BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Wednesday, October 5, 2011

APABILA ARTIS MENJADI TEMPAT RUJUKAN BAGI HAL AGAMA?

Artis macam ini menjadi sandaran hukum Allah ke?

  

komen artis tentang huddud. Kalau tak faham istilah huddud jangan komen.
Contoh kenyataan Ayu Raudhah
"...Hukum hudud memanglah sudah termaktub dlm undang2 Islam, tapi susah juga kalau kita nak ikut..."

Kenyataan Enot:
"..Kalau hukum hudud dijalankan, pesalah terbabit terpaksa hidup dlm keadaan yg tidak sempurna spt tiada tgn, kaki dan sebagainya.."

Kenyataan Datuk Aziz Sattar:
"...mereka boleh laksanakan disesebuah negeri dulu, jika dilihat baik dan memberikan byk manfaat barulah diteruskan, tapi jika sebaliknya pihak berkenaan perlu menghentikan hukuman tersebut..."

Buat komen ikut sedap mulut je...
Macam inikah dijadikan peminpin agama pada abad akan datang

Anak TPM

Macam ini kah dijadikan penasihat?

Macam ini dijadikan idola sebagai Ustazah ke?

KITA BANDINGKAN DENGAN KITA.....


Dirakam pada tahun 2010

Dirakam pada 5.10.2011

Monday, October 3, 2011

Kongress Sambutan 60 Tahun PAS di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 30 September - 1 Oktober 2011


Ustaz Che Harun Ibrahim (tiga dari kiri) dan rombongan bergambar bersama Naib Yang DiPertua, Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Dr Mahfoz
 Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS semasa gimik perasmian kongress.
 Haji Ismail Harun, YDP PAS Kemaman bersama sebahagian rombangan PAS Kemaman
 Permandangan dari atas kongress berlangsung
 AJK PAS Pusat dan wakil DAP dan PKR di pentas utama
 Haji Ismail Harun (tengah) bersama rombongan sebelum memasuki bilik kongress berlangsung.

Haji Ismail Harun bergambar kenangan selepas selesai acara di sessi petang.

 'Bertemu selepas berpisah...' bersama Pengarah UPU Permatang Janggus, DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Haji Sanusi (bertshirt BERSIH 2.0) di mana kontingen PAS Kemaman bertugas semasa PRK DUN Permatang Pasir tahun lepas
Dari kanan ; Ketua Penerangan PAS Kemaman, Amri Mamat dan Ketua Penerangan DPPKK, Wan Mohd Faisal bersama YB Dr Zulkifli Ahmad (tengah, bersongkok), AJK PAS Pusat.

Dari kiri ; Tengku Zakaria, Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi, Zulkifli Mat Yakin & Tolahah Amri bergambar kenangan.

 Depan, dari kanan ; Ustaz Alias, Setiausaha,  Hj. Ismail Harun, Yang DiPertua & Ustaz Nik Mohd Nasri, Timbalan Yang DiPertua bersama sebahagian perwakilan PAS Kemaman menyertai Kongress Sambutan 60 Tahun PAS di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 30 September - 1 Oktober lepas.

Mohd Tishaah Hamzah, AJK PAS Kemaman bersama Naib Presiden PAS, Dato' Hj Mahfuz Omar

Wan Mohd Faisal, AJK DPPKK bersama Ustaz Abu Bakar Abdulah.

Ustaz Nik Mohd Nasri, Timbalan YDP (tengah) bersama YDP di sessi perasmian kongress
Sebahagian peserta dari PAS Kawasan Kemaman di perasmian kongress
Ustaz Alias bersama rombongan dari PAS DUN Kemasik bergambar kenangan. 
Mohd Tishaah bersama Wan Mohd Faisal selepas selesai sessi perasmian
Wan Mohd Faisal bersama Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said
AJK PAS Kemaman, Mohd Tishaah Hamzah bersama Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said.
Wan Mohd Faisal, AJK DPPKK bersama Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat

Ustaz Che Harun dan Zulkifli Mat Yakin di sessi minum petang bersama peserta ARC Terengganu.

Pok Halim bergambar kenangan di banner kongress
Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Fainah (paling kiri) dan Timbalannya, Pn Narliati (dua dari kanan) bersama AJK Dewan Muslimat Kemaman
Sebahagian dari rombongan dari Dewan Muslimat PAS Kemaman
Sebahagian dari rombongan bergambar selepas selesai acara sessi petang

ZAHID AF JOINT ARC?

