BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Thursday, July 26, 2012

WARGAKILANG: Bantuan Ramadhan di Kemaman Terengganu


Baru-baru ini saya ada terdengar tazkirah seorang Ustaz yang memetik kata-kata Orang Alim, katanya: Kalau Allah SWT hendak memberi kebaikan kepada seseorang itu, tambah-tambah pula di bulan ramadhan ini, maka Allah SWT akan jadikan orang itu sibuk dengan urusan/kerjabuat untuk memberi kebaikan kepada orang lain. Maksudnya, sibuk dengan kerja-kerja amal dan kebajikan.
Sebab itu, bila ada seorang sahabat dari Terengganu hantar email ajak Jalan-Jalan Masuk Kg bagi sumbangan kepada orang-orang miskin di sana; walau pun ambik masa 7 jam perjalanan dari Kedah ke Tganu, tapi sebab dok ingatkan tazkirah Ustaz tadi, saya gagahkan juga diri untuk turun ke Kemaman, Terangganu hari Sabtu 28 Julai ini. Mudah-mudahan ada kebaikannya menanti di sana.

Sebut pasal Kemaman, kalau kita google Internet bab Isu Kemiskinan di Malaysia, Daerah Kemaman sama naiknya dengan Baling, daerah kelahiran saya di Kedah sana. Kedua-dua daerah ini termasuk dalam kawasan kajian awal kemiskinan di Malaysia oleh Prof Diraja Ungku Aziz di sekitar tahun 60an dulu.

Secara kebetulan orang rumah saya orang Kemaman, lahir dan dibesarkan dalam keluarga Nelayan yang serba kekurangan. Maka bila anak Penoreh Getah dari Baling Kedah bertemu jodoh dengan anak Nelayan dari Kemaman, Terengganu; kisah kemiskinan terus menjadi sebahagian daripada sejarah keturunan kami.

Mungkin kerana kami berdua pernah hidup dalam kemiskinan agaknya, maka bila ada kawan ajak turun padang bantu orang miskin, mudah saja kami berbuat demikian.


1.   Rumah pusaka arwah mak/pak mertua saya di Kemaman – tidak ada lagi adik beradik yang tinggal di sini setelah masing-masing berkeluarga.

Semua sekali, insyaallah ada 20 buah keluarga miskin yang bakal menerima sumbangan bagi meringankan beban mereka menempuh saki baki baki Ramadhan yang tinggal.


2.   Melihat gambar anak kecil ini mengingatkan isteri saya dirinya sewaktu kanak-kanak tatkala menanti kepulangan arwah ayahnya dari laut - entah kan pulang entah kan tidak!.



3.   Dua anak kecil ini girang bermain di sebalik kain langsir yang sudah luntur di rumah papan berdinding kayu plywood using. Ibunya hanya bergantung kepada upah siang ikan sekilo 60 sen untuk makan minum mereka sehari-hari. Bayangkan kalau nak beli beras 10kilo RM25, kena siang 40 kilo ikan!! – orang macam mereka ini, kalau ada orang boleh bagi beras, pasti amat-amat menghargainya.

4.   Ini pula adalah rumah typical kaum Nelayan di Kuala Kemaman, insyaallah antara yang tersenarai dalam list penerima sumbangan nanti. (Rumah berbumbung dan berdinding Zink Usang dihadang dengan kain/kanvas)


5.   Lantai rumah serupa sahaja luar dan dalam.

6.   Menunggu masa menyembah bumi)

7.   Makcik Tua ini pula terkejut dengan kunjungan sahabat kami sewaktu Team NGO Wargakilang Pantai Timur masuk ke kg-kg di Kuala Kemaman mengenal pasti keluarga yang layak menerima bantuan.


8.   Menurut sahabat kami, keluarga ini adalah yang paling daif antara semua. Ayah bekerja tidak menentu, anak-anak 4 orang. Si kecil ini OKU. Ibunya pula walau pun baru 40an tapi raut wajah nampak macam orang berusia 60n, mungkin kurang zat makanan agaknya.
Keluarga ini tinggal di sebuah rumah kedai zaman dulu-dulu, amat usang seperti sebuah gudang lama, tak sangka ada orang boleh tinggal dalam gudang macam ini, dengan lantai simen lama sudah nipis hampir menyamai lantai tanah. Insyaallah kami akan ke sana nanti.

Akhir sekali adalah dalam gambar seorang Ibu Tunggal anak 5; bila tengok gambar dia, terus saya teringatkan kisah seorang Ibu Tunggal di Baling, Kedah bernama Kak Mazni yang pernah kami bantu suatu ketika dulu.

