BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Wednesday, February 8, 2012

NOVEL - SUDAH NASIB MAT BURGER




Sebuah karya Ustaz Mohd Khalil (Kadi Kluang Johor)
Di copy paste kan
(kerana aku adalah peminatnya)

EPISOD 13


Bagaimanapun, timbul rasa bersalah pada diri Man yang tak jawab sms dan panggilan Yanti dari tadi. Man balas sms Yanti. Tanpa disengaja, sms Man agak berlainan kali ini.

"Yanti. Doakan keselamatan abang. Doakan abang selamat". Sms Man.

Yanti waktu itu sedang tidur dan terjaga apabila bunyi sms masuk. Yanti hairan kenapa Man berperangai pelik sebegitu. Selepas Yanti  ke bilik air dan membasuh muka, Yanti telefon Man untuk tahu apa yang berlaku. Man jawab panggilan itu.

"Helo abang Man, belum tidur lagi ?". tanya Yanti.

"Errg... dah tidur tadi dan bangun semula". Jawab Man.

"Man kenapa tak niaga malam ni. Tadi yanti lalu gerai tak buka pun". Tanya Yanti.

"Tak. Malam ni tak buka, ada sikit masalah". Kata Man.

"Masalah ? Masalah apa tu, ceritalah, mungkin Yanti boleh bantu". Tanya Yanti nak tahu.

"Ada sikit masalah peribadi, pasal bisnes". Kata Man.

Mendengar alasan bisnes, Yanti tak mahu tanya lanjut. Lagipun dia bukan tahu sangat pasal bisnes ni. Pada Yanti, mungkin Man ada masalah bekalan barang ker, hutang ker atau perkara lain yang Yanti rasa itu hal peribadi Man.

Yanti malam itu tidur dengan bahagianya. Bahagia selepas dapat berbual dengan buah hatinya yang dari tadi tak dengar berita. Man pula tidur dengan nyenyak, mungkin kesan 2 biji panadol yang dia makan tadi.

Esoknya, jam 8 pagi bila Yanti ke pejabat, Yanti terkejut apabila menerima satu surat sulit. Berdebar rasanya bila terima surat sebegitu dari ibupejabat di Kuala Lumpur. Bila dibuka surat itu, memang itu satu kejutan. Yanti seolah-olah tak dapat berkata apa-apa lagi. yanti menangis teresak-esak di depan rakan sepejabatnya. Kawan-kawannya diam tak berkata apa-apa dan menunjukkan simpati pada Yanti.

Yanti dapat surat tukar ke pejabat di Kuala Lumpur berkuatkuasa minggu hadapan iaitu pada awal bulan. Melihat kesedihan Yanti kena tukar, kawan sepejabat menasihatkan Yanti berjumpa bosnya. Dalam bilik bos, Yanti masih menangis sepuashatinya di depan ketuanya itu.

"Tuan. Boleh saya tahu kenapa saya ditukarkan ke Kuala Lumpur". tanya Yanti pada ketuanya.

"Yanti. Saya juga baru menerima surat sulit yang sama pagi ini. Ini arahan bertukar dari ibupejabat". Kata ketuanya.

"Tuan. Bolehkah tuan tolong saya untuk dikekalkan di Johor Bahru buat masa ini. Saya baru 2 tahun di sini." Rayu Yanti.

"Maaf Yanti. Pertukaran perlu berkuatkuasa seperti arahan, cuma boleh mohon penangguhan selama seminggu untuk menyelesaikan tugas di sini." Kata ketuanya.

Yanti faham yang bosnya seorang yang baik dan selalu memahami tugas Yanti selama ini. Yanti sedar, pertukaran itu atas arahan ibupejabat yang bosnya pun tidak mampu mengubahnya.Yanti keluar dari pejabat dan mahu pulang ke rumah segera. Semangatnya untuk bekerja terus hilang pada hari itu. Selama bekerja selama 2 tahun lebih, tak pernah Yanti keluar begitu saja dari pejabat tanpa minta izin ketuanya, Yanti seorang pegawai yang baik dan  berdisiplin.

Dalam kereta, Yanti masih menangis teresak-esak. Yanti menelefon Man yang waktu itu berada di rumah.

