Sepanjang kehidupan kami sekeluarga
amat berbahagia dengan kehadiran anak yang ke empat ini. Walaupun sudah 2 kali adik
Ainur terjatuh. Yang pertama kerana kelalaian kak yong leka bermain basikal
terlupa beca yang dinaiki adik Ainur tidak di ikat lagi sehingga terlepas dari
pintu lalu menluncur laju terjatuh ke tanah. Dan yang keduanya semasa angah
yang terlalu seronok bermain dengan adik Ainur terlepas dari peganggan tangan
lalu terjatuh ke lantai. Alhamdulillah Allah masih memberi kami kegembiraan
lagi. Dan kami mengharapkan Allah SWT sentiasa menglindungi kami daripada
sebarang bala bencana yang tidak kami mampu menanggungnya. Nauzubillah. Mohon
Allah SWT jauhkan.