BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Tuesday, November 30, 2010

MAUT DI PULAU KERENGGA


MARANG, 1 Dis: Seorang pekerja kilang maut ditempat kejadian, apabila motorsikal yang ditunggangi dirempuh secara berhadapan oleh sebuah bas ekspres yang membawa 10 penumpang di kilometer 29, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Simpang Tiga Gong Beris, Pulau Kerengga, jam 3.30 pagi tadi.

Penungang motorsikal terbabit, Mohd Shahabudin Sudin, 24, tahun yang sudah mengikat tali pertunangan sejak setahun lalu, menungang motorsikal jenis LC 135 bekerja di sebuah kilang di kawasan perindustrian Chendering, Kuala Terengganu dikatakan dalam perjalanan pulang dari tempat kerja menuju ke kediamannya di Kampung Tasek Kubu, Pengkalan Berangan, Marang.

Dalam kejadian itu, bas Ekpress SKA jenis Hino yang dipandu Abdul Rahman Daud, 54, membawa 10 penumpang dalam perjalanan dari Melaka ke Kota Bharu dikatakan gagal mengawal kenderaan selepas motosikal yang dinaiki mangsa datang dari arah bertentangan membelok secara tiba-tiba ke kanan jalan untuk masuk ke simpang tiga berkenaan.

Ekoran itu,mangsa dirempuh secara berhadapan, menyebabkan bas terbabit melanggar dua tiang elektrik yang berada di bahu jalan dan terbabas masuk ke dalam semak dengan salah satu tayar sebelah kiri bahagian belakang turut tercabut.

Menurut Asisten Komisioner, Mazlan Yahya, Ketua Balai Polis Daerah Marang yang dihubungi mengesahkan, mangsa maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, badan dan patah kaki kiri.

Sementara itu, pemandu bas dan enam lagi penumpang masing-masing 4 dewasa dan 2 kanak-kanak hanya mengalami kecederaan ringan.

Ujarnya, siasatan awal polis mempercayai kemalangan ini berpunca dari kegagalan mangsa berhenti memberi laluan kepada bas sewaktu memasuki simpang tiga tersebut, menyebabkan bas terbalik gara-gara mengelak.

Mangsa dibawa ke bilik forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut.

Bas dan motosikal yang dinaiki mangsa ditahan di balai Trafik IPD Marang untuk siasatan lanjut.

No comments:

Post a Comment