Sebuah karya Ustaz
Mohd Khalil (Kadi Kluang Johor)
Di copy paste kan
(kerana aku adalah
peminatnya)
EPISOD 27
Yanti memandu sendiri
ke Kemaman, maklumlah jadi urusetia kursus dua minggu, bukan kejap. Nanti
boring-boring bolehlah naik kereta jalan-jalan. Yanti dah biasa memandu sendiri
walaupun jauh, jalan melalui lebuhraya Karak, kemudian Temerloh, Maran,
Kuantan, barulah sampai ke Kemaman dalam jam 3.00 petang. Masa tu tak ada
lebuhraya Pantai timur macam sekarang. Urusetia kursus 6 orang, 2
perempuan. Semua urusetia lain Yanti baru kenal di situ.
Jadi urusetia kursus
ni penatnya macam peserta kursus gak, malah lebih penat lagi. Dalam dua minggu
ni, tidur pun tak cukup, paling cepat pun tidur pukul satu. Bangun tidur pulak
5.30 pagi dah bersedia untuk kawal peserta pegi solat subuh. Bagi Yanti, dua
minggu ini suatu yang menghiburkan juga, biasalah banyak aktiviti dengan
bersukannya dan aktiviti luar. Jadi, Yanti nampak ceria dan macam tak ada
masalah dan tak ada kerunsingan apa-apa.
Man di kampung sudah
sihat hampir ke sedia kala. Sudah masuk tiga minggu juga dia lalui pembedahan.
Man dah mula boleh berjalan, bercakap, mendengar dan makan minum seperti biasa.
Man mahu sangat hendak ke JB untuk berniaga burger semula tapi dilarang ibu dan
bapanya. Mereka risau sebab Man nampak belum berapa sihat seperti sebelumnya.
Ikutkan hati Man, Man dah rasa dirinya sihat, tapi bagi mak ayah Man, biasalah
sikit-sikit risau, tak habis-habis risau pasal Man.
Aboi dan Man sering
berhubungan mengenai jualan burgernya. Aboi nampaknya seorang yang jujur dan
ada potensi untuk mengikut jejak langkah kejayaan Man. Cuma Aboi tak berapa
mesra dengan pelanggan, dia masih baru nak berniaga, tak berapa mesra sangat.
Pelanggan Aboi tak seramai dulu antaranya rasa burger yang Aboi tak sama dengan
burger dari 'tangan sakti' Man. Man dah tahap pakar walaupun cara masak dan
ramuan sama saja dengan burger Aboi, tapi lain rasanya. Ini menambahkan rasa
nak balik cepat ke JB. Man rasa dia seminggu lagi di kampung.
Man juga dah boleh
pandu kereta walaupun ibu Man selalu membebel dan larang Man bawak kereta sebab
katanya Man tak berapa stabil lagi. Tapi Man bawa juga kereta Wajanya
jalan dekat-dekat. Suatu hari, waktu makan malam bersama, keluarga Man berbual
sambil menikmati jamuan.
"Man. Bila-bila pergilah bank, pulang semula duit Yanti 10,000 tu".
Kata ayah Man.
"Nantilah abah, Man pun belum ada masa nak pegi bank lagi". Kata Man.
"Bukan apa, abah rasa tak sedap hati, kau pun ada duit 10,000. Cuma hari
tu tak sempat nak bayar". Kata ayah Man.
"Yer Man, betul kata abah kau tu. Kita tak mahu terhutang budi banyak pada
orang yang bukan keluarga kita". Kata ibu Man pula.
Man tersentak juga. Man pun sudah hampir sebulan tak berhubung
dengan Yanti. Untuk pulangkan semula wang 10,000 pada Yanti, Man pun serba
salah juga, takut Yanti terasa hati. Man pada mulanya ambil keputusan untuk
menghubungi Yanti. Tapi..... tiba-tiba timbul perasaan takut, Man masih
takutkan kejadian dia dibelasah berulang. Man tahu Yanti sudah pindah ke KL dan
Man rasa mungkin duduk rumah mak ayah Yanti. Jadi kalau telefon, bimbang ada
adik beradik Yanti yang jawab, fikir Man. Man tak jadi hubungi Yanti dan
mengambil keputusan untuk berdiam diri tanpa menelefon Yanti. Namun perasaan
rindu Man pada Yanti tetap tak hilang.
Suatu hari pula, ayah Man bertanya suatu soalan pada Man, soalan yang sangat
sukar dijawab.
"Man. Kamu kena pukul di JB kenapa, ada kaitan dengan Yanti ker ?".
