BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Wednesday, October 26, 2011

BILA NAK KAHWIN?


Bila nak kawin?

Skema jawapan kpd soalan cepucemas (bila nak kawen?)

Kenapa Lambat? 
Kerna Allah tahu masa yg tbaik utk ku.

Dah Berpunya? 
Ya. Kerna setiap org tlh ditetapkan jodoh masing2.

Siapa? 
Nanti Allah akan perkenalkan kpd ku.

Bila? 
Bila kami dah dipertemukan. InsyaAllah jemput dtg ke walimatul urusku nanti.

P/S: Jgnlah selalu btanya bila org tu nak kawen. Krn semua RAHSIA itu, tletak DI TANGAN ALLAH. Sampai masa Allah akan membongkarkannya. InsyaAllah. 

Selamat Menjawap... Hihihi
Senyum tak perlu kata apa2

PERSIDANGAN ICT DI KL

Pengarah Persidangan, Shuhaimi Embong sedang mengalukan kedatangan tetamu dan peserta.

Kemaman, 23hb. Oktober - PAS Kawasan Kemaman telah menghantar seramai enam orang peserta ke Persidangan ICT dan Media Baru (PIMB) 2011 pada 22hb. Oktober lepas bertempat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak, Selangor Darul Ehsan.
Persidangan yang bertemakan 'Revolusi Teknologi Maklumat Menghadapi PRU Ke-13' tersebut dianjurkan oleh Lujnah ICT dan Jabatan IT PAS Pusat dengan kerjasama Lujnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat telah dihadiri hampir 2,000 peserta dari seluruh Malaysia.
PAS Kawasan Kemaman telah diwakili oleh Ketua Lujnah Penerangan & Dakwah, Amri Mamat, Ketua Jabatan IT, Roslan Endut, Timbalan Ketua Jabatan IT, Mohd Tishaah Hamzah, Setiausaha Jabatan IT, Halfian Ahmad dan SUK DUN Chukai, Ustaz Faizal Yunus manakala Ustaz Nik Mohd Nasri Nik Malik sebagai Ketua IT DUPNT.
Perasmian Persidangan ICT & Media Baru 2011 telah disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS sementara Perasmian Penutup oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.
(Gambar, kanan - Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Negeri Kelantan sedang menyampaikan ucapan Perasmian Pembukaan sempena PIMB 2011 di KUIZM, semalam).
Perasmian Penutup oleh YB Tuan Guru Presiden PAS telah disiarkan secara langsung secara 'delay telecast' kepada semua peserta kerana beliau berada di Besut, Terengganu pada waktu yang sama.
Pengerusi Lujnah ICT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Samsuddin  telah membuat Ucaptama Persidangan dengan menghuraikan tema persidangan sebagai fokus utamanya.
Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan oleh para panel dan pembentang antaranya YB Dr Mohamad Fadzli Hassan (EXCO Kerajaan Negeri Kelantan), Zulkifli Yahya (Pengarah, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah) yang mewakili YB Dr Ismail Salleh dan YB Dato' Kamaruddin Jaafar (Pengarah Urusan Harakah).
Sessi petangnya amat menarik dengan slot Diskusi ICT dan Media Baru dimana ahli panelnya terdiri dari Ahmad Lufti Othman (Ketua Pengarang Harakah), Professor Dr Azmuddin Ibrahim (UniSel) dan Dr Firdaus Binti Ahmad Azzam (CEO My Global Intellect)  yang dimoderisasi oleh YB Drs Khalil Idham Lim.

Sebelum penutupan persidangan, Pengarah Persidangan, Shuhaimi Embong telah mengeluarkan tiga resolusi persidangan yang akan diimplimitasikan di semua peringkat baru menghadapi PRU Ke-13 nanti.
 Pengarah Jabatan IT PAS Terengganu, Haji Mohamad Iszeham Mat Ali (berkot hitam) bersama Roslan Endut, Halfian Ahmad & Ustaz Faizal Yunus.


 Pengarah Urusan Harakah, YB Dato' Kamaruddin Jaafar sedang membentang kertas kerja bertajuk 'Transformasi Media Cetak kepada Media Baru - Pengalaman Harakah'.






 Pengerusi Lujnah ICT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Samsuddin sedang memberi ucaptama program.




Monday, October 24, 2011

LULUS RANG MURTAD DI PARLIMEN BUKAN STADIUM

KUALA LUMPUR, 25 Okt: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan bahawa untuk memastikan murtad tidak berlaku di negara ini ialah dengan meluluskan Rang Undang-undang Hudud di Parlimen dan bukannya di stadium yang turut menangani masalah hukuman riddah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim sepertimana yang dilaporkan Utusan hari ini.

