BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH
Sunday, November 27, 2011
BERKUNJUNG DI TAPAK REST HOUSE KASTAM LAMA
KELUCUAN DIHATI
KUBUR LAMA TERPINGGIR, DI LALUAN JALAN KAKI.
AJK DAN JEMAAH SURAU BATU 2, KAMPUNG JAYA ZIARAH ANAK AJK KEMALANGAN
Ustaz Mohammad Firdaus bin Zahari pelajar KIAS diploma syariah tahun 2 adalah salah seorang iman muda di SKJ. kini beliau sakit kerana kemalangan dan memerlukan sumber kewangan untuk rawatan di Hospital Kota Bahru. Ustaz yang retak kaki kiri, patah tulang bahu dan tulang pipi yang retak tiga perlu dimasuk kepingan besi. Kemalangan terjadi ketika ustaz bersama tiga lagi rakan naiki kereta Viva untuk ke surau tugasan mengajar kuliah maghrib telah dilanggar kereta Myvi daripada arah belakang. Pakat2 bantulah ustaz muda kita ini. Segala pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan ayahnya Encik Zahari 012-9838004 atau terus ke laman blog suraukgjaya.blogspot.com.
Friday, November 25, 2011
KEM JATI DIRI REMAJA
ANJURAN
NGO CAKNA ANAK YATIM KEMAMAN
DIURUS TADBIR
ANEEQ COMMUNICATION
TARIKH
28 NOV – 30 NOV 2011
3 HARI 2 MALAM
TEMPAT
CHERATING BAT RESORT
PENGISIAN
RIADAH, MOTIVASI, LDK, PENDEDAHAN PERMASALAHAN REMAJA, KULIAH AGAMA, QIAMULLAI DAN PERMANTAPAN SOLAT
SLOT ISTIMEWA
CERAMAH KERJA DAN KEMAHIRAN BELAJAR (BASIC OF PUBLIC SPEAKING)
YURAN
RM250 SEORANG
KELAYAKAN PENYERTAAN
TERBUKA KEPADA PELAJAR BERUMUR 12 TAHUN HINGGA 16 TAHUN
PENDAFTARAN
3 PETANG – 28 NOVEMBER 2011 ISNIN
UNTUK TEMPAHAN HUBUNGI / SMS
CIKGU ASHRI TALIB 017-927 5010
USTAZ ZULKIFLI AHMAD 019-903 7683
UNCLE ATIP ABD KADIR 013-933 8890
TUNAI KEWAJIPAN, TETAPI SETAKAT 70 ORANG JE !
TUMPAT: Kira-kira 70 penduduk Kampung Simpangan Hilir, Pengkalan Kubor, dekat sini, terpaksa menaiki bot dan sampan untuk menunaikan solat Jumaat selepas kampung mereka ditenggelami banjir.
Tinjauan Harian Metro di kampung itu, semalam mendapati, penduduk terpaksa menaiki bot berenjin dan mendayung sampan secara bergilir-gilir dan terpaksa turun di pintu masjid selepas pekarangan masjid ditenggelami air sedalam kira-kira tiga meter.
Imam Masjid Mukim Simpangan Hilir, Ismail Awang Mat, 61, berkata, sudah menjadi tradisi penduduk kampung itu menggunakan bot dan sampan sebagai pengangkutan bagi menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid pada musim banjir.
Katanya, penduduk tetap menunaikan tanggungjawab masing-masing walaupun terpaksa bersusah payah ke masjid “Setiap tahun penduduk akan menghadapi banjir, malah menaiki bot atau sampan ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat atau solat berjemaah sudah menjadi tradisi sejak masjid ini di bina pada 1991.
“Kita bernasib baik air tidak pernah melimpah ke dalam masjid dan penduduk masih dapat menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah seperti biasa,” katanya.
Penduduk, Mat Razi Mat Ail, 50, berkata, 10 bot berenjin termasuk beberapa sampan milik orang kampung dijadikan pengangkutan menghantar penduduk ke masjid kira-kira 800 meter dari jalan besar.
Katanya, penduduk menggunakan pengangkutan itu secara bergilir-gilir kerana sebuah bot atau sampan hanya mampu memuatkan antara lima hingga enam orang penduduk kampung.
Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Pengakalan Kubor, Ahmad Mazdan Jusoh, ketika dihubungi berkata, 10 penduduk membabitkan dua keluarga di kampung berkenaan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Kubor 2.
Katanya, operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir di kampung itu turut dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
“Jumlah mangsa banjir di kampung itu dijangka bertambah berikutan paras air Sungai Golok semakin meningkat dan kita sudah bersedia melakukan kerja menyelamat,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)




