BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Saturday, October 9, 2010

PERISTIWA DI SURAU DARULSALAM PAKA

Assalamualaikum,
Semalam 18 September 2010 surau Darulsalam (Pok Bakar) depan stesen minyak ESSO Paka telah mengadakan jamuan Hari Raya Aidil Fitri.
Seekor lembu telah disembelih dan dagingnya telah dimasak singgang untuk jamuan.
Kebetulan petang itu selepas solat zohor Ustaz Saiful datang makan. Semasa tengah makan tu berita gempar dari anak Pok Bakar yang sedang menambah lauk di kemah perempuan telah terjumpa kalimah Wallahu. (Allah) disekeping daging yang dihidangkan, tidak sampai beberapa minit terjumpa satu ketul daging lagi serupa kalimah Allah lagi. Ramai yang sempat merakamkan gambar ketulan daging tersebut.

Pada sebelah pagi semasa siang daging lembu itu tersebut daging tak habis untuk dilapah, sehingga dah dimasak 2 kawah daging masih lagi tak habis disiang.
Pok Bakar pun merasa hairan kenapa daging ni menjadi banyak. Harga seekor lembu hanya RM 2,400 jer.
Jamuan sampai lepas solat asar masih ada lagi.

Itu lah dia kekuasan Allah SWT.
Wallahualam.
Mudah mudahan menjadikan kita hamba hamba Nya yang lebih bertaqwa

Firman Allah yang maksudnya
Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya dan mereka (yang ingkar): Bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.

Soorah Ar Rad 13:26





No comments:

Post a Comment