Apa tidaknya, sampai mati pun saya tak akan lupakan Kak Mazni – beliau menangis teresak esak bila saya hulurkan Duit Note RM50. Dia kata, “Terima kasih lah adik, terima kasih banyak-banyak (sambil menangis tersedu-sedu), orang ingat kakak ni senang, kakak ada duit, walhal anak-anak kakak pergi sekolah tak makan apa, tak bawa duit…”

Sungguh saya tak sangka RM50 itu bagi sesetengah orang cuma untuk sekali bubuh minyak kereta saja, tapi bagi Kak Mazni besar nilainya.

Macam itu juga dengan Kakak dalam gambar di bawah ini, cuti Raya Cina 2012 yang lalu, kami ada singgah di rumah beliau bagi sumbangan beras gula kopi serba sikit. Bila dia dapat beras sekampit pertama yang kawan-kawan bawa turun dari kereta saya tu, terus Kakak ini cakap:

“ALHAMDULILLAH – HARI INI DAPAT LAH MAKAN NASI”

Bila kami longgokkan brg2 lain sampai bertimbun-timbun kat pelantar rumah dia, kakak ini tak habis-habis mengucapkan TIMA KASIH TIMA KASIH berulang-ulang kali; dia tak tau nak kata apa sampai merah mata dia bergenang dgn air mata, menangis tanda berterima kasih bersyukur tak terkira.

Tak sangka - ada orang menangis bila dapat beras!

Tanpa ditanya, kakak ini terus mengadu kat kami, dia kata dia ada 5 orang anak-anak yg masih bersekolah yg perlu disara. Tiap-tiap pagi bila bangun tidur, dia kena fikir macam mana nak dapatkan RM15 untuk hari itu supaya anak-anaknya ada makanan untuk dimakan. Kadang2 dia amik upah siang ikan keropok (60 sen sekilo isi ikan), kdg2 ambik upah kemas rumah orang dan apa saja pekerjaan halal untuk dapat RM15 itu.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Walaupun kalian semua tidak mengenali kakak ini dan juga watak-watak lain dalam coretan saya ini, tapi percayalah mereka semua adalah SANAK SAUDARA kita, yang dihubungkan secara ghaib melalui kalimah SYAHADAH yang ada di dada-dada kita.

Maka itu, kalau ada masa, mai lah join team kami, NGO WARGAKILANG yang baru belajar nak bertapak di Pantai Timur ini – maghi lah bersama sama kami berkumpul di parking lot Masjid Geliga, Kemaman seawal jam 8.00 pagi, Sabtu 28 Julai 2012. Bawalah apa yang ada, insyaallah jika diizinNya kita akan membawa sumbangan untuk 20 keluarga.

Moga kerja buat kita untuk memberi kebaikan kepada orang lain ini akan dicatakan sebagai pahala kebaikan daripada Allah SWT untuk kita semua. Terima Kasih.


24.7.2012


Admin: Menitis air mata penulis membaca kisah fakir miskin. Sesungguhnya kemiskinan itu sangat hampir dengan kekufuran jika ilmu agama kosong. Bantulah wahai sahabatku sekian. Selamatkan sahabat kita daripada kemiskinan. 

Tiba-tiba 'pelacur' berkeliaran dalam kawasan masjid

26 Jul 2012 

 
Gempar: Orang Ramai Terkejut, Pelacur Tiba-Tiba Boleh Berkeliaran Dalam Kawasan Masjid Negeri ! 
KUANTAN, 25 Julai - Orang ramai yang mahu menunaikan solat Tarawikh di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I dekat sini malam tadi gempar dengan kelibat seorang wanita seksi dan mengiurkan yang cuba mengganggu jemaah yang mahu masuk ke masjid berkenaan. Tidak diketahui dari mana wanita terbabit, namun apa yang berlaku ini sungguh memalukan. Sebelum ini masjid negeri digemparkan dengan kelibat "babi hutan" yang masuk ke kawasan terbabit, terbaru menjelang Sukan Malaysia (SUKMA XV) Pahang baru-baru ini. Namun, kejadian yang berlaku malam tadi sungguh memalukan dan tidak wajar sebenarnya. Seorang mangsa yang menghubungi kami semalam berkata, beliau terkejut dan tergaman apabila seorang wanita seksi dengan pakaian yang mengiurkan menegur beliau di kawasan masjid berkenaan. "Saya datang dari luar Kuantan kerana mempunyai tugasan di sini. Saya sudah solat jamak Isyak semasa dalam perjalanan dan kemudian menginap di hotel Shahzan Inn yang berdekatan dengan masjid berkenaan. Sekitar lebih kurang jam 9.o0 malam saya telah bergegas ke masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawikh. Saya tergamam dan terkejut apabila didatangi wanita (berbangsa Cina) itu dan kemudian dia menegur saya .... Asslammualaikum Ustaz, Do you want have some fun !!... (Adakah anda mahu berseronok) katanya. Saya mengucap panjang sebelum bergegas masuk ke dalam masjid", kata saksi terbabit. Apa yang berlaku ini kemungkinan tidak disedari oleh Ahli Jawatankuasa Masjid sebenarnya. Namun, pihak pengawal yang ditugaskan menjaga keselamatan di masjid berkenaan seharusnya memantau pergerakan orang ramai yang lalu lalang di situ. Tambahan pula kejadian berlaku di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. 
 
