Ustaz Zul Bukit Mentok menghantar 1 ekor lembu untuk di siang daging. Daging lembu ini untuk program NGO Cakna Kemaman bersama anak Yatim dan ibu tunggal. AJK terpaksa menolong program ini dan meninggal masakan didapur kepada muslimat. Siang daging bermula selepas solat asar. Walaupun kekurangan tenaga kerja pada ketika ini, tapi Alhamdulillah sempat siap sebelum jam 6:30 petang.
Sebelum solat maghrib AJK masakan yang bertugas merasai dahulu nasi arab dan ayam berempah. 1 dulang 7 orang.
Target kehadiran jemaah sekitar 350 orang. Tetapi yang hadir 600 orang, mungkin makanan tidak cukup.
Ustaz yang sudah lama tidak datang ke SKJ kerana bertembung dengan jadual kuliah yang sentiasa di atur oleh Tok Batin. Yang terakhir sekali bulan Mei 2011 kalau tidak silap catatan penulis.
Selesai kuliah dan solat Isyak, jemaah terus dipelawa menjamu selera. Nasi arab gulai kambing ayam berempah, satay 2 ribu cucuk, mee hon, kerepok, nasi kunyit, ketupat, tembikai dan macam-macam lagi.
Sebelum itu Tuan Haji Hanafiah (Pengarah Majlis Tindakan Dun Chukai) memberi peringatan kepada jemaah agar memilih parti bulan dalam pilihanraya akan datang untuk memastikan kemenangan gerakan Islam dibumi Terengganu dan Malaysia.
Tuan Haji Othman menberi duit raya untuk anak muslimat. Target RM400 dikeluarkan untuk malam ini. Khas anak-anak yang datang kesurau sahaja.
No comments:
Post a Comment