Mashitah berkata, hala tuju perjuangan PAS kabur kerana PAS tidak menyokong Akta Murtad dan penganjuran Himpunan Sejuta Umat (Himpun).

Kenyataan Ustaz Harun itu merujuk kepada usaha yang telah dilakukan oleh PAS sebelum ini untuk memerangi murtad termasuk membawanya ke parlimen.

PAS sudah tiga kali membawa undang undang persendirian di Parlimen sejak 1990 oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengawal murtad.

Malangnya usul yang memerlukan cadangan daripada anggota kabinet tidak diangkat walaupun sidang Parlimen habis.

Menurut Ustaz Harun lagi, undang-undang hudud yang telah diluluskan di Terengganu dan Kelantan menjelaskan secara terang lagi jelas tentang bagaimana untuk menangani permasalahan murtad mengikut apa yang terkandung dalam syariah Islam.
Beliau turut mengulas mengapa PAS tidak terlibat secara rasmi dengan Himpun baru-baru ini.

"Himpunan adalah satu program yang dianjurkan oleh NGO dan sebagai sebuah institusi politik, PAS tidak mahu mengambil kesempatan politik dari isu agama kerana isu agama mesti dibuktikan melalui tindakan dan itulah apa yang telah PAS lakukan, meluluskan akta murtad tempatnya di Parlimen dan bukan melalui cara berarak," ujarnya yang juga Adun Manir.

HINA ISLAM

Bila di lihat dan diperhatikan dengan teliti, yang di 'saf' belakang tu orang sebenarnye. Mereka mengiklankan solat dengan berpakaian seperti ini. Berkupiah jenama 'coke'.

Mula mula tengok dekat email, saya tak berapa perasan sebenarnye gambar ni adalah 'orang' sebab yang 'saf' kat belakang tu sama macam botol air yang disusun. Cantik jer. Tapi saya mula perasan bila tengok 'imam' yang dekat depan tu tengah sujud. Nampak tangan. Tergamam aku.

Perhatikan perkataan 'coca-cola'. Cuba beli satu botol coke dan koyakkan pembalut plastik dan lepas itu terbalik kan. Kita akan dapat lihat tulisan nya akan menjadi '' La' Muhammad La' Makkah ''. yang bermasud TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH.

Sedarlah wahai sahabat sahabat, bila kita mengucapkan kata-kata TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH, sebenarnya akidah kita dah terpesong. Kita renungkan kembali, bangsa yahudi tidak akan aman selagi Islam itu tak tenggelam.

Mereka sering berusaha menghancurkan ISLAM. Dan bila kita lihat balik, sebahagian usaha mereka telah hampir berjaya kerana orang Islam kini lebih terikut dengan budaya barat. Bangsa Yahudi tahu, mereka tidak boleh mengalahkan ISLAM dengan peperangan dan mereka cuba untuk musnahkan ISLAM melalui pemikiran.
p: memang melampau Yahudi Laknatullah ni. Mereka tahu yang mereka tidak akan dapat mengalahkan Islam dengan peperangan, mereka mengatur strategi supaya meracuni pemikiran umat Islam

TEST KERETA

  
INI merupakan gambaran saat genting di mana sebuah Ford Focus menghentam sebuah dinding konkrit pada kelajuan 120 mph (192km/j) di dalam satu ujian pelanggaran paling pantas di dunia.

Pakar keselamatan lazimnya melakukan ujian pelanggaran hanya pada kelajuan 40 mph (64 km/j) di dalam menentukan tahap keselamatan sebuah produksi kereta.

Namun begitu kita tertanya-tanya apakah akan terjadi jika perlanggaran berdepan (head-on) berlaku pada kelajuan tiga kali ganda kelajuan lazim yang digunakan di dalam penentuan tahap keselamatan sebuah kereta.

Hal ini membawa kepada satu ujian perlanggaran paling pantas di dalam sejarah dunia. Ford Focus ini berubah kelajuan daripada 120 mph kepada 0 mph dalam sela masa 60 mili saat dan akibatnya...


Sebuah besi buruk yang tidak dikenali lagi rupa asalnya. Bayangkan jika anda berada di dalam kereta ini. Saksikan video ekslusif ujian perlanggaran terpantas di dunia ini,

 "Kepada yang suka pandu kereta laju-laju di Highway tu, ingat sebelum kena..."

BANJIR DI THAILAND PELIK TAPI BENAR








APABILA BERUK MENYUSUKAN HARIMAU


 Lebih 1j Jawatan Kosong untuk Pati

Kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan. Itulah yang paling sesuai melihat situasi terkini apabila kebanyakan 2.3juta pendatang tanpa izin yang datang ke
Malaysia sebenarnya sibuk bekerja dipelbagai sektor. Itu belum diambil kira dengan pendatang yang mendapat keizinan yang berjuta pula bilangannya.

