BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Wednesday, October 27, 2010

N45 GALAS

PILIHANRAYA KECIL DUN N45 GALAS GUA MUSANG KELANTAN

25hb. Okt. 2010 Isnin malam, selepas kuliah dan solat hajat bersama Ustaz Harun Binjai jam 9:45 pejuang Islam berkumpul di Surau Batu 2, Kampung Jaya Chukai Kemaman Terengganu. Berbekalkan semangat jihad untuk menegakkan syariat Allah SWT di Dun Galas kami pikul bersama-sama pejuang-pejuang Islam yang lain.

Kereta kebal kami innova 6 orang, sorento 4 orang, chery 6 orang dan hilux 3 orang. Halangan pertama tol jabor angkat resit dan halangan kedua tol susur chenor kampung Awah RM13.70. pasukan kami menghala ke Bandar Pusat Jengka, Jerantut, Lipis (menjamu selera nasi minyak jam 2 pagi di perkarangan Masjid Pekan Kuala Lipis) dan point kemuncaknya Bandar Gua Musang pada 26hb. Okt. 2010 sebelum subuh.  

Pasukan kami sampai di Masjid lama Bandar Gua Musang jam 4 pagi. Kami lihat rakan daripada Binjai dan Pasar Chukai sudah sampai.

Anda semua boleh lihat gambar yang saya paparkan sebagai kenyataan benar. Tapi hasilnya kita semua tunggu pada 4hb. Nov. 2010 malam. IsyaAllah pasukan Islam akan menang BESAR dengan izin Allah SWT. Yang pasti anda semua solat hajat, berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT memohon pertolongan daripadaNya bukan daripada Bomoh!.

Misi pasukan kami terpaksa pulang jam1 tengahari pada 26hb. Okt. 2010 melalui kuala Krai, Machang (singgah di masjid Pekan Machang – mandi solat jamak zuhur asar jam 3 petang), Pasir Putih, Jerteh (singgah makan nasi goreng dan roti canai air bandung) Kuala Terengganu, Marang (singgah di rumah salah seorang tentera kami – Wan Marzuki di Kampung Pulau Kerengga – solat jamak maghrib isyak seterusnya menjamu mee goreng dan kerepok lekor beserta Teh O panas dan Teh O ais yang disediakan oleh adiknya Wan Mohd Nasir bersama isterinya Ima). Pihak ketua pasukan mengucap jutaan terima kasih kepada tuan rumah sekeluarga kerana menerima  pejuang-pejuang Islam hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasanya kembali. Takbir! Takbir! Takbir!

Jam 10:15 malam pasukan terakhir sampai di chek point kadai kopi Surau batu 2, Kampung Jaya. Alhamdulillah semuanya selamat.

Terima kasih kepada tentera-tentera Islam dan juga pemilik kereta kebal

Sorento
Tuan Haji Tahir (ketua pasukan dan juga pemilik kereta), Cikgu Mie, Azmi dan wan Marzuki.

Innova
Zukri (pemilik kereta), Azhar, Halim, Rahim, Cikgu Ariffin dan Pak Awang bilal surau

Chery
Din (pemilik kereta), Tn. Hj. Mukhtar, Rizal KP, Rizal Hospital, Che Azam dan Sukri

No comments:

Post a Comment