BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Saturday, June 4, 2011

MAJLIS PERKAHWINAN AYAH CHIK MAMA DI PAGOH 4hb JUN 2011 SABTU














 Bermula daripada Mak chili Kemaman jam 7 pagi selamat sampai di Pekan Tangkak jam 12 tengahari. Abah terus ke masjid untuk solat Jumaat, Mama dan anak-anak pergi shopping. Selepas itu baru sama-sama makan di kawasan Masjid Jamek Tangkak. Gambar ini dirakam sekitar masjid Jamek Tangkak. Terlupa untuk rakam mama shopping di Pekan Tangkak.


Jam 3:30 petang kami bertolak ke Ayer Hitam

 Selamat sampai jam 4:30 petang melalui jalan lebuhraya utara selatan.





















 Jom kita solat asar dahulu





 Hujan mula turun. Jam 7 malam kami bertolak ke homestay yang terletak di Muar. Kami melalui jalan lebuhraya utara selatan.

 Kami selamat sampai di Homestay sewaktu laungan azan isyak.











 Jam 9:30 pagi kami bertolak ke rumah pengantin perempuan di Pekan Pagoh untuk majlis akad nikah.

 Masa yang berbaki sebelum majlis akad nikah, kami berkumpul di Masjid Jamek Pagoh.






Jam 11 pagi Majlis akad nikah bermula.













Majlis akad nikah selesai. Kami berkumpul semula di Masjid Jamek Pagoh untuk solat zohor dan asar jamak.

Majlis Makan nasi beradat jam 2:30 petang untuk kaum keluarga pihak lelaki.



 Majlis bersurai untuk pihak lelaki jam 3 petang. kami bertolak ke Kemaman tapi singgah di Jakel Segamat. Kita jumpa lagi di majlis sambut menantu untuk ayah Chik dan majlis perkahwinan Nor syhahira anak saudara mama di tempat, tarikh dan waktu yang sama. Semua dijemput hadir pada 11hb. Jun 2011 hari Sabtu. Aturcara majlis jam 11 pagi hingga 6 petang untuk jamuan makan. Dan pada jam 10 pagi, 12hb. Jun 2011 hari Ahad majlis hantar menantu bagi Nor Syhahira ke rumah penganti lelaki di Bukit Mentok. Di harapkan keluarga pihak keluarga ayah Chik akan sama-sama mengikuti rombongan ini sebelum pulang ke Johor nanti bagi meramaikan ahli rombongan. Ini kerana pada hari berkenaan sekolah telah bermula selepas bercuti 2 minggu bagi negeri Terengganu.

No comments:

Post a Comment