereka berbuat demikian.
Tetapi, yang lebih menyedihkan apabila ada negara dan pemimpin beragama Islam yang terperangkap dan terjerumus ke dalam kancah fitnah dan terikut-ikut dengan musuh Islam itu seperti kerbau dicucuk hidung.
Sebelum digulingkang, mantan presiden Mesir menindas dan menghumban ke penjara pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin dan mengharamkan Dr Yusuf, seorang rakyat Mesir, daripada negaranya sendiri. Hosni Mubarak takut akan bayang-bayangnya sendiri dan melihat gerakan persaudaraan Islam itu sebagai ancaman besar terhadap kepimpinannya. Akhirnya, dengan kehendak Allah tumbang juga dia dan Ikhwanul Muslimin serta Dr Yusuf kembali bersinar di bumi Mesir..
Saya membawa cerita itu semata-mata kerana Perdana Menteri kita sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat ulasan atau komen yang agak kurang senang mengenai Ikhwanul Muslimin dan Dr Yusuf al-Qaradawi sendiri semasa berada di Istanbul, Turki baru-baru ini.
Benar, Najib telah menafikan yang dia melemparkan tuduhan tidak berasas itu terhadap Ikhwanul Muslimin dan Dr Yusuf, tetapi dia tidak menafikan yang dia ada menyentuh mengenai kedua-duanya. Amat biasa sekali kita membaca pemimpin membuat penafian atau menyalahkan pemberitaan apabila apa yang diucapnya menikam balik. Itulah yang berlaku.
Ketika berkempen pada pilihan raya kecil DUN Kerdau di Temerloh semalam, Najib dilaporkan sebagai berkata bahawa dia tidak pernah melabelkan Ikhwanul Muslimin dan Dr Yusuf al-Qaradawi sebagai pengganas.
"Saya tak kata Muslim Brotherhood ini kumpulan pengganas. Saya kata Muslim Brotherhood boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat menolak keganasan dan fahaman ektremis...", itulah antara lain kata-kata Najib seperti yang dilaporkan oleh Bernama.
Saya ingin memetik kata-katanya."...dengan syarat menolak keganasan. dan fahaman ekstremis.." bukankah kata-kata sedemikian menunjukkan bahawa Najib percaya yang Ikhwanul Muslimin mendokong keganasan, jika tidak kenapa perlu mengenakan syarat agar mereka menolak keganasan. Siapakah Najib untuk mengenakan syarat sedemikian kepada Ikhwanul Muslimin? Mungkin itu yang akan ditanya oleh mereka kepada kita.
Mengenai Dr Yusuf al-Qaradawi, ulama berusia 84 tahun yang diberi penghormatan dan pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia dengan anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Antarabangsa 2009 kerana jasa dan sumbangannya yang tidak ternilai bukan sahaja kepada dunia Islam tetapi kepada kemanusiaan itu sendiri, Najib mengeluarkan kata-kata yang menzahirkan kebimbangan yang amat sangat terhadap tokoh yang disegani itu.
(Najib said he has "some concerns, deep concerns" about Yusuf al-Qaradawi, the Muslim Brotherhood's spiritual leader. Those concerns center on Qaradawi's support and justification for terrorism, which carries a great of weight given Qaradawi's credibility as an Islamic scholar. It is exactly that type of Muslim leader that has led theMiddle East astray, according to Najib.)
Bukankah kata-kata Najib itu satu pandangan yang selari dan senada dengan apa yang telah dan sedang diperkatakan oleh golongan Zionis, Amerika Syarikat dan Barat terhadap Dr Yusuf al-Qaradawi, tokoh yang Malaysia melihat sebagai cukup layak dan bertepatan untuk diberi anugerah tertinggi Ma'al Hijrah.
Bolehkah kita samakanMalaysia sebagai pendokong dan penyokong kegananasan kerana kita sendiri memberi anugerah kepada seorang yang dituduh sebagai menyokong dan mewajarkan keganasan? (Qaradawi's support and justification for terrorism).