"Abang Man. Yanti ada perkara penting nak beritahu Man. yanti nak jumpa man sekarang." Kata Yanti. Man jadi serba salah. Man takut nak jumpa Yanti lagi, takut kena belasah lagi seperti hari itu. Man juga tak mahu Yanti tengok mukanya yang masih lebam yang belum surut lagi hari itu.

"Yanti. Man ada hal pagi ni. Man rasa kita tak boleh jumpa". Kata Man.

"Man...Ini perkara yang sangat penting Man. Tolonglah Man, Yanti nak kita jumpa sekarang juga". Pujuk Yanti.

Man akhirnya akur dan minta Yanti datang ke rumahnya sebab kereta Man masih diselimuti cat merah. Man cadangkan mereka pergi makan di kedai yang jauh sikit dari situ. Yanti hairan tapi ikut saja. Di kedai makan, baru Yanti sedar yang muka Man lebam.

"Kenapa muka Man?". Tanya Yanti.

"Tak apa. Sikit jer, Man jatuh moto, semalam, pinjam moto kawan". Kata Man. Yanti tak percaya kata-kata Man dan tahu yang Man menipunya.

"Abang...lebih baik abang berterus terang. Kenapa abang perlu berselindung dan menipu Yanti ? Man yang Yanti kenali sebelum ini seorang yang jujur dan suka berterus terang. Kenapa Man tipu Yanti ? Kenapa ?". Desak Yanti.

Man tunduk terdiam. Man sudah jadi serba salah kerana dalihannya tidak berjaya. Waktu Man masih terdiam, Yanti terus mengajukan soalan.

"Kenapa abang Man ? Man kena pukul ? Siapa pukul ? Kenapa jadi begini, Man?". Desak Yanti.

Man terus tunduk dan tidak berkata apa-apa. Dia sudah tidak dapat berselindung lagi. Yanti terus mendesak Man.

"Abang Man..... Berterus teranglah Man. Yanti suka insan yang berterus terang. Ceritalah Man, berterus teranglah. Kenapa diam Man ?". Kata Yanti.

Tiba-tiba saja Man menutup muka. Kemudian Yanti nampak air mata Man jatuh ke meja makan. selepas menglap air matanya, Man mula bersuara.

"Yanti... Man jadi begini sebab Man ini Mat Burger..... Man seorang yang hina.... Man orang terbuang tepi jalan....Man tak layak kawan dengan orang berada seperti Yanti...". Kata Man dengan suara yang tersekat-sekat sambil menangis.

Mendengar kata-kata Man itu, Yanti pula jadi sedih.

" Abang Man... jangan ulang lagi kata-kata itu. Man jangan hina diri Man lagi. Man pernah janji pada diri Yanti  yang Man tak akan ulangi lagi perkataan itu. Cukuplah abang, cukup..". Kata Yanti.

"Betul Yanti. Abang dah buang rasa rendah diri itu dalam diri Man. Tapi keluarga Yanti pula yang menghina Man, belasah Man dan ugut nak bunuh Man.... Kerana Man ini seorang Mat Burger. Kalau Man ada jawatan dan kedudukan, keluarga Yanti tak akan serang Man sebegini...". Luah Man.

Yanti mengeleng-ngelengkan kepalanya tanda tidak setuju apa yang Man cakapkan itu.

"Tidak Man, tidak. Yanti sudah berjanji untuk terus bersama Man walaupun apa saja rintangan. Yanti sanggup berkorban untuk kebahagian Man. Tapi sanggupkah Man berkorban untuk Yanti seperti pengorbanan Yanti...?". Kata Yanti.

Soalan itu membuatkan Man terpaku. Dulu sudah beberapa kali Yanti ajukan soalan itu tapi jawapan Man tidak meyakinkan. Yanti kemudian cerita pada Man yang dia diarahkan bertukar ke Kuala Lumpur, beberapa hari lagi. Man bersimpati dan bersedih dengan perkembangan terbaru episod cinta mereka.