Sekarang lebih 1juta pula peluang pekerjaan yang masih kosong untuk ditawarkan kepada Pati. Sudahlah Pati mempunyai gaji minima yang bakal ditentukan oleh kerajaan meskipun hanya bekerja sebagai amah. Berbanding rakyat sendiri yang masih belum ada kadar gaji minima. Sekian lama perjuangan persatuan sekerja menuntut gaji minima tetapi nampaknya pihak kerajaan masih lagi pekak badak. Nampaknya hanya pihak PR dalam pembentangan bajet alternatifnya yang menawarkan gaji minima Rm1,100 sebulan.

Benarkah alasan orang melayu pemalas dan memilih kerja atau mekanisme penyaluran serta pengagihan peluang pekerjaan itu gagal sampai kepada rakyat tempatan. Pihak majikan pula mengambil mudah tanpa meletakkan kepentingan negara dengan mengambil Pati sebagai keutamaan. Kalau perkara ini berterusan dan tiada kesungguhan pihak kerajaan menyelesaikannya nescaya kita akan dapati Malaysia menjadi pusat longgokan Pati saban tahun dan penduduk tempatan akan menjadi tersisih bukan sahaja peluang pekerjaan bahkan peluang perniagaan, perumahan, social dan sebagainya.

Apalah nak diharapkan kepada Umno-BN sekarang yang kini menjadikan Pati sebagai anak emas mereka demi melangsungkan nyawa politik kekuasaan mereka dalam Pru-13 nanti. Kalau tahun ini ada 2.3j Pati. Berapa yang bakal mendapat Kad pengenalan serta kerakyatan dan layak mengundi dan berapa pula bakap pati untuk tahun hadapan. Siapa sebenarnya yang khianat?

Amat malang sehingga kini masih ramai rakyat Malaysia yang menganggur sedangkan lebih sejuta jawatan kosong yang akan ditawarkan oleh kerajaan kepada pendatang asing tanpa izin (Pati) menerusi Program 6P kini menjadi tanda tanya, sama ada ia akan terlebih dahulu diambil oleh rakyat tempatan.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, ia merupakan sebahagian daripada proses pemutihan yang membabitkan lima sektor iaitu perkilangan, pembuatan, pembinaan, perladangan dan pertanian.

“Ini kerana lebih sejuta kekosongan jawatan akan ditawarkan terlebih dahulu kepada rakyat tempatan sebelum bakinya diisi oleh Pati. “Peringkat seterusnya adalah memadankan keperluan majikan dan bilangan Pati yang berdaftar dengan Program 6P,” katanya kepada Mingguan mStar, baru-baru ini.
Alias berkata, siapa yang hendak mengisi kekosongan itu dan melakukan pekerjaan di
lima sektor yang dibenarkan oleh kerajaan?

“Adakah mereka sanggup bekerja di sektor perladangan, pembinaan dan pertanian? Adakah mereka juga sanggup untuk bekerja lebih masa? “
Ada rakyat tempatan tidak mahu bekerja dalam persekitaran yang panas tanpa pendingin hawa atau melibatkan kerja-kerja yang berat dan tahan lasak,” katanya. “Hakikatnya, kita masih memerlukan pekerja asing. Namun pada masa yang sama kita harus melihat kesesuaian terhadap keperluan itu dengan ekonomi, pembangunan dan taraf kemiskinan.

“Apa yang penting adalah kesesuaian itu seiring dengan usaha kerajaan untuk memelihara kesejahteraan dan keselamatan negara. “Kerajaan turut mewujudkan satu sistem pengurusan terancang menggunakan kaedah biometrik untuk pekerja asing dalam menangani isu Pati,” katanya.
Alias berkata, baki kekosongan jawatan itu kemudian akan diberikan kepada 1.3 juta Pati yang berdaftar di bawah Program 6P.

“Bilangan 1.3 juta Pati itu merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan 2.3 juta Pati dan pekerja asing yang berdaftar dalam program berkenaan,” katanya.
Daripada jumlah 1.3 juta Pati yang mendaftar melalui Program 6P, seramai 284,331 orang mengisytiharkan sedang bekerja dalam sektor pembinaan. Ia diikuti sektor perkhidmatan seramai 269,510 orang, perkilangan (176,883), perladangan (155,395), pertanian (89,016) dan tiada sektor (327,991).

Daripada lebih sejuta jawatan kosong yang ditawarkan oleh kerajaan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyenaraikan jumlah paling tinggi iaitu 275,723 kekosongan. Ini diikuti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebanyak 237,700 kekosongan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan iaitu 220,000 jawatan.
Kekosongan jawatan lain adalah daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (165,000), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (140,000), Kementerian Dalam Negeri (10,000), Kementerian Pelancongan (2,041) dan Kementerian Pengangkutan (963).