BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Wednesday, December 7, 2011

SEHARI BERSAMA USTAZ HISHAMUDDIN ABD KARIM DI SKJ - 9 DIS 2011 JUMAAT

Bermula kuliah subuh kitab hikam, kuliah muslimat jam 3 petang hurian pendidikan alam rumahtangga dan kuliah maghrib kitab hikam. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir ke Surau Batu 2, Kampung Jaya..

PROGRAM DI SURAU HAJI MUDA GELIGA


Tuesday, December 6, 2011

KULIAH MAGHRIB 7 DIS 2011 RABU BERSAMA USTAZ OSAMARIZAL

Kuliah maghrib Ustaz Osamarizal yang akan disampaikannya bab sirah nabi. Oleh itu anda semua dijemput hadir ke Surau Batu 2, kampung Jaya untuk menimba ilmu. 

BANGLO APEK


 

KOTA BHARU: Banglo hadiah kerajaan Kelantan kepada Khairul Fahmi Che Mat sebagai penghargaan kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu sudah siap, namun ia belum diserahkan kepada penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu kerana belum menemui masa sesuai.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Belia, Sukan Dan NGO Negeri, Abdul Latiff Ab Rahman berkata, mengikut perancangan banglo itu akan diserahkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek.
Menurutnya, sehingga kini majlis penyerahan rasmi banglo itu masih tertangguh berikutan Menteri Besar masih mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan manakala Khairul Fahmi pula sibuk menjalani latihan.

“Kita (kerajaan negeri) akan menyerahkan rumah banglo itu kepada Khairul Fahmi seperti yang dijanjikan kerana rumah terbabit sudah siap sepenuhnya, malah majlis ringkas akan diadakan sempena penyerahan itu.


“Bagaimanapun, disebabkan kedua-dua pihak masih sibuk dengan urusan masing-masing, kita tangguhkan penyerahan rumah berkenaan sehingga tiba waktu sesuai. Namun kita akan berusaha mempercepatkan proses penyerahan banglo itu,” katanya.


IJTIMA PRU 13 PAS KAWASAN KEMAMAN
















Kemaman, 3hb. Disember - Berdasarkan keadaan politik semasa di Terengganu, Setiausaha Agong PAS Pusat, Dato' Haji Mustafa Ali menjangkakan golongan muda Islam bakal menggalas amanah rakyat menerajui kerajaan Terengganu selepas PRU Ke-13 nanti.
Ini berdasarkan senario semasa dimana pengundi muda mewakili hampir 60% dari jumlah keseluruhan pengundi dan orang muda ini fikirannya terbuka dan tidak jumud dengan sesuatu pendapat dan berita sahaja.
 Beliau yang merupakan mantan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata demikian semasa ucapan perasmian di Ijtima PRU PAS Kawasan Kemaman 2011 di Taman Islam, Kemaman pagi tadi.
(Gambar, kanan - Dato' Haji Mustaffa Ali semasa berucap di Ijtima PRU PAS Kawasan Kemaman 2011 di Taman Islam Kemaman, pagi tadi).
Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat mewakili Badan Perhubungan PAS Terengganu.
Seramai lebih 400 orang petugas parti dari pelbagai peringkat di cawangan, unit peti undi, majlis tindakan dun dan ahli jawatankuasa kawasan serta dewan - dewan telah hadir.
Dato' Haji Mustaffa juga berkata penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) tidak lain satu helah UMNO/BN untuk menunjukkan kepada rakyat pilihanraya yang telah dan akan diadakan adalah adil dan telus.
Walaubagaimanapun, PAS tetap akan menerima perlantikkan wakilnya menganggotai PSC sebagai ruang dan usaha terakhir menghapuskan kebobrokan perjalanan pilihanraya yang dikendalikan oleh kuda tunggangan UMNO/BN iaitu SPR.
Seterusnya beliau berkata Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan oleh UMNO/BN telah menghina taraf pemikiran rakyat selepas lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan.
Antaranya akta tersebut menghapuskan keperluan mendapatkan Permit Polis untuk sebarang aktiviti politik tetapi penganjur kena maklumkan 30 hari sebelum sesuatu program berlangsung kepada pihak polis.
'PAS Terengganu mempunyai banyak pengalaman dan sudah biasa ditekan, diugut dan dihalang berbanding dengan PAS di negeri lain dan Akta yang baru diwujudkan ini sebenarnya lebih menyusahkan dan cubaan menggagalkan sebarang aktiviti PAS', ulasnya lagi.
Akta ini direka cipta oleh UMNO/BN untuk mengcengkam aktiviti PAS, memansuhkan akta lama dan menggantikan dengan akta baru sama seperti kata pepatah Melayu 'keluar dari mulut buaya masuk ke dalam mulut harimau', tegasnya lagi.
Setiausaha Agong PAS seterusnya berkata, 'ini semua timbul setelah UMNO/BN berada dalam keadaan cemas dan hilang pedoman dan kewarasan, apatah lagi inilah kali pertama semenjak merdeka UMNO/BN akan menghadapi dan memasuki PRU dalam keadaan 5 negeri berada di tangan Pakatan Rakyat', katanya.
Mengenai tarikh PRU berlaku pergeseran pendapat antara kumpulan Najib dan kumpulan Muhyiddin. Kumpulan Najib mahukan PRU diawalkan manakala kumpulan Muhyiddin mahu ianya dilambatkan.
Terdapat desas desus dari sumber dalaman UMNO yang mahu menyahkan Najib dari persada kepimpinan dengan mengaitkan Rosmah Mansur sebenarnya yang mengatur sebahagian besar tugas tertentu dan kumpulan tersebut menganggap Rosmah sebagai liabiliti kepada UMNO dan BN sendiri.
Sebelum mengakhiri ucapan, Dato' Mustaffa mengingatkan semua petugas PAS untuk melipatgandakan kerja dan usaha secara bersasaran dan berkata kekuatan petugas PAS terletak pada aqidah yang kuat dan mantap yang tidak terdapat pada pekerja UMNO yang bergerak dengan kekuatan fulus.