......BERSAMBUNG KE EPISOD 14


ZIARAH SAHABAT SHIEKH ABDULLAH


5 Feb 2012 Ahad jam 9.15 malam menyampaikan wang sumbangan jemaah surau dan memberi pinjam kerusi roda.


CATATAN

6 Feb 2012 Isnin jam 9.15 malam menerima sumbangan white board daripada kedai Dina untuk kegunaan di Surau.

Kereta yang dipandu oleh pemuda Bukit Kuang yang terbabas dihadapan pam minyak Shell Kampung Besut. Pemuda berkenaan meninggal dunia. Pemuda ini akan mendirikan rumahtangga pada 10 Feb 2012 Jumaat bersama dengan kenduri kakaknya yang juga melangsungkan perkahwinan serentak.


Rumah kedai hangus terbakar, Kitab Tafsir Al-Quran Langsung tidak terbakar !!!

Satu kebakaran melibatkan rumah kedai dilaporkan berlaku di No. 28, Jalan Adil 25/10, Taman Sri Muda, Shah Alam semalam (1/2/12).

Jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman api di lokasi yang dimaksudkan.

Namun sebaik saja operasi selesai, anggota bomba bertugas dikejutkan dengan penemuan senaskah kitab tafsir Al-Quran yang langsung tidak terjejas keadaan fizikalnya.

Walaupun rumah tersebut musnah akibat kebakaran, namun kitab itu tidak ‘terusik’ dek api dalam kejadian itu.

Naskah berkenaan juga tidak basah dan rosak walaupun pihak bomba menggunakan air dalam kuantiti yang agak banyak dalam operasi tersebut.

Maksud Firman Allah : " Ingatlah! Sesungguhnya mereka (yang kufur ingkar) sentiasa berada di dalam keadaan SYAK – RAGU-RAGU tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah! Sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu ". 

Inilah yang dikatakan kebesaran Allah !!!

KANOPI UNTUK DISEWA DARIPADA SKJ



2 Feb 2012 Khamis jam 9.30 malam pemasangan kanopi di rumah Encik Jaafar (Sek. Teknik Kemaman). Hilux Encik Zahari terpaksa digunakan.



6 Feb 2012 Isnin jam 10.00 malam kanopi dibuka semula. Hilux Encik Masri terpaksa dipinjam. 

Tuesday, February 7, 2012

ADIK WAN NUR AINA NAJIHAH BERTEMU DENGAN DOKTOR PAKAR TULANG

6 Feb 2012 Isnin jam 8 pagi mendaftar kehadiran untuk bertemu dengan doktor pakar tulang. Setelah membuat ujian x-ray dan berjumpa dengan doktor yang membuat pembedahan tempohari, adik dibenarkan untuk membuang simen yang lama tetapi perlu disimen semula kerana adik seorang yang aktif penggerakannya. Doktor nasihatkan supaya penggerakannya dikawal jangan terlalu aktif untuk menggelak daripada terjatuh. Temujanji seterusnya pada 27 Feb 2012 nanti.

Balutan yang lama.

Terpaksa disimen lagi tetapi lebih kecil dan ringan sedikit daripada yang terdahulu.

Ini adalah dua batang besi yang menyokong tulang lengang yang patah. Doktor telah mencabutnya.

ZIARAH ADIK MOHD ASYRAF ZAHARI DI WAD 2 HOSPITAL KEMAMAN

7 Feb 2012 Selasa jam 5.30 petang. Adik Mohd Asyraf yang disabitkan wabak penyakit air kencing tikus sudah seminggu terlantar di Hospital.






FORUM BERSAMA MUALLAF - 4 FEB. 2012 SABTU DI SURAU BATU 2, KAMPUNG JAYA






Tuan monderator Ustaz Muhammad Rashidi Abdullah. 

Ustaz Lim Jooi Soon memperkatakan makna dakwah dari sudut Islam. Dan pengertian Dakwah dan Islah cara perlaksananya.

Ustaz Dr. Zainal Muhamed memberi tip-tip dakwah dalam penyusunannya serta perlaksanaan.

Ustaz Muhammad Amin Bin Yaacub memperkatakan pembezaan agama kristian dan Islam. Pembezaan kitab yahudi, kristian dan Al-Quran.

Kesemua ahli panel adalah daripada PERKIM Melaka.