BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Friday, June 22, 2012

Inilah hebatnya Tok Guru Nik Aziz







KOTA BHARU: Tidak ada Menteri Besar di mana-mana negeri di negara ini yang melakukan tindakan yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan yang seorang ini. 

Pagi tadi, Tuan Guru Datuk Nik Aziz dilihat berjalan seorang diri dan berhenti membeli air di tepi jalan berhampiran Medan Ilmu sebaik sahaja selesai memberikan Kuliah Jumaatnya. 

Tindakan beliau ini kemudiannya dirakamkan oleh seorang jurugambar dan gambarnya dimasukkan ke dalam Facebook beliau oleh 'pentadbir' (admin) Facebook itu. 

Sehingga kini, selepas setengah jam ia disiarkan, 10,395 orang sudah menyatakan 'like' kepada gambar ini dan 1,347 pengguna Facebook sudah berkongsi gambar ini di laman mereka. 

Di samping itu, sudah 828 komen dibuat ke atas gambar ini. 

Antara komen-komen itu adalah: 

Siti Aisyah Abd Rahman: i really syg tgna...ya Allah,tlg jaga selalu tgna,mudahkn sume urusannya ya Allah. 

Hati Rock: aku yg jahil ni still support tgna,tp org johor dh mula takbir springgggg kt tgna smua org kt kg aku ni kalo gi kelantan smua nk jumpa dgn dia.....aku x tahu bila. 

Wan Mohd Apex: kalau tgna brlakon,xkn mng la pas d ngri klntn ni !!!ni da berpluh2 thun,klntn still mng dgn tok guru!!! 

Amer Asif Abd Rahman: Haha,terbaik..tp syg ad stgh pihak sanggup hina ulama sbb politik. 

Bala atau Ujian di Kijal




















Kesan kerosakan akibat ribut yang melanda di kawasan GIANT.

Wednesday, June 20, 2012

PENTING!!! Baca sampai habis


Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Setelah beredar dari rumah pada jam 8.30 malam, tiba-tiba stereng terasa ringan untuk membelok ke surau berhampiran memandangkan azan Isya' sedang berkumandang. "Alang-alang dah azan baik aku singgah kejap."

Setelah selesai Isya' saya terus memecut ke kedai yang terletak agak jauh dari kawasan perumahan saya. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.

Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.

Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"

"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.

"Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.

Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.

"Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.

Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.

"Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.

Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.

Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.

Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.

"Besok saya call" kata saya.

"Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.

Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.

Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.

Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!

Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.

Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.

Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.

PENTING DAN HARUS DIBACA

 

Jangan padamkan pesan ini sebelum memanjangkan pada yang lain..

Pada Hari Minggu Satu Keluarga bertamasya dengan membawa beberapa minuman tin.Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di Ruang Intensive Care Unit. Dia meninggal pada hari Rabu.

Hasil autopsi menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas/cawan. Hasil test menunjukkan tin tersebut telah terinfeksi urin tikus yang sudah mengering yg mengandungi leptospira.
Sangat dianjurkan agar membilas secara merata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Kebiasaanya tin-tin disimpan dalam gudang dan langsung diantarkan ke kedai-kedai runcit tanpa dibersihkan.

Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua minuman tin lebih terkontaminasi dibandingkan toilet umum (penuh kuman dan bakteria.)
Jadi, bersihkan dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan total.

Mohon forward pesan ini kepada semua orang yang kita sayangi



 .

TAHNIAH! Pelakon Hairie Othman DAN Zulkifli Ismail Bakal Sertai PAS 6 Julai!

Selepas pelantun "Janji Manismu" yang memenangi Anugerah Juara Lagu 1990, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin menyertai PAS manakala rakan seperjuangannya, penyanyi lagu popular hari raya, "Senandung Hari Raya Buatmu", Dayangku Intan menyertai KEADILAN, kini tiba saatnya buat DUA orang lagi karyawan seni tanah air bersama-sama dengan perjuangan Pakatan Rakyat.

Pelakon, seniman, sastrawan kini berbondong-bondong menyertai PAS dan yang terbaru, pelakon filem Leftenan Adnan, Hairie Othman pula akan menyertai PAS.

Menurut Hairie, beliau bersama-sama pelakon siri kepolisan popular Gerak Khas yang memegang watak ACP Zulkifli, Zulkifli Ismail akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad Sabu dalam satu program di Taman Melewar, Gombak 6 Julai ini.

