BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Saturday, October 23, 2010

19hb OKT 2010 SELASA HANTAR MAK KE TANAH SUCI

 MAK KE TANAH SUCI

Tarikh 19.10.2010 hari selasa. Jam 11 pagi laungan Takbir oleh Al-Fahdil Abang Ha suami Mek Ani dan selepas itu bacaan Doa oleh Mak memulakan langkah ke Mekah untuk menunaikan seruan Ilahi. Antara kenderaan mengiringi bersama Mak ialah Abang long & anak Kak Dah & anaknya dengan kereta Wira, Kak Long, Along, Ateh, Tok Su, Tok Ngah kereta CRV, Kak Dah & anak, Kak Lah & anak dan Ju kereta Wira, Abang Ki dan anak kereta Iswara, Kak Jah dan anak kereta Wish, Nasir bersama Mak kereta Myvi, Tar  bersama Mak Su kereta Myvi, Abang Ha & anak isteri, Mak Su dan Mak Chik Wok dengan Van, Abang Mie & Maknya, Abang Ngah dan Ain kereta proton (Ain kak Dah kena Histeria semasa menduduki peperiksaan di sekolah terpaksa di bawa pulang. Setelah dibawa berjumpa ustaz untuk proses pemulihan terus mengikuti rombongan menghantar Mak), Abang Him & anak isteri kereta Wira dan Abang Hasan dan isteri kereta Iswara.

Jam 11.58 minit selamat sampai di Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Semasa sampai di Airport kelihatan Jemaah Haji melalui Tabung Haji sudah memenuhi ruang legar bawah. Rombongan Mak dibenarkan naik tingkat satu setelah Abang Long dan Abang Din berurusan dengan pihak pengurusan Tabung Haji. Sebab Mak melalui swasta iaitu ZAHAFIZ TRAVEL beribu pejabat di Selangor.

Mengikut pengiraan awal dalam temujanji dengan pihak pengurusan, Mak dikehendaki berada di Airport jam 1 tengahari. Jam 3 petang beg besar Mak sudah melalui pemeriksaan x-ray berkomputer. Jam 3.30 semua rombongan bersalaman dengan Mak. Jam 3.45 Mak memasuki ruangan pelepasan untuk ke kuala Lumpur. Kami rombongan pengiring bergegas ke ruangan hujung Airport dimana disana ada jamuan yang disediakan makanan oleh Pejabat Menteri Besar. Kerana disanalah satu-satunya tempat yang boleh melihat kapal terbang. Kami yang sudah membawa makanan berbungkus daripada rumah terpaksa membawa balik semula kerumah masing-masing.

Kami meninggalkan Airport jam 5 petang. Nasir bergegas pulang untuk ke Hospital Kuala Terengganu kerana ayah mentua sudah boleh keluar dari Hospital. Tar bergegas pulang ke Perlis kerana sudah lama bercuti kerana perkahwinan adik ipar di Gua Musang.

Dan berita seterusnya, Abang ki serahkan kepada Kak Yah, Na dan Adik Wan di Kelana Jaya yang menunggu jam 4 petang lagi. (Mungkin anak Abang Him turut sama iaitu Hamdan, Yusuf dan Mek Yah). Sebab penerbangan Mak daripada Kuala Terengganu (4.15ptg) Boieng 737 ke KLIA (5.15ptg) dan Mak akan menaiki bas ke Kelana Jaya (7.22mlm) menginapan buat sementara kemudian kembali semula ke KLIA (9.30mlm) untuk pernebangan ke Mekah jam 1pagi (Madinah @ Jedah).

Menurut laporan Na, Mak sudah selamat sampai di Madinah jam 10 pagi waktu Malaysia atau jam 6 pagi waktu Madinah. (8 jam tempuh perjalanan KLIA – Madinah). Nombor telepon Mak di Mekah 966594782285.

No comments:

Post a Comment