BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Tuesday, January 4, 2011

SURAU BATU 2, KAMPUNG JAYA JADI TUAN RUMAH


'Jom Kucar Sura DPPKK 2010'

Kemaman, 27hb. Disember - Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) berjaya menganjurkan program kebajikan 'Jom Kucar Sura DPPKK 2010' sempena dengan cuti umum pada 25hb. Disember lepas bertempat di Surau Batu 2, Jalan Air Putih, Kemaman.
Menurut Pengarah Program, Wan Mohd Faisal Wan Abdullah, sebanyak 4 kawah bubur assyura berjaya disiapkan menjelang tengahari. Setiap Pemuda DUN telah menghasilkan sekawah bubur assyura yang diadakan secara bergotong royong dalam suasana ceria dan penuh keakraban.
(Gambar , kanan - Timbalan Yang DiPertua PAS Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid (kiri) bersama AJK DPPKK, Mohd Tishaah Hamzah (kanan)  sedang mengagihkan sumbangan bubur assyura kepada salah seorang pengunjung di Mesra Mall, Kerteh).






'Pada tahun ini DPPKK telah bekerjasama dengan Ahli Jawatankuasa Surau Batu 2 dan keempat - empat Pemuda DUN iaitu Pemuda DUN Kemasik, DUN Kijal, DUN Chukai dan DUN Air Putih telah menghantar petugas masing - masing', ujarnya yang merupakan Ketua Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan, DPPKK.
Kehadiran Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Haji Ismail Harun menyemarakkan semangat para pemuda yang bertungkus lumus mengucar bubur assyura bermula jam 8.00 pagi.
Turut bersama para pemuda ialah Pengarah PAS DUN Chukai, Haji Hanafiah Man yang turut berkongsi pengalaman bagaimana untuk menyediakan bubur assyura yang lazat dan enak.
Sebanyak 700 buah bekas assyura telah diagihkan kepada penduduk di sekitar Surau Batu 2 dan para pengunjung di Mesra Mall, Kerteh.
Timbalan Yang DiPertua PAS Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid, Naib Ketua DPPKK, Suffian Ismail dan AJK - AJK DPPKK terdiri dari Wan Mohd Faisal, Ustaz Syed Shahrunuddin, Ustaz Abu Aiman Azman, Haji Abu Muaz Jusoh, Azman Mohamad, Halfian Ahmad, Saiful Azmi Suhaili dan Mohd Tishaah Hamzah telah bersama mengagihkan sumbangan bubur assyura di Mesra Mall, Kerteh.

No comments:

Post a Comment