PAS TERENGGANU LANCAR RAKAN KHIDMAT




















Kuala Terengganu, 2hb. Disember - Lujnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu telah mengadakan majlis perlancaran 'Rakan Khidmat' - Khidmat Untuk Semua pada petang tadi di Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu.
Perasmian perlancaran telah disempurnakan oleh YB Dato Seri' Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan dianggarkan seramai 1,200 sukarelawan dan sukarelawati dari seluruh Terengganu telah hadir.
Turut bersama pada majlis yang julung kalinya diadakan di Peringkat Negeri Terengganu ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali dan Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu, Cikgu Haji Hussin Ismail.
(Gambar - dari kiri ; Haji Yahaya Ali, YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Cikgu Haji Hussin Ismail sebelum upacara perasmian bermula).
Pada majlis tersebut, Alfadhil Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang juga merupakan Penasihat PAS Negeri Terengganu telah menyerahkan Watikah Perlaksanaan kepada semua Ketua Lujnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Kawasan - Kawasan sebagai akujanji untuk meneruskan gerak kerja seterusnya di peringkat PAS Kawasan masing - masing.
Sementara itu, YB Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut menegaskan perlancaran Rakan Khidmat - Khidmat Untuk Semua ini adalah kesinambungan dari salah satu manifesto PAS yang akan ditawarkan kepada seluruh rakyat Terengganu untuk PRU Ke-13 nanti iaitu Membangun Negara Berkebajikan.
Acara simbolik penyerahan balang gas memasak kepada wakil - wakil lujnah dari PAS Kawasan - Kawasan juga telah disampaikan oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS sendiri.

Monday, December 5, 2011

6 DIS 2011 SELASA KULIAH MAGHRIB USTAZ AZHAR IDRUS DI SURAU AL NUR KG. JAYA


KULIAH MAGHRIB
JEMPUTAN BULANAN DI KEMAMAN


USTAZ AZHAR IDRUS


KITAB PERUKUNAN


TARIKH
6hb. DIS.  2011 SELASA


TEMPAT
SURAU AL NUR
KAMPUNG JAYA



SEMUA DIJEMPUT HADIR