BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Tuesday, August 23, 2011

PAKAT DATANG BELAKA DEH


PROGRAM QIAMULAI
DI ANJURKAN
DEWAN ULAMA KAWASAN KEMAMAN
&
 MTD DUN CHUKAI
DIPIMPIN
USTAZ NIK NAZRI NIK MALEK

TARIKH
25hb. OGOS 2011 (KHAMIS)
MAKANAN UNTUK BERSAHUR ADA DISEDIAKAN SECARA PERCUMA

PROGRAM QIAMULAI SERENTAK SELURUH NEGARA
DI ANJURKAN
PAS PUSAT
&
SURAU BATU 2, KG. JAYA
DIPIMPIN
USTAZ MOHAMMAD RASHIDI ABDULLAH

TARIKH
26hb. OGOS 2011 (JUMAAT)
TEMPAT
SURAU BATU 2, KG. JAYA
MAKANAN UNTUK BERSAHUR ADA DISEDIAKAN SECARA PERCUMA

SEGALA PERUBAHAN HAK MILIK SKJ

SELURUH NEGARA KITA ADAKAN SECARA SERENTAK


23hb. OGOS 2011 MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA USTAZ SUHAIMI MD SAAD KETUA PENERANGAN PAHANG DI SKJ

Kehadiran Sponsor, AJK SKJ dan Ahli Jemaah SKJ memriahkan suasana berbuka.



Menunggu ketibaan Ustaz Suhaimi

Majlis berbuka puasa ini diadakan kerana jemputan khas SKJ kepada Ustaz untuk Solat Tarawih dan Tazkirah isu MURTAD dan JAIS bagi mendapatkan berita terkini bersama fakta. 

Makan dalam talam



Turut hadir anak Abah, Kakak dan Angah.

Lebih kurang 70 orang yang hadir.

Cikgu Ariffin, Ustaz Suhaimi dan Tok Batin.












Makanan cukup-cukup untuk 70 orang. Tidak boleh tambah sebab sudah habis.

Pemandu Terburu-Buru, Leher Gadis Ini Disepit Pintu Bas

ANHUI – Seorang gadis mengalami nasib malang apabila kepalanya tersepit pada pintu bas ketika mahu turun di satu perhentian bas di bandar Maanshan, wilayah Anhui , China .

Wanita ini betul-betul malang gara-gara pemandu bas. Apa tidaknya…belum pun sempat gadis ini turun pemandu telah menutup pintu bas tersebut. Akibatnya kepala perempuan itu tersepit pintu, sementara badannya masih di dalam bas. 

Namun nasibnya sedikit beruntung bila ada seorang penumpang yang menyedari hal itu dan meminta pemandu berhenti dan membuka pintu.

The best part… begitu bas itu berhenti dan pintu terbuka, perempuan itu turun sambil memicit lehernya yang sakit.

Ia berlalu begitu saja tanpa memprotes kepada pemandu yang mungkin disebabkan malu atau mungkin ada urat marah yang tak berfungsi disebabkan sepitan pintu bas itu. Kesian…kesian… 

MULIANYA HATIMU


Walaupun payung itu tidak mampu menghalang lelaki tua ini daripada kebasahan, gadis ini tetap terus melindunginya.



Terdapat sejumlah 4 set gambar yang dirakamkan oleh seorang warga China bernama Feng Nao yang menunjukkan perbuatan seorang gadis yang cantik dan berhati mulia ini. Menurut kenyataan kisah di dalam gambar ini: "Sebaik saja hujan lebat turun secara tiba-tiba, seorang lelaki tua yang kurang upaya tidak berdaya bergelut di dalam hujan lebat untuk menyelamatkan diri. Ketika itu seorang gadis cantik yang membawa payung bergegas berlari di dalam hujan lebat untuk memberi perlindungan dan menjaga orang tua kurang upaya itu. Walaupun payung itu tidak cukup untuk melindungi diri orang tua itu daripada dibasahi hujan lebat, namun gadis itu tetap berada di sisi lelaki tua itu di dalam kebasahan hujan ...dan ia menjadi adegan yang paling indah di dalam hujan lebat itu."

Gadis ini lebih mengutamakan memeyungi lelaki tua itu.


Melihat dari gambar-gambar itu, kelihatan bahawa hujan lebat yang turun secara tiba-tiba menyebabkan lelaki tua peminta sedekah yang lumpuh kakinya bergerak perlahan-lahan dengan kereta kayu yang kecil. Melihatkan keadaan ini, seorang gadis berbaju merah jambu sambil memegang payung di tangannya bergegas di dalam hujan untuk melindungi peminta sedekah.

Tetapi tidak berdaya, payung itu benar-benar tidak berupaya untuk melindungi lelaki tua itu daripada hujan lebat. Di dalam gambar tersebut, ia boleh dilihat bahawa payung di tangan gadis itu benar-benar melindungi pengemis, manakala pakaiannya sendiri sudah sepenuhnya lencun kerana air hujan.

Seorang lelaki berpakaian uniform (di dalam bulatan) sekadar memerhatikan dari jauh.