Gambar dirakam pada 26hb rabu pagi /
petang. Pada 27hb khamis pagi / petang. Pada 28hb Jumaat pagi / petang. Pada
29hb sabtu pagi. Apa yang dikenalpasti adalah masalah longkang yang dikorek
pada tahun ini. Kebiasaannya setiap tahun akan dilakukan pembersihan longkang
oleh kontraktor yang dilantik. Mungkin kerana kepadatan rumah yang dibina
ditepi longkang menjadi kesukaran kepada kontraktor memasuki jentera
penggoreknya. Apa-apa pun kita kena berserah kepada yang maha berkuasa iaitu
Allah S.W.T. “Inalillah wainahirujiun.”

BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH
Friday, December 28, 2012
Tuesday, November 20, 2012
Friday, November 16, 2012
Monday, November 12, 2012
Tuesday, July 31, 2012
Penghinaan kepada Nabi Musa A.S. di Olimpik 2012?
Gambar di atas:
Dikatakan bahawa Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil kerana bimbang
akan tentera Firaun yang akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang lahir pada
masa itu.
Lihat gambar bayi itu, yang sedang tidur dan dibawa secara perlahan-lahan, menggambarkan bahawa bayi tersebut adalah Nabi Musa A.S yang sedang dihanyutkan diatas Sungai Nil ketika waktu malam.
Selepas itu dalam gambar
ini muncul pula patung seolah-olah ahli sihir yang memegang tongkat. Kita
pernah dengar cerita-cerita mengenai Nabi dan Rasul kita termasuklah Nabi Musa
kan. Nabi Musa A.S mempunyai tongkat yang mempunyai kuasa dan itu adalah
mukjizat yang diberikan Allah SWT kepada beliau. Nabi Musa A.S menggunakan
tongkat itu untuk membelah laut setelah mendapat petunjuk dari Allah SWT bagi
menyelamatkan kaumnya Bani Israel untuk melarikan diri dari dikejar Firaun
Laknatullah. Dan dengan kuasa Allah SWT laut itu terbelah dua dan ketika Firaun
melintasinya, laut itu kembali seperti sedia kala dan menenggelamkan Firaun dan
pengikutnya.Lihat gambar bayi itu, yang sedang tidur dan dibawa secara perlahan-lahan, menggambarkan bahawa bayi tersebut adalah Nabi Musa A.S yang sedang dihanyutkan diatas Sungai Nil ketika waktu malam.
Gambar ini adalah satu penghinaan kepada Islam umumnya. Mereka menggambarkan Nabi Musa A.S sebagai ahli sihir tersebut. Dikatakan ketinggian Nabi Musa adalah 40 hasta.
1 HASTA = 45.72 CM
40 HASTA = 1828.8 CM
1828.8 CM = 18.2 M
Bukankah ketinggian ahli sihir itu lebih kurang 18 meter ??? Wallahu’alam..
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mengagumi acara itu kerana percayalah banyak lagi bukti-bukti upacara penyembahan syaitan dan penghinaan kepada Islam berlaku pada acara itu. Cuma kita menyedarinya ataupun tidak sahaja.
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui,
Sama ada baik ataupun yang buruk.
Jadi banyak-banyakkan lah meminta ampun kepadaNya.
InsyaAllah, Dimakbulkan doa kita semua..
Amin, Assalamu’alaikum.
Monday, July 30, 2012
Gadis cina berpuasa?
SENSASI DI
YOUTUBE: Gadis cina hot BUKAN ISLAM memberi hujah-hujahnya mengapa beliau
berpuasa di bulan Ramadhan! KEBANGKITAN PENDAKWAH BUKAN ISLAM!
J SZE adalah ikon baru dalam dunia dakwah. Apa yang unik ialah beliau bukan Islam tetapi merupakan salah seorang anggota team Najasyi / Abu Talib yang giat belajar tentang logik Islam dan juga bahasa Arab. Beliau mengambil ijazah dalam child psychology.
J SZE telah menakjubkan ramai di pentas KONVENSYEN FIQH UMMAH baru2 ini di Johor bila beliau menjelaskan hujah demi hujah mengapa aqidah Islam lebih rasional dari agama-agama lain. Ini adalah video pertama J SZE dalam usahanya untuk menghilangkan prejudis masyarakat bukan Islam terhadap Islam. Beliau amat menentang Islamofobia. -Xifu Naser

Mayat Eksekutif Pentadbiran TV9
SUNGAI BULOH
– Seorang wanita yang mengurungkan diri kerana merajuk selepas bertengkar
dengan suaminya ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas siling di
dalam sebuah bilik di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai di sini
kelmarin.
Mayat Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar, 31, ditemui oleh suaminya di dalam bilik tersebut ketika beliau memanggilnya untuk bersiap-siap menjelang waktu berbuka puasa pada pukul 7 petang.
Difahamkan, suami mangsa, Norazman Bashah, 30-an, hanya memberitahu mengenai kematian isterinya kepada abang mangsa pada pukul 9.30 malam.
Ketika kejadian, anak lelaki pasangan tersebut yang berusia dua tahun turut berada di dalam rumah.
Jurucakap polis memberitahu, polis dan pasukan bantuan perubatan bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 10.30 malam.
Bagaimanapun, katanya, wanita itu telah disahkan meninggal dunia ketika ditemui.
“Pada mulanya kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, selepas bedah siasat, doktor mengesahkan terdapat beberapa kesan lebam pada tubuh dan kesan jerut pada leher wanita tersebut,” katanya ketika ditemui semalam.

Saturday, July 28, 2012
Undilah Pakatan Rakyat
Makin hari
makin naik.. BN (Barang Naik). Pilih Pakatan Rakyat Pasti akan turun, kenapa
kita tak mencuba untuk 5 tahun benarkan Pakatan Rakyat menunaikan janjinya!!!
Kisah dari Penjara Sungai Buluh
Sebuah kisah
benar
Seorang ustaz
telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh.
Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pada banduan-baduan di sana...Pengarah Penjara telah berjumpa dengan beliau dan menceritakan pada beliau tentang seorang banduan yang bernama AMIN.... iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yang didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yang Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.Apa yg menarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata banduan yang tiada bermasalah. Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pada pakaiannya.Mengikut ceritanya lagi, pada malam sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat. Pada malam sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah-olah tiada apa-apa akan berlaku pada pagi esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pagi esok.Bayangkan kalau orang nak kena gantung pagi esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya. Bila tepat jam 4.00 pagi, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal,solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur. Ketika Amin sedang sujud pada masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba-tiba Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dengan kain hitam dan hukuman pun dijalankan. Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti enggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pada kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar seperti kebiasaan mereka yang digantung. Tangan seperti orang dalam solat di jari telunjuk seperti membaca tahiyat akhir. SubhanaAllah. ......... mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ...Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba-hambanya yang soleh dan sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kepada kita semua.Inilah kisah yang diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

P/S: Jika
seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya
dengan membawa kain kafan dari syurga serta membawa wewangian dari syurga.
Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal
tadi. Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sangat
banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di
dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang,
keluarlah menuju ampunan Allah dan keredhaanNya.”Dengan demikian, keluarlah
jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya titisan air dari bibir tempat
air.
WALLAHU A'LAM
WALLAHU A'LAM
Mohon sumbangan untuk sambung belajar di Jordan
SITI NUR RADHIAH
BINTI ALIAS
325 RUMAH KOS RENDAH GELIGA
24000 KEMAMAN
TERENGGANU
Tel: 013-937 5788 (Ibu – Kak Noraisah)
No. Akaun MayBank: 1630 2880 4258
8 JULAI 2012
Kepada:
SESIAPA YANG SUDI
Tuan,
Per: MEMOHON
SUMBANGAN DERMA BAGI MELANJUTKAN PELAJARAN KE LUAR NEGARA – JORDAN
Merujuk perkara di atas sukacita dimaklumkan bahawa saya
SITI NUR RADHIAH BINTI ALIAS akan melanjutkan pelajaran ke UNIVERSITI MU’TAH,
JORDAN. InsyaAllah saya akan berangkat pada 8 September 2012 ini bersamaan 20
Syawal 1433 hijrah.
Oleh kerana keluarga saya bukanlah dari kalangan yang
berkemampuan dan saya tidak mendapat mana-mana tajaan setakat ini. Maka saya
amatlah mengharapkan jasa baik pihak tuan bagi menghulurkan sedikit sumbangan
bagi melancarkan proses pembelanjaran saya di sana dan juga sekiranya ada yang
sudi menghulur komputer riba terpakai secara percuma. Ataupun membeli tunai komputer
riba untuk saya, InsyaAllah saya akan membayarnya secara beransur-ansur setiap
bulan kepada tuan.
