BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Tuesday, December 13, 2011

PROGRAM YANG HAMPIR DENGAN KITA, JOM KITA TURUT SAMA.

InsyaAllah kuliah maghrib pada 14 Dis 2011 Rabu akan disampaikan oleh Ustaz Muhammad Najib Bin Ali dengan sambungan pengajian tafsir Al Rahman bertempat di Surau Batu 2, Kampung Jaya. Semua dijemput hadir.
InsyaAllah kuliah maghrib pada 15 Dis 2011 Khamis oleh Ustaz Che Harun Ibrahim akan menyambung hurian bab akidah dalam kupusan kitab riadus salihin. Bertempat di Surau batu 2, Kampung Jaya. Semua dijemput hadir.
InsyaAllah kuliah subuh (kitab hikam), kuliah muslimat (pendidikan alam rumahtangga) jam 3 petang dan kuliah maghrib (kitab Hikam) sehari bersama Ustaz Hishamuddin Abd Karim pada 16 Dis 2011 Jumaat (pegawai agama di Petronas Kerteh merangkap Ketua Pemuda Pas Kemaman) bertempat di Surau Batu 2, Kampung Jaya. pakat mari belaka lah deh.

InsyaAllah kuliah maghrib akan disampaikan oleh Ustaz Rosmaini daripada Kuantan Pahang pada 17 Dis 2011 Sabtu akan menghuraikan bab akidah. Bertempat di Surau Batu 2, Kampung Jaya. Sama-sama kita perbaiki ilmu didada.

InsyaAllah kuliah subuh pada 17 Dis. 2011 Sabtu akan disampaikan oleh Ustaz Muhammad Ali (ketua Dewan Ulama Kemaman). Ustaz akan membicarakan pengajian hadis 40. Pakat mari belaka lah.

Jom boleh dengar isu terkini.

No comments:

Post a Comment