
BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH
Tuesday, March 12, 2013
Air Terjun Menderu Cabang Kerteh
9 Mac 2013 Sabtu -
Gembira, seronok kerana sudah lama tidak mandi air terjun hampir 2 tahun
rasanya. Kalau kat pantai sudah lama tidak pergi. Seingatnya semasa di rumah
Kak Jah di Rusila sahaja yang dapat mandi laut. Tetapi mandi air terjun terasa
tersangat istimewanya. Walaupun sebelum ini hanya mandi di sungai Kampung
Seberang Tayor sahaja. Itupun kerana ada kawan yang tinggal disana beri
maklumat yang sungainya cantik untuk mandi manda. Tetapi hari ini dapat peluang
bersama keluarga untuk sama-sama beriadah di Air Terjun Menderu Cabang Kerteh
yang jaraknya 37.5km sahaja daripada rumah. Alhamdulillah selepas makan
tengahari dan solat zohor dirumah terus menuju ke lokasi pilihan. Perjalanan
dikira menarik juga kerana jalan bertar. Hanya selepas memasuki persimpang daripada
perkampungan menuju ke tempat Air Terjun sahaja jalan tar yang sudah rosak.
Tetapi dikira masih baik lagi. Hanya berbekalkan meehon goreng dan jeput bilis
dan air strawberry sudah memandai. Kawasan Air Terjun Menderu yang ada tempat
parking kenderaan, persalinan pakaian, tandas, wakaf, meja riadah dan surau.
Persekitarannya sentiasa terjaga. Sekitar jarak tertentu ada tong sampah dan
plastik hitam. Papantanda jelas terpapar kawasan ini yang dijaga oleh Jabatan
Perhutanan Negeri. Hutan simpanlah tu. Tetapi sekiranya kawasan ini ditender
balak, akan musnahlah persekitarannya. Setelah jam masuk waktu asar kami
pulang. Target 6 April 2013 Sabtu, kami akan datang lagi. Mungkin kali ini
lebih awal lagi sekitar jam 11 pagi. InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)