Sekian dimaklumkan, semoga mendapat perhatian dan
pertimbangan yang sewajarnya dari pihak yang bersimpati. Sumbangan dari tuan,
saya dahulukan ucapan jutaan terima kasih.
Yang Memohon,
SITI NUR RADHIAH
NO. K/P: 930909-06-5406
Ehsan Blog suraukgjaya.blogspot.com (pemudahcara IT)
s/k:
Surau Kampung Jaya (SKJ) – mohon kutipan kuliah
PAS Kawasan Kemaman – mohon sumbangan ehsan
Pekerja Perwaja Steel Kemaman – mohon kutipan
Blog DakwahKemaman.blogspot.com (Masjid Al Solihin Permai
Jaya) – mohon sebaran
BIODATA:
1.
Anak sulung
2.
Anak Yatim kematian ayah
3.
Lepasan pelajar Darul Quran Rusila
4.
Tinggal bersama Ibu, Bapa Saudara 3 orang anak
(17th lelaki, 15th lelaki OKU dan 12th perempuan) Datuk
dan Nenek dalam satu rumah
5.
Ibu bekerja kerani di syarikat swasta
6.
Bilangan adik beradik enam orang (18th
perempuan metrik di Arau baru masuk 28 Mei 2012, 16th perempuan
Sekolah Agama Al Falah Kemaman, 15th lelaki Pondok di Batu Buruk
Terengganu, 13th lelaki Maahad Tahfiz Tok Jiring dan 10th
lelaki Sekolah Rendah Kampung Tengah Kemaman)
7.
Datuk dan Nenek tidak bekerja
8.
Bapa Saudara bekerja di syarikat swasta -
teknikal
Tolong panjang dan sebarkan kepada mana-mana yang bersimpati
dengan saya. Semoga Allah memberkati rezeki tuan. InsyaAllah. JazakaAllah.
Terima kasih semua.
30 Julai 2012
Isnin jam 10 pagi - Penyerahan wang kutipan dari SKJ yang diwakili oleh
TSU Encik Rahim kepada Ibu adik Siti Nur sebanyak RM800.00. Alhamdulillah.
Terima kasih kepada penyumbang. JazakaAllah. Majlis penyerahan berlangsung di
tempat kerja Ibunya.
Friday, July 27, 2012
Bantahan kekejaman keatas rakyat Rohingya
26 Julai 2012 selepas
solat Jumaat. Himpunan aman yang
dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman Terengganu berlangsung di
Masjid Pasil Minal dengan kerjasama NGO-NGO Islam yang lain.
Himpunan tersebut di ketuai oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Sheikh Hanafi Abdul Aziz dan pengerusi program demo Ustaz Ramlan. Turut serta YDP Kemaman Tuan Haji Ismail Harun dan Ustaz Nik Nasri Nik Malik yang membaca doa. Ustaz Nik yang membaca doa dalam keadaan sebak dituruti oleh ahli demo yang menitis air mata kerana kesedihan umat Islam yang semakin hari semakin yang ditindas oleh kaum kafir laknatuAllah.

Dalam keadaan cuaca
diluar masjid yang panas terik matahari, ahli demo tetap teguh berdiri demi
sebangsa agama yang dizalimi untuk menunjukkan kepada masyarakat IT yang kami
ini masih mengingati sebangsa agama di Rohingya. Kami menadah tangan memohon
kepada Allah untuk memberi pelindungan yang sebaiknya kepada sebangsa agama
kami disana. Dan kami serahkan kepada Allah untuk menhukum mereka yang zalim
kepada rakyat Rohingya serta dimana sahaja umat sebangsa agama kami yang
dizalimi oleh kaum kafir laknatuAllah.
Admin: Tetapi apabila kita membaca petikan ini yang dilaporkan. Amat berdukacitalah kerana kejatuhan Pas Negeri Terengganu pada 2004 adalah sumbangan kumpulan ini. Hasil titik peluhnya di hantar ke kampung halaman untuk makan anak bini disana. Jika ini betul, satu bala yang sangat dahsyat Allah turunkan kepada mereka. SubahanaAllah. Nauzubillah.Suasana berbuka puasa di Kuantan
Masjid yang tersergam
indah menanti kehadiran ahli jemaah yang betul-betul berimam serta taat dalam
suruhanNya.
