Sunday, September 26, 2010
Tangan Adik Wan Nur Aina Najihah
Ini kesan tangan adik yang terkena kaca almari semasa maghrib malam Jumaat 1hb April 2010. Abah pergi surau Batu 2 Kampung Jaya bersama kakak dan angah untuk solat dan mendengar kuliah ustaz Hishamudin Abd Karim. Yang tinggal kat rumah mama dan adik je. Adik di masuk ke Wad Hospital Kemaman jam 10 malam. Pada hari Jumaat jam 2:30 petang adik di hantar ke Hospital Kuantan kerana Hospital Kemaman ketiadaan pakar yang secara kebetulan Doktor pakar pergi ke KL. Abah mengambil keputusan untuk di rujuk ke Hospital Kuantan. Terpaksalah abah dan mama menginap dalam wad 3 hari 2 malam. Gambar ini dirakam selepas seminggu pulang daripada Hospital Kuantan dan selepas itu tiap-tiap hari berulang ke Hospital Kemaman untuk cuci luka. Hampir sebulan untuk sembuh dan jahitan tercabut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment