BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Tuesday, March 12, 2013

Air Terjun Menderu Cabang Kerteh

9 Mac 2013  Sabtu - Gembira, seronok kerana sudah lama tidak mandi air terjun hampir 2 tahun rasanya. Kalau kat pantai sudah lama tidak pergi. Seingatnya semasa di rumah Kak Jah di Rusila sahaja yang dapat mandi laut. Tetapi mandi air terjun terasa tersangat istimewanya. Walaupun sebelum ini hanya mandi di sungai Kampung Seberang Tayor sahaja. Itupun kerana ada kawan yang tinggal disana beri maklumat yang sungainya cantik untuk mandi manda. Tetapi hari ini dapat peluang bersama keluarga untuk sama-sama beriadah di Air Terjun Menderu Cabang Kerteh yang jaraknya 37.5km sahaja daripada rumah. Alhamdulillah selepas makan tengahari dan solat zohor dirumah terus menuju ke lokasi pilihan. Perjalanan dikira menarik juga kerana jalan bertar. Hanya selepas memasuki persimpang daripada perkampungan menuju ke tempat Air Terjun sahaja jalan tar yang sudah rosak. Tetapi dikira masih baik lagi. Hanya berbekalkan meehon goreng dan jeput bilis dan air strawberry sudah memandai. Kawasan Air Terjun Menderu yang ada tempat parking kenderaan, persalinan pakaian, tandas, wakaf, meja riadah dan surau. Persekitarannya sentiasa terjaga. Sekitar jarak tertentu ada tong sampah dan plastik hitam. Papantanda jelas terpapar kawasan ini yang dijaga oleh Jabatan Perhutanan Negeri. Hutan simpanlah tu. Tetapi sekiranya kawasan ini ditender balak, akan musnahlah persekitarannya. Setelah jam masuk waktu asar kami pulang. Target 6 April 2013 Sabtu, kami akan datang lagi. Mungkin kali ini lebih awal lagi sekitar jam 11 pagi. InsyaAllah.   

No comments:

Post a Comment