Betapa ramainya lautan manusia yang berpuasa seperti berpesta di padang
MPK Taman Kerang yang berhampiran dengan Masjid. Tetapi adakah seramai ini yang
akan memasuki masjid untuk menunaikan solat maghrib nanti? Ada yang
berkeluarga, bersama teman sekolah, sepejabat dan berbagai lagi telatah serta
gelagat manusia yang cuma mereka-mereka ini pamerkan kepada masyarakat realiti
hidup di bandar yang bebas dan bersukaria. Tetapi adakah mereka-mereka ini
betul-betul berpuasa? Sedangkan solat tidak diendahkannya? Betapa ramainya
pasangan bujang yang berkepit seperti orang berkeluarga disini yang jelas
menolak hukum Allah S.W.T tentang haramnya pembuatan mereka ini.
Ustaz Azhar Idrus yang aku kenali dahulu...
Semasa
kuliah berkenaan, Ustaz masih sempat bergurau dengan ahli jemaah supaya
hadiahkanya satu kereta yang baru bagi memudahkan perjalanannya untuk
berkuliah. Bermula dari detik itulah, ustaz menunjukan satu perubahan
yang ketara untuk memujuk remaja dan pemuda untuk sama-sama bangkit sayangkan
Islam. Pada awalnya golongan pertengahan dan warga emas kurang meminatinya
kerana bahasa yang digunakan agak kasar dan keras. Tetapi sekarang ini
Alhamdulillah... tuhan memberi yang terbaik untuknya meneruskan perjuangan
dalam merakyatkan rakyat negara ini agar bangun bersama Islam secara
keseluruhannya.
Pada
dahulunya, penulis SKJ terpaksa membeli CD-CD ustaz untuk memperdengarkan
kepada rakan-rakan sepejabat supaya dengar dan fahami isi kandungan kuliah yang
disampaikan. Dan jangan cepat melatah apa yang ustaz sampaikan sekiranya kita
tidak jelas tentang hukum.
Ketika
dahulu kuliah ustaz hanya di Ladang, Gelong Bilal dan Pinang Merah Paka dan
berapa buah lagi yang surau yang berdekatan mengambilnya untuk mengajar selepas
solat maghrib. Tetapi sambutannya di kawasan kuala Terengganu agak suram.
Semasa kehadiranya ke Masjid Pinang Merahlah, bangkitnya remaja yang semakin
minat untuk mengikuti kuliahnya. Setelah ustaz datang ke Daerah Kemamanlah satu
kejutan yang besar apabila sambutannya boleh dikatakan yang teramai ketika itu.
Alhamdulillah.
Dan
nama Tok Batin pun tersebar memluas di Daerah Kemaman kerana dialah yang
membawa ustaz ke sana dan kemari. Siapa Tok Batin? Tok Batin sekarang sudah
bertukar tempat kerja dari Kemaman ke Melaka dan .....? Tetapi Tok Batin masih
lagi penggerak utama dalam kuliah ustaz di Daerah Kemaman. Tok Batin adalah AJK
SKJ Lujnah Penerangan. Terima kasih Tok Batin kerana jasa mu membawa ulama ke
Bumi Kemaman yang sekarang ini SKJ menjadi tumpuan orangramai.
Dengan
perkembangan terkini ustaz yang semakin sibuk dengan jadual kuliah dan
berbagai-bagai program teratur. Maka peluang bagi surau dan masjid yang
dahulunya ustaz boleh singgah setiap mingguan tetapi sekarang ini bertukar
bulanan. Di atas permintaan peminat seluruh tempat di semenanjung yang mahukan
ustaz hadir secara bulanan ditempat mereka. Terpaksalah banyak perubahan yang
dilalui.
Penghijrahan yang
beliau pilih dah menjadikan beliau seorang ulama' tersohor di
Malaysia.Mana taknya, setiap kuliah yang ustaz adakan, penuh
sesak satu masjid.Itulah aura orang yang bernama Ustaz Azhar Idrus. Pendekatan
yang beliau gunakan iaitu mendekati golongan muda melalui
aktiviti-aktiviti beliau dilaman-laman sosial seperti di facebook dan
ustazazhar.net banyak membantu golongan muda dalam memahami dan
memantapkan pengetahuan terutamanya dalam hukum fiqh.