Keselamatan di Masjid Negeri pada sebelah malam kini diragui sebenarnya 
[Persoalannya yang timbul, siapakah wanita terbabit dan kenapa dia bebas menganggu jemaah masjid?. Malah, perkataan yang diluahkan itu saling tak tumpah sama seperti perkataan yang diucapkan oleh "pelacur" sebenarnya. Jika benar dia pelacur, kenapa di boleh terlepas?. Apakah ia ada kaitan dengan pendedahan awal PDO bahawa penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada bulan Ramadhan ini agak longgar dari hari biasa sebelum ini. Amat malang sekali bila adengan ini berlaku kepada orang luar yang berkunjung ke masjid terbabit. Ada maklumat mengatakan wanita itu "tidak betul" atau "gila". Tapi yang menghairankan, kenapa wanita berbangsa Cina itu boleh memberi salam sedemikian rupa?. Inilah yang memusykilkan sekarang, Justertu, pihak berkuasa dan masjid sendiri diminta memantau perkara ini dan mengambil tindakan segera demi imej agama Islam. Kita tidak mahu orang ramai menuduh pelacur pun boleh berkeliaran dan cari makan di dalam kawasan masjid di negeri Pahang ini

Monday, July 23, 2012

MENUTUP AURAT..BUKAN HALANGAN UNTUK BEKERJA

 

Seorang wanita merekodkan program dalam studio saluran TV baru yang sedang diuruskan dan dikendalikan secara eksklusif oleh wanita yang memakai hijab yang penuh, yang akan dilancarkan hujung minggu ini, di Kaherah, July 19, 2012. 
Pada zaman Hosni Mubarak Mesir, 
niqabis ditindas dri segi sosial dan politik mengharapkan tempat yang baru dalam masyarakat. Walaupun Mesir adalah masyarakat yang amat konservatif dan kebanyakannya Islam, pemakai niqab telah dinamakan diskriminasi dalam pasaran kerja, pendidikan dan di tempat lain

SKJ mendapat sumbangan TV 50"


23 Julai 2012 jam 5 petang SKJ mendapat TV 50 inci daripada ahli jemaah yang membuat sumbangan peribadi. Alhamdulillah TV berkenaan telah digunakan semalam semasa Tazkirah ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Rahman Semayor. Satu kepuasan kepada ahli jemaah muslimat apabila suasana lebih ceria berbanding sebelum ini TV 21 inci. InsyaAllah bahagian belakang untuk muslimin akan menyusur kemudian untuk mengantikan penggunaan LCD projector yang tidak bersesuaian lagi sekarang ini. Pengesahan penerimaan oleh syarikat pembekal dan pemilik yang diwakili oleh TSU SKJ Encik Rahim.

Rahsia 10 beradik penghafaz al-Qur'an...


Ayah mereka yang bernama Mutammimul Ula adalah seorang ahli Parlimen Indonesia (PKS) yang sibuk.

Ibu mereka pula, Wirianingsih adalah seorang Dekan, Fakulti Pasca Siswazah yang juga merupakan aktivis tarbiah peringkat wilayah di Indonesia.

Bagaimana mereka yang sibuk ini boleh mengeluarkan 10 orang anak pengafaz al-Qur'an yang lahir daripada didikan di rumah mereka sendiri ?

Di antara rahsia ibu bapa mereka :

1-Bercita-cita tinggi untuk menjadikan semua cahaya mata mereka penghafaz al-Qur'an.

2-Pengurusan masa yang baik dengan mengkhususkan kebanyakan masa selepas subuh dan selepas maghrib bersama anak-anak setiap hari dengan bacaan dan didikan al-Qur'an.

3-Memberikan hadiah dan galakan kepada anak-anak yang cemerlang dengan pencapaian hafazan al-Qur'an.

4-Banyak berkorban untuk agamaNya, maka Allah permudahkan urusan pendidikan anak-anak mereka.

Bagaimana dengan anak-anak kita ?

Tidak Tahu Baca Qur’an, Kuburnya Bercahaya Menjulang Ke Langit

 

Oleh: abuhikam

"Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata.

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

 Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anihnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek alqur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.

Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua. " 

Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam


Oleh: kamal_hasan

"Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.

Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.

Berapa Juta Liter Air Zam-Zam? 

Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.

Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.
Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter.

Keanehan Air Zam-Zam

Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.

Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.

Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah
untuk diuji.

Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.

Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.

Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).

Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.