ARC adalah kelab yang bernaung dibawah Pemuda PAS. Semoga Zaid mengikut jejak langkah sahabat yang sudah terbabit dengan program kebajikan PAS di seluruh Negara hendaknya. Terima kasih Zaid kerana berani tonjol di mata masyarakat yang anda mempunyai prinsip tersendiri. Buang yang keruh ambil yang jernih.

RODA GERGASI DI LANGGAR?

 KEMATIAN HANYA DARIPADA ALLAH

BOLEH dikatakan satu keajaiban, bila sebuah pesawat merempuh sebuah alat permainan gergasi "Ferris Wheel" di Old Bar, berhampiran Sydney Australia tanpa meruntuhkannya.

Dua kanak-kanak telah terperangkap di atas alat permainan gergasi itu hampir dua jam selepas sebuah pesawat merempuhnya.

Kanak-kanak tersebut, seorang berumur 9 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun juga bernasib baik apabila salah sebuah lampu pesawat terpelanting menghentam sisi berhampiran mereka yang hampir saja mengenai mereka.

Juruterbang berumur 53 tahun yang memandu pesawat tersebut beserta penumpangnya, 32 juga turut tergantung dan terperangkap di dalam pesawat selama lebih 3 jam pada ketinggian lebih 30 kaki.


Paul Cox, juruterbang yang memandu pesawat tersebut berkata bahawa dia tidak perasan roda besar tersebut sebelum pesawat yang dipandunya merempuh kuat alat permainan gergasi itu. Waktu itu, dia baru sahaja berlepas dari lapangan terbang berhampiran.

Menurutnya lagi "Apa yang saya ingat selepas itu, saya terperangkap di dalam Ferris Wheel. Beberapa minit saya panik, dan saya hanya mampu berharap moga-moga tiada sesiapa yang tercedera."

Menurut salah seorang saksi, permainan roda gergasi itu dipenuhi kanak-kanak beberapa minit sebelum kemalangan. Namun berikutan hujan renyai, hanya 5 orang kanak-kanak yang cukup berani untuk menaikkinya.

Seorang penyelamat Brett Campbell berkata, "kedua-dua kanak-kanak itu sangat hebat. Mereka begitu tenang dan berani. Begitu juga dengan dua lelaki di dalam pesawat".

SUKATAN PELAJARAN TINGKATAN 2?

 MEMOHON MAAF MELALUI TV3

KEPADA ibu bapa yang ada anak berumur 14 tahun atau sedang belajar di tingkatan 2 tahun ini, sila lihat buku latihan Bahasa Inggeris anak anda. Jika anda tak pasti buku yang mana, di bawah ini ditunjukkan rupa kulit buku yang dimaksudkan.

Terima kasih kepada sahabat pembaca MiLo SuaM mengirimkan gambar-gambar ini.

Di bawah ini pula salah satu kandungan buku tersebut. Buku ini menyiarkan sebuah artikel yang secara tidak langsung memberikan persepsi bahawa pengguguran bayi adalah jalan penyelesaian kepada zina.
"Her dad took her to the clinic the next day to have her abortion done"

Malah artikel ini menggambarkan atau memberikan persepsi kepada anak anda bahawa proses pengguguran kandungan dapat dilakukan dengan mudah tanpa sebarang masaalah.
"The abortion went like clockwork and without any difficulties and Mary came out of the clinic as healthy as before"
Kesimpulannya, tanpa anda sedari, buku ini mengajar anak anda yang berumur 14 tahun bahawa jika mereka sudah melakukan hubungan seks luar nikah dan termengandung, maka jangan risau penyelesaiannya ialah gugurkan bayi itu.

Anak anda juga tak perlu risau kerana proses pengguguran bayi boleh dilakukan di klinik-klinik berhampiran dengan mudah dan tanpa sebarang masaalah.

ReJaM© "Macam dah tak ada topik lain nak dijadikan bahan mengajar English..."

 

Saturday, October 1, 2011

PENGALAMAN MASUK DALAM KAABAH





Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.

Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.

Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.
Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.
Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.

Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)
Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”

Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.

Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.

Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.
Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.

Pengalaman kedua, saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia, multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.

Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.

Saya kata kepada dia, “Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.”

Dia mintak maaf tetapi dia kata “Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?”. Saya kata “Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah.” Dia kata “Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buka”. Saya kata “Tak apalah kamu arahlah”. Dia kata “Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain.” Saya kata “Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup.”
Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.