Beliau tampil dalam siri ceramah PAS di Batu Gajah bersama Leman Raja Lawak yang baru sahaja menyertai PAS, semalam.

Turut menyampaikan ceramah ialah Pengarang Berita Harakah, Tarmizi Mat Jam, Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik dan Bekas Setiausaha Dewan Negara, Salleh Bakar.

Dalam ucapan sulungnya di pentas PAS, Hairie berkata, faktor mendorongnya untuk menyertai PAS ialah atas kesedarannya sendiri.

"Tidak sesiapa yang mempengaruhi dan memaksa saya masuk perjuangan ini tetapi atas kesedaran saya sendiri," katanya di hadapan ratusan hadirin.

Katanya, ramai artis yang menyokong BN kerana untuk mencari 'makan' dan meneruskan karier dalam bidang hiburan.

Anak kelahiran Negeri Kedah ini sangat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamad yang mendakwa artis yang menyertai PAS ini bukanlah untuk berdakwah sebaliknya untuk berpolitik.

"Kenapa jika artis yang tidak sealiran dengan mereka dihina dan dijadikan isu sedangkan yang menyertai Umno tidak pula dibangkitkan?

"Saya telah memberikan komen tentang kenyataan menteri itu di facebook dan ramai yang menyokong komen saya itu," jelasnya.

Hairi atau nama sebenarnya Mohd Khairi Othman berkata, ramai yang memberi sokongan kepadanya selepas komen-komennya dalam laman facebook seolah-olah pro kepada pembangkang.
 

"Ramai yang memberi sokongan dan mengajak saya sertai PAS dan hari ini, hari bersejarah saya berucap pertama kami dipentas PAS," katanya dalam nada gembira.

Beliau mengakui tindakan ini akan memberi kesan kepada karier lakonannya namun beliau sanggup menghadapinya.

"Kalau saya fikir dunia, saya tidak akan membuat keputusan menyertai perjuangan ini namun saya sanggup menerima risiko kerana yang memberi rezeki bukannya BN tetapi Allah," jelasnya.

Hairi menjelaskan, umat Islam perlu mengetahui serta mengakui politik dan Islam tidak boleh dipisahkan.

Oleh itu, katanya Umat Islam perlulah menyokong parti yang memperjuangan Islam iaitu PAS dan menolak parti yang memperjuangkan assobiyyah.

"Saya akan bersama-sama membantu dalam misi menawan Putrajaya dan saya sanggup untuk turun ke seluruh negara untuk bantu berkempen dan memberi ceramah kepada rakyat," jelasnya.


HAIRIE OTHMAN - LEFTENAN ADNAN (2000)
 


Dr Asri: Pilihan raya waktu haji satu kesalahan




Mantan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berpendapat mengadakan pilihan raya umum (PRU) sewaktu musim haji adalah satu kesalahan.

"Mengadakan PRU semasa musim haji seakan-akan sengaja solat di tempat orang lalulintas.

"Kesalahan bukan kepada yang melintas tetapi kepada yang sengaja memilih tempat solat di tempat orang ramai melintas.

"Orang yang sengaja memilih tempat lalulintas itu yang berdosa," katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya lagi, perkara itu sebenarnya pernah diulas ramai ulama, termasuk Ibn Hajar dalam bukunya berjudul Fathul Bari yang mengulas hadis-hadis sahih Bukhari.

Asri juga menggesa agar ulama yang mengkaji perkara itu agar "memahami dan melihat hukum pada dimensi yang lebih luas".

Polemik pilihan raya umum sewaktu musim haji mula timbul apabila Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru anggota parti itu yang terlibat langsung menangguhkan ibadah tersebut jika pilihan raya
berlangsung pada tempoh masa sama.

Mufti Perlis sependapat, S'gor sedikit berbeza

Seruan itu dibuatnya kerana PAS memerlukan ahli-ahlinya untuk
menggerakkan jentera kempen sewaktu pilihan raya.

Turut mengulas perkara itu sebelum ini, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang berpendapat pilihan raya pada musim haji tidak wajar kerana ia bakal melemahkan umat Islam.