Mungkin Najib tidak mendapat nasihat yang betul daripada para penasihatnya termasuk penasihat media yang berpengalaman luas sehingga dia tidak kenal siapa itu Dr Yusuf al-Qaradawi dan apa itu Ikhwanul Muslimin.
Oleh itu, elok juga diperturunkan sedikit sebanyak mengenai cendekiawan Islam yang dilahirkan di Shaft Turaab, Kaherah atauCairo , Mesir pada 9 September 1926.
Pada usia 10 tahun Dr Yusuf sudah hafal al-Quran. Dia menamatkan pendidikan di Ma'had Thanta dan Ma'had Tsanawi dan melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar, Fakulti Usuluddin dan lulus pada 1952. Dia memperolehi ijazah kedoktoran pada 1972 melalui tesis yang kemudian dijadikan buku ilmiah 'Fiqh Zakat'.
Dr Yusuf meninggalkan Mesir pada 1961 kerana tidak tahan menerima sekatan dan tekanan oleh sebuah rejim yang kejam. Dia menuju keQatar dan di sana dia menubuhkan Fakulti Syariah di Universiti Qatar dan kemudian Pusat Kajian Sejarah dan Sunnah Nabi.
Dr Yusuf al-Qaradawi melalui pengalaman pahit dipenjarakan seawal usianya 23 tahun kerana terlibat dalam Ikhwanul Muslimin pada 1949, pada 1956 semasa revolusi Jun dia dipenjara selama dua tahun oleh rejim tentera.
Dia ditakuti kerana keberaniannya berkhutbah mengakibat dia dilarang sebagai khatib kerana isi khutbahnya yang menyentuh soal ketidak adilan rejim yang memerintah Mesir pada waktu itu.
Dr Yusuf al-Qaradawi adalah seorang Mujtahid zaman semasa, seorang ketua majlis fatwa dimana banyak fatwanya dijadikan bahan rujukan atas permasalahan yang dihadapi walaupun banyak juga yang mengkritik fatwanya.
Namun begitu, adalah sesuatu yang tidak betul dan tidak adil untuk menuduh Dr Yusuf al-Qaradawi sebagai seorang pengganas, atau seorang yang menyokong dan mewajarkan keganasan. Mereka yang melemparkan tuduhan sedemikian sebanarnya terpengaruh atau dipengaruhi oleh pemikiran pihak-pihak tertentu yang amat takut akan kebangkitan Islam.
Tetapi, yang lebih menyedihkan apabila ada negara dan pemimpin beragama Islam yang terperangkap dan terjerumus ke dalam kancah fitnah dan terikut-ikut dengan musuh Islam itu seperti kerbau dicucuk hidung.
Sebelum digulingkang, mantan presiden Mesir menindas dan menghumban ke penjara pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin dan mengharamkan Dr Yusuf, seorang rakyat Mesir, daripada negaranya sendiri. Hosni Mubarak takut akan bayang-bayangnya sendiri dan melihat gerakan persaudaraan Islam itu sebagai ancaman besar terhadap kepimpinannya. Akhirnya, dengan kehendak Allah tumbang juga dia dan Ikhwanul Muslimin serta Dr Yusuf kembali bersinar di bumi Mesir..
Saya membawa cerita itu semata-mata kerana Perdana Menteri kita sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat ulasan atau komen yang agak kurang senang mengenai Ikhwanul Muslimin dan Dr Yusuf al-Qaradawi sendiri semasa berada di Istanbul, Turki baru-baru ini.
Benar, Najib telah menafikan yang dia melemparkan tuduhan tidak berasas itu terhadap Ikhwanul Muslimin dan Dr Yusuf, tetapi dia tidak menafikan yang dia ada menyentuh mengenai kedua-duanya. Amat biasa sekali kita membaca pemimpin membuat penafian atau menyalahkan pemberitaan apabila apa yang diucapnya menikam balik. Itulah yang berlaku.
Ketika berkempen pada pilihan raya kecil DUN Kerdau di Temerloh semalam, Najib dilaporkan sebagai berkata bahawa dia tidak pernah melabelkan Ikhwanul Muslimin dan Dr Yusuf al-Qaradawi sebagai pengganas.
