BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Friday, August 27, 2010

PERKAHWINAN WAN MOKHTAR DAN FIZA

Kami sekeluarga bertolak daripada rumah di Mak Chili Kemaman jam 5 pagi dan singgah mengambil adik yang ke 10 iaitu Wan Mohamad Aizuddin di Taman Sri Kalongan kampung Teluk Kalong untuk pulang ke kampung di Pulau Kerengga dan akan menghadiri majlis perkahwinan adik yang ke 8 iaitu Wan Mokhtar di Gua Musang sebelum jam 10 pagi.



Dalam perjalanan pulang, kami sekeluarga singgah di Masjid Kampung Pak Sabah daerah Dungun untuk solat subuh. Apabila sampai di kampung, kami dihidangkan nasi lemak yang mak sendiri buat sementara menunggu adik yang ke 5 (kak lah) dengan keluarganya belum sampai lagi.



Kami bertolak daripada kampung Pulau Kerengga ke Gua Musang jam 8:15 pagi. Kalau tidak silap 5 buah kereta iaitu kami 1 buah, 1 keluarga, kak dah bersama arwah Pak Su, Ayah Da dengan adik, anak saudara dan Mak, Kak lah sekeluarga dan abang Hasan anak sulong arwah ayah Teh. Manakala Abang Long sekeluarga bersama Wan Mokhtar dan Kak Yah sekeluarga bersama adik yang ke 9 (Wan Fardiana) datang awal iaitu bermalam di Gua Musang.



Dalam keriuhan ini Kak Jah dan Abang Din tidak dapat bersama kerana Kak Jah sarat mengandung anak yang ke 4. Tetapi 3 orang anaknya mengikuti majlis ini.



Rombangan kami selamat sampai jam 10:15 pagi di perkarangan Masjid Gua Musang. Majlis akad nikah berlangsung jam 10:45 pagi di Surau Quarters Polis Gua Musang. Selepas itu rombangan kami di hidangkan jamuan ringan oleh pihak penggantin perempuan.



Sementara menunggu jam 2 petang untuk majlis makan beradat, rombongan kami berehat di kediaman rehat yang telah di sewa yang berhampiran dengan Tasik. Apa lagi anak abang long, anak kak dah, anak jah, dan anak kak lah terus hulur joranglah. Anak saya semuanya perempuan, kalau anak lelaki mahunya tidak sama ngail jugak.



Jam 2 petang rombangan kami menghantar anak teruna ke Dewan Serbaguna Quarters untuk makan tengahari dan beradat. Jam 3 petang rombongan kami bertolak pulang ke Pulau Kerengga. Tetapi abang long sekeluarga dan beberapa orang anak saudara balik awal sebelum solat zohor kerana keluarga isterinya daripada negeri 9 datang kerumahnya di kampung Gong Nangka.



Dalam majlis makan tengahari Mak Ngah (kakak kepada isteri saya) sekeluarga tiba-tiba muncul untuk meraikan perkahwinan anak saudara kawannya. Jadi tempat yang sama, orang yang samalah tu Mak Ngah ye. Kira okay lah tu.



Dalam perjalanan pulang Mak Ngah follow kami. Jadi kami tidak singgahlah di kampung Pulau kerengga. Kami melalui jalan jerangau jabor. Kami sampai jam 10:30 malam di rumah mak Chili Kemaman.

Purata perjalanan kami 340km sehala ataupun 5 jam. Daripada kemaman – Pulau Kerengga – Pengkalan Berangan (Alur Temila) – Ajil – Kuala Berang – Kenyir – Felda Aring – Gua Musang.



Ini adalah sebahagian gambar yang dapat dialbumkan dalam KENANGAN PERKAHWINAN WAN MOKHTAR DAN FIZA.

No comments:

Post a Comment