Menurutnya, langkah itu jika dilaksanakan adalah satu tindakan tidak adil kepada umat Islam dan akan menyebabkan umat Islam lemah dari segi politik.

“Janganlah mewujudkan fitnah dan kekeliruan kepada umat Islam dalam soal ibadat mereka kerana kecelaruan dan perangai kurang cerdik orang politik,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Sementara itu, Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid pula mengambil pendirian sedikit berbeza apabila berpendapat haram bagi mereka yang pertama kali berpeluang menunaikan haji menangguhkannya demi mengundi dalam pilihan raya.

"Bagi mereka yang berniat untuk mengerjakan haji dan ini adalah kali pertama, di mana cukup bekalannya sepanjang berada di sana dan cukup bekalan yang ditinggalkan untuk ahli keluarganya di sini dan aman perjalanannya, maka hukumnya wajib.

“Jika dibatalkan niat itu hanya kerana perkara duniawi... sekiranya dia meninggal dunia sebelum sempat menunaikan haji maka matinya dalam keadaan jahiliah," beliau dipetik sebagai berkata.

Pop Korea 'takluk' remaja Malaysia

 SEJAK awal petang, ratusan anak muda tidak henti-henti memasuki sebuah dewan di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. 

Tepat jam 8.30 malam, alunan muzik rancak mula bergema di seluruh dewan. Aliran muzik yang dikenali sebagai Korea Pop atau K-Pop menyebabkan isi dewan bagaikan hidup. 

Ratusan anak remaja tadi mula bertepuk tangan dan menjerit nama anggota dalam kumpulan Bing Bang VIP (BBVIP) yang menjadi kesayangan mereka. 

Bahkan, walaupun tidak memahami bahasa Korea, hampir kebanyakan peminat fanatik kumpulan K-Pop itu boleh mendendangkan bersama lagu-lagu yang diperdengarkan. 

Namun, peliknya 'konsert' pada malam itu, kelibat anggota BBVIP iaitu G-Dragon, T.O.P, Taeyang, Daesung dan Seungri tidak pula kelihatan di atas pentas. 

Berbeza daripada konsert biasa, rupa-rupanya 'konsert istimewa' itu merupakan tayangan di skrin putih konsert terbaharu kumpulan berkenaan di Korea. 

"Ketika tayangan berlangsung, kami bayangkan suasana ketika itu seperti menghadiri konsert sebenar. Kami akan menyanyi, menjerit, bersorak dan menangis bersama-sama. Tapi setiap tayangan dikenakan bayaran. Bagaimanapun bayaran tersebut akan disumbangkan ke pusat kebajikan yang terpilih," kata Zaty Aziz, 25, salah seorang peminat fanatik kumpulan berkenaan. 

Jika anda tertanya, mengapa atau bagaimana sebuah konsert yang hanya memaparkan kumpulan K-Pop di layar skrin putih boleh mengumpulkan ratusan penonton, jawapannya adalah obsesi anak muda terhadap aliran muzik itu telah mewujudkan sebuah jaringan dipanggil komuniti K-Pop. 

Komuniti K-Pop di Malaysia sebenarnya mengumpulkan puluhan ribu peminat yang digerakkan terutamanya menerusi medium jaringan sosial seperti blog, Facebook dan Twitter. 

Peminat fanatik itu biasanya dipecahkan mengikut kumpulan yang digemari. 

Bagaimanapun, kebiasaannya peminat K-Pop di Malaysia tetap saling mengenali kerana saling berhubungan di internet atau menghadiri aktiviti yang dianjurkan seperti tayangan konsert atau jualan. 

Zaty contohnya merupakan moderator kelab peminat kumpulan BBVIP dan 2NE1. 

"Bak kata orang dari mata jatuh ke hati. Genre muzik dan gaya penampilan yang dimainkan kumpulan BBVIP sedap didengar dan berbeza daripada muzik yang biasa terdapat di negara ini," katanya yang pernah ke Korea untuk menonton persembahan konsert BBVIP itu. 
SEKUMPULAN anak muda yang meminati aliran muzik K-Pop yang membentuk satu komuniti unik dalam kalangan remaja. 

Bercerita lanjut mengenai aktiviti komuniti peminat BBVIP, anak jati Kuala Lumpur itu memberitahu, selain tayangan DVD konsert kumpulan tersebut yang tidak dijual di Malaysia, mereka juga membuat sesi jualan produk. 

