Tukang masak import daripada kampung Kubang Ikan Cherating. Tapi sempat masak 1 kawah je. kayu basah Boh! krew 3 orang mari nak tolong. Pihak SKJ mengucapkan jutaan terima kasih. Alhamdulillah kerana mereka ini ringan tulang. Itulah kelabihan orang PAS tiada upah sanggup datang walaupun jauh semata-mata kerana sifat pertolongan bila ada orang memerlukannya.
Nak masak nasi 200kg malam ini. Alhamdulillah Abah sempat masak 2 kawah guna peralatan gas. Walaupun itulah kali pertama Abah tunjuk bakat yang sebelum ini orang SKJ tidak tahu. Ramai jugak AJK SKJ terkejut dengan Abah termasuk tukang masak Kak Mah. Walaupun kak Mah kata Abah tidak berjaya. Tapi itu;lah hasilnya. Teruja Kak Mah! Dia ingat Abah cakap sahaja dalam meeting dan tidak akan berupaya melakukan.
Malam ini memang ramai yang datang untuk tolong AJK SKJ. Samapai berebut-rebut tugasan. Tahniah Beh kerana semangat anda semua menceriakan suasana.
Jam 3:30 pagi dah! sambung besoklah pulak ye. Antara orang kuat bahagian dapur SKJ. Tugasan bersambung selepas solat subuh. Tapi Abah terlupa bawa camera untuk you all bekerja. Hebatnya kedatangan muslimat untuk tolong membuat kerja bungkus nasi 2000 bungkus, buat sambal, potong timun batang, ikan masin dan masak nasi untuk VIP. Terima kasih kerana penuhi masa yang diberikan oleh pihak urusetia. Jam 10:30 pagi sudah seter untuk masukkan kedalam lori sahaja.
No comments:
Post a Comment