Tanya ayah Man.
"Abah.... Man tak mahu kenangkan itu semua lagi. Man tak pasti.....".
Kata Man.
Namun, ayah dan mak Man ada mensyaki sesuatu, lebih lagi memikirkan kenapa
Yanti sanggup mengeluarkan 10,000. Dan yang paling nyata, kenapa Yanti kata
"untuk menebus dosa dan kesalahan Yanti". Perkataan itu, bagi seorang
bapa yang dah sangat matang, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena. Lagi pun,
Yanti sanggup tunggu Man di hospital dan sekali sekala Yanti berkata
"tidak! tidak!" seolah-olah ada seseorang yang Yanti marahkan,
mungkin marahkan orang yang membuatkan Man begitu.
Tapi ayah Man taklah mahu Man berterus terang dalam keadaan Man yang masih
trauma, tidak sepatutnya diasak dengan soalan sebegitu. Suatu hari pula, waktu
mak dah ayah Man berdua dalam kereta untuk ke bandar, perbualan ini berlaku.
"Saya mahu Man pulangkan juga wang 10,000 itu pada perempuan tu. Dan kalau
boleh Man putuskan hubungan dengan perempuan tu segera". Kata ayah Man
kepada ibu Man dalam kereta.
Ibu Man tersentak juga, seperti terkejut.
"Putuskan hubungan ? Kan Yanti itu budak baik, tengok dia tinggi budi
bahasa pada orang tua dan sopan santun". Kata ibu Man.
"Saya dah tahu semua cerita yang sebenarnya, kenapa Man kena pukul....
Semuanya disebabkan keluarga perempuan tu yang pukul Man sampai jadi macam tu.
Takkan saya sebagai bapak nak berdiam diri saja". Kata ayah Man sambil
memandu.
"Awak tahu dari mana cerita ni ? Man tak cerita apa-apa pun".
Kata ibu Man.
"Saya tahu, ada orang yang cerita pada saya sebelum ni, dia
orang yang rapat dengan Man, tak perlulah tahu siapa yang cerita tu". Kata
ayah Man. Ibu Man mendengar dengan teliti sambil memperlahankan radio kereta.
"Orang tu mula tak mahu cerita lanjut, tapi akhirnya dia bercerita juga
perkara sebenar selepas saya pujuk ". Kata ayah Man lagi.
"Siapa yang cerita ? Kawan Man ker yang kurus-kurus tu ? Yang kerja dengan
Man jual burger tu ker ? ". Tanya ibu Man.
"Tak payahlah tahu siapa, tak penting. Sekarang yang penting, kita kena
jaga diri Man. Jangan pisang berbuah dua kali". Kata ayah Man.
Ibu Man terdiam bila ayah Man kata dapat cerita dari seseorang yang rapat
dengan Man di JB. Anggapan ibu Man, mungkin benar apa yang dicakapkan ayah Man
tu.
"Awak cakaplah pada Man, supaya putuskan hubungan dengan perempuan tu.
Perempuan tu memang baik, tapi keluarga dia ? Kita pun tak kenal, katanya anak
orang kaya di KL. Kita orang kampung jer. Saya taknak masalah lain timbul
nanti ". Tambah ayah Man.
"Lagi satu, awak ingat ke dengan perempuan yang awak cadang nak jodohkan
dengan Man dulu, anak kawan yasinan awak tu. Belum kawin lagi ke perempuan tu
?". Kata ayah Man.
"Yang tu dah tunang, nak lansung hujung tahun ni dengan cikgu sekolah
katanya. Dulu Man tak ndak". Kata ibu Man.
Balik tu, ibu Man sangat serba salah untuk menyatakan apa yang diminta untuk
disampaikan ayah Man. Sebagai seorang ibu, dia sangat mengetahui perasaan anak
lelakinya yang sedang dalam alam percintaan, bukan senang untuk mengeluarkan
perkataan sebegitu. Ibu Man juga tetap suka pada Yanti, seorang gadis yang
cantik, pandai mengambil hati orang tua dan berpelajaran tinggi.
Bagaimanapun, hasrat bapa Man itu perlu juga diberitahu kepada Man. Tapi bila ?
Kalau tak sekarang, lepas ni Man dah nak ke JB semula....Ibu Man menangguhkan
hasrat untuk memberitahu Man perkara itu, tapi ibu Man sedang mencari masa dan
suasana yang paling sesuai untuk diberitahu pada Man. Bila ?
BERSAMBUNG KE EPISOD 28