"Atas permintaan kawan-kawan saya turut berniaga koleksi barangan artis K-Pop. 

"Malah, oleh kerana terlalu meminati dengan K-Pop kami banyak mengenali budaya Korea. Saya sendiri mempelajari bahasa dan tulisan Korea," katanya. 

Dari cafe ke laman sosial 

Mengimbau kembali mekarnya komuniti K-Pop, seorang lagi peminat tegar aliran muzik itu, Iza Yanti Muhammad, 27, memberitahu, komuniti K-Pop secara umumnya mula hangat diperkatakan dari kedai-kedai kopi sehingga ke laman web sosial sejak tahun 2008. 

Sebelum itu, peminat K-Pop hanya bergerak secara individu dan dalam kumpulan kecil, namun sejak tahun 2009 ditambah pula dengan kehadiran laman sosial Facebook, Twitter dan Tagged ia memeriahkan lagi fenomena K-Pop di negara ini. 

"Dengan kewujudan media baharu, pengaruh K-Pop makin cepat menular ke seluruh benua sehingga sebahagian bakat dari negara berkenaan sudah melangkah lebih jauh hingga ke Amerika Syarikat dan Eropah," ujarnya. 

Seperti penyanyi Rain dan Wonder Girls yang sudah mula memahat nama mereka di persada seni muzik Amerika Syarikat. 

"Di Malaysia, semuanya bermula ketika artis berkumpulan Super Junior yang mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi single terbaik mereka Sorry, Sorry pada tahun 2009. Bahkan, mereka sudah mengadakan konsert pertama mereka di sini. 

"Selain itu ditambah pula dengan penubuhan kelab peminat mereka yang diberi nama ELF atau Ever Lasting Friends, maka kemuncak kegilaan K-Pop mula membuak-buak," katanya yang merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat swasta. 

Bagaimanapun, terdapat perbezaan di antara peminat K-Pop di Malaysia dan di Korea. 

"Di Korea, kebanyakan ahli kelab peminatnya adalah peminat tegar seseorang artis solo atau berkumpulan, malah mereka tidak bergaul dengan peminat artis lain. Peminat tegar K-Pop Korea bersifat mempertahankan artis pujaan mereka sehingga kadang-kadang mencetuskan pergaduhan. 

"Namun, sebaliknya berlaku di negara ini. Majoriti peminat muzik K-Pop meminati lebih daripada satu artis. Pendek kata kami meminati muzik mereka dan konsep persembahan yang dibawa artis tersebut," kata Iza lagi. 
K-pop dari korea diundang semasa himpunan belia di Putrajaya baru-baru ini. 
 SUPER JUNIOR antara kumpulan K-Pop dari Korea yang menjadi kegilaan ramai remaja. 

Salah seorang peminat artis Korea yang dikenali sebagai kumpulan Shinee, Atiq Jalil, 22, memberitahu, kebanyakan peminat K-Pop pada mulanya bergerak secara individu, sebelum membentuk satu komuniti tersendiri yang menggalakkan aktiviti lebih harmoni. 

"Artis K-Pop ini ada pecahan kumpulan mereka seperti Wonder Girls, SHINee, Beast, Girls Generation, 2NE1, 4minute dan banyak lagi. Setiap kumpulan ini ada komuniti peminat mereka tersendiri. 

"Selain meminati artis K-Pop dan koleksi terpilih artis masing-masing, komuniti kami turut melakukan aktiviti kemasyarakatan bagi mengeratkan hubungan di antara kami," kata pengendali laman web kelab peminat SHINee World Malaysia itu. 

Jika sesetengah individu kurang gemar dengan obsesi anak muda terhadap dunia K-Pop, namun Rachel Liew Lai Ka, 19, berkata, tindakannya mengikuti aktiviti komuniti K-Pop itu digalakkan ibu bapanya. 

"Bagi mereka ia merupakan satu aktiviti positif untuk diri saya sebagai seorang remaja. 

"Saya dapat berhibur secara positif selain meluaskan rangkaian komuniti yang dapat memberi sokongan kepada saya. 

"Ia adalah lebih baik daripada saya terjebak dengan aktiviti yang membuang masa, apatah lagi jenayah atau dadah," ujarnya. 
K-Pop dari Indonesia.