"Saya tak kata Muslim Brotherhood ini kumpulan pengganas. Saya kata Muslim Brotherhood boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat menolak keganasan dan fahaman ektremis...", itulah antara lain kata-kata Najib seperti yang dilaporkan oleh Bernama.
Saya ingin memetik kata-katanya."...dengan syarat menolak keganasan. dan fahaman ekstremis.." bukankah kata-kata sedemikian menunjukkan bahawa Najib percaya yang Ikhwanul Muslimin mendokong keganasan, jika tidak kenapa perlu mengenakan syarat agar mereka menolak keganasan. Siapakah Najib untuk mengenakan syarat sedemikian kepada Ikhwanul Muslimin? Mungkin itu yang akan ditanya oleh mereka kepada kita.
Mengenai Dr Yusuf al-Qaradawi, ulama berusia 84 tahun yang diberi penghormatan dan pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia dengan anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Antarabangsa 2009 kerana jasa dan sumbangannya yang tidak ternilai bukan sahaja kepada dunia Islam tetapi kepada kemanusiaan itu sendiri, Najib mengeluarkan kata-kata yang menzahirkan kebimbangan yang amat sangat terhadap tokoh yang disegani itu.
(Najib said he has "some concerns, deep concerns" about Yusuf al-Qaradawi, the Muslim Brotherhood's spiritual leader. Those concerns center on Qaradawi's support and justification for terrorism, which carries a great of weight given Qaradawi's credibility as an Islamic scholar. It is exactly that type of Muslim leader that has led the
Bukankah kata-kata Najib itu satu pandangan yang selari dan senada dengan apa yang telah dan sedang diperkatakan oleh golongan Zionis, Amerika Syarikat dan Barat terhadap Dr Yusuf al-Qaradawi, tokoh yang Malaysia melihat sebagai cukup layak dan bertepatan untuk diberi anugerah tertinggi Ma'al Hijrah.
Bolehkah kita samakan
Mungkin Najib tidak mendapat nasihat yang betul daripada para penasihatnya termasuk penasihat media yang berpengalaman luas sehingga dia tidak kenal siapa itu Dr Yusuf al-Qaradawi dan apa itu Ikhwanul Muslimin.
Oleh itu, elok juga diperturunkan sedikit sebanyak mengenai cendekiawan Islam yang dilahirkan di Shaft Turaab, Kaherah atau
Pada usia 10 tahun Dr Yusuf sudah hafal al-Quran. Dia menamatkan pendidikan di Ma'had Thanta dan Ma'had Tsanawi dan melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar, Fakulti Usuluddin dan lulus pada 1952. Dia memperolehi ijazah kedoktoran pada 1972 melalui tesis yang kemudian dijadikan buku ilmiah 'Fiqh Zakat'.
Dr Yusuf meninggalkan Mesir pada 1961 kerana tidak tahan menerima sekatan dan tekanan oleh sebuah rejim yang kejam. Dia menuju ke
Dr Yusuf al-Qaradawi melalui pengalaman pahit dipenjarakan seawal usianya 23 tahun kerana terlibat dalam Ikhwanul Muslimin pada 1949, pada 1956 semasa revolusi Jun dia dipenjara selama dua tahun oleh rejim tentera.
Dia ditakuti kerana keberaniannya berkhutbah mengakibat dia dilarang sebagai khatib kerana isi khutbahnya yang menyentuh soal ketidak adilan rejim yang memerintah Mesir pada waktu itu.
Dr Yusuf al-Qaradawi adalah seorang Mujtahid zaman semasa, seorang ketua majlis fatwa dimana banyak fatwanya dijadikan bahan rujukan atas permasalahan yang dihadapi walaupun banyak juga yang mengkritik fatwanya.
Namun begitu, adalah sesuatu yang tidak betul dan tidak adil untuk menuduh Dr Yusuf al-Qaradawi sebagai seorang pengganas, atau seorang yang menyokong dan mewajarkan keganasan. Mereka yang melemparkan tuduhan sedemikian sebanarnya terpengaruh atau dipengaruhi oleh pemikiran pihak-pihak tertentu yang amat takut akan kebangkitan Islam.
No comments:
Post a Comment