Hujan air batu di Mekah 2010
Pada hari Khamis 18 Nov 2010 bersamaan 12 Zulhijjah yang lalu ,iaitu merupakan hari pertama, bagi sebahagian jemaah Haji meninggalkan Mina setelah bermalam, selama 2 malam dan melontar jamrah iaitu antara wajib haji berlaku fenomena luar biasa lagi iaitu turunnya hujan air batu di sana.Ia berlaku di Mekah selepas azan Asar berkumandang, hujan turun dengan lebatnya. Sebenarnya hujan bukan turun secara mendadak kerana mulai waktu Zohor langit memang kelihatan sedikit mendung, memang ada tanda-tanda hari mahu hujan, dan bahkan ketika jemaah haji bermalam di Mina juga hujan telah turun walau cuma sebentar.
Hujan berterusan dengan cukup lebat disertai dengan butiran air batu yang agak besar, disertai dengan ribut petir malah air mulai naik sehingga berlaku banjir kilat walaupun tidak seteruk seperti yang berlaku di Malaysia.
Perisitiwa hujan air batu di Mekah bukanlah kali pertama berlaku, beberapa tahun lalu pernah juga terjadi di sana. Begitu juga dengan peristiwa banjir kilat. Sering juga berlaku di sana. Ada yang mengatakan tidak pelik di sana berlaku banjir kilat kerana di Mekah dan Madinah tiada sistem perparitan kerana di sana jarang berlaku hujan yang memerlukan sistem perparitan.
Apapun,setiap kejadian yang dijadikan ada hikmahnya yang mana hanya Allah Mengetahuinya.
No comments:
Post a Comment