
Seawal jam 9 pagi muslimat sudah berkhidmat

Basuh 35 ekor ayam

2 ekor kambing gulai

Dacar

Acar mangga

Ayam yang sudah sebati dengan rempah

Ayam goreng berempah

Abang Chik kena panjat pokok pelam

Nasi arab sudah masak

Cuba kita rase dahulu macamana!

Hati-hati bang Chik

Mee hon goreng sudah siap

Ustaz Zul Bukit Mentok menghantar 1 ekor lembu untuk di siang daging. Daging lembu ini untuk program NGO Cakna Kemaman bersama anak Yatim dan ibu tunggal. AJK terpaksa menolong program ini dan meninggal masakan didapur kepada muslimat. Siang daging bermula selepas solat asar. Walaupun kekurangan tenaga kerja pada ketika ini, tapi Alhamdulillah sempat siap sebelum jam 6:30 petang.

AJK SKJ Tuan Haji Mokhtar

2 orang wakil NGO Cakna kemaman

Baju hijau wakil NGO

Baju kuning wakil NGO

Ok sudah siap Ustaz Zul. Kami terpaksa kedapur semula untuk siapkan kerja-kerja masakan.

Sebelum solat maghrib AJK masakan yang bertugas merasai dahulu nasi arab dan ayam berempah. 1 dulang 7 orang.

Sudah masuk waktu maghrib

Makanan sudah siap dihidang

Jemaah mendengar kuliah maghrib jemputan bulanan yang disampaikan oleh Ustaz Yusof Pulau Manis.

Target kehadiran jemaah sekitar 350 orang. Tetapi yang hadir 600 orang, mungkin makanan tidak cukup.

Ustaz yang sudah lama tidak datang ke SKJ kerana bertembung dengan jadual kuliah yang sentiasa di atur oleh Tok Batin. Yang terakhir sekali bulan Mei 2011 kalau tidak silap catatan penulis.

Awi satay

Turut sama Mama dan Ijaz (isteri Ayah Mat)

Selesai kuliah dan solat Isyak, jemaah terus dipelawa menjamu selera. Nasi arab gulai kambing ayam berempah, satay 2 ribu cucuk, mee hon, kerepok, nasi kunyit, ketupat, tembikai dan macam-macam lagi.

Mulakan dengan Bismillah dan akhirkanlah dengan Alhamdulillah.

Ustaz makan bersama jemaah

Ucapan Pengerusi Pas Cawangan kampung Jaya Tuan Haji Othman semasa jemaah menikmati juadah.

Tuan Haji Hanafiah bersedia untuk memberi duit raya kepada anak-anak jemaah.

Sebelum itu Tuan Haji Hanafiah (Pengarah Majlis Tindakan Dun Chukai) memberi peringatan kepada jemaah agar memilih parti bulan dalam pilihanraya akan datang untuk memastikan kemenangan gerakan Islam dibumi Terengganu dan Malaysia.

Tuan Haji Hanafiah memberi untuk anak muslimin

Tuan Haji Othman menberi duit raya untuk anak muslimat. Target RM400 dikeluarkan untuk malam ini. Khas anak-anak yang datang kesurau sahaja.

Cantik... anak-anak beratur untuk menerima duit raya.

Pihak AJK SKJ mengucapkan JazakaAllah kepada semua penyumbangan dalam majlis sambutan aidil fitri di SKJ.
No comments:
Post a Comment