Siapa pun kita pada
hari ini, tak menjamin siapa kita pada hari esok. Kalau dulu mungkin
Ustaz Azhar sendiri pun tak menyangka beliau akan jadi seperti siapa
beliau pada hari ini, kita juga begitu. Jika sekarang kita
berada jauh dari Islam, maka berhijrahlah dengan hati yang ikhlas.
Islam is the way of our life. Jadikan Islam cara hidup kita!
Thursday, July 26, 2012
WARGAKILANG: Bantuan Ramadhan di Kemaman Terengganu
Baru-baru ini saya ada terdengar tazkirah seorang Ustaz yang memetik kata-kata
Orang Alim, katanya: Kalau Allah SWT hendak memberi kebaikan kepada seseorang
itu, tambah-tambah pula di bulan ramadhan ini, maka Allah SWT akan jadikan
orang itu sibuk dengan urusan/kerjabuat untuk memberi kebaikan kepada orang
lain. Maksudnya, sibuk dengan kerja-kerja amal dan kebajikan.
Sebab itu, bila ada seorang sahabat dari Terengganu hantar email
ajak Jalan-Jalan Masuk Kg bagi sumbangan kepada orang-orang miskin di sana;
walau pun ambik masa 7 jam perjalanan dari Kedah ke Tganu, tapi sebab dok
ingatkan tazkirah Ustaz tadi, saya gagahkan juga diri untuk turun ke Kemaman,
Terangganu hari Sabtu 28 Julai ini. Mudah-mudahan ada kebaikannya menanti di
sana.
Sebut pasal Kemaman, kalau kita google Internet bab Isu
Kemiskinan di Malaysia, Daerah Kemaman sama naiknya dengan Baling, daerah
kelahiran saya di Kedah sana. Kedua-dua daerah ini termasuk dalam kawasan
kajian awal kemiskinan di Malaysia oleh Prof Diraja Ungku Aziz di sekitar tahun
60an dulu.
Secara kebetulan orang rumah saya orang Kemaman, lahir dan
dibesarkan dalam keluarga Nelayan yang serba kekurangan. Maka bila anak Penoreh
Getah dari Baling Kedah bertemu jodoh dengan anak Nelayan dari Kemaman,
Terengganu; kisah kemiskinan terus menjadi sebahagian daripada sejarah
keturunan kami.
Mungkin kerana kami berdua pernah hidup dalam kemiskinan
agaknya, maka bila ada kawan ajak turun padang bantu orang miskin, mudah saja
kami berbuat demikian.
1. Rumah
pusaka arwah mak/pak mertua saya di Kemaman – tidak ada lagi adik beradik yang
tinggal di sini setelah masing-masing berkeluarga.
Semua sekali, insyaallah ada 20 buah keluarga miskin yang bakal
menerima sumbangan bagi meringankan beban mereka menempuh saki baki baki
Ramadhan yang tinggal.
2. Melihat
gambar anak kecil ini mengingatkan isteri saya dirinya sewaktu kanak-kanak
tatkala menanti kepulangan arwah ayahnya dari laut - entah kan pulang entah kan
tidak!.
3. Dua
anak kecil ini girang bermain di sebalik kain langsir yang sudah luntur di
rumah papan berdinding kayu plywood using. Ibunya hanya bergantung kepada upah
siang ikan sekilo 60 sen untuk makan minum mereka sehari-hari. Bayangkan kalau
nak beli beras 10kilo RM25, kena siang 40 kilo ikan!! – orang macam mereka ini,
kalau ada orang boleh bagi beras, pasti amat-amat menghargainya.
4. Ini
pula adalah rumah typical kaum Nelayan di Kuala Kemaman, insyaallah antara yang
tersenarai dalam list penerima sumbangan nanti. (Rumah berbumbung dan
berdinding Zink Usang dihadang dengan kain/kanvas)
5. Lantai
rumah serupa sahaja luar dan dalam.
6. Menunggu
masa menyembah bumi)
7. Makcik
Tua ini pula terkejut dengan kunjungan sahabat kami sewaktu Team NGO
Wargakilang Pantai Timur masuk ke kg-kg di Kuala Kemaman mengenal pasti
keluarga yang layak menerima bantuan.
8. Menurut
sahabat kami, keluarga ini adalah yang paling daif antara semua. Ayah bekerja
tidak menentu, anak-anak 4 orang. Si kecil ini OKU. Ibunya pula walau pun baru
40an tapi raut wajah nampak macam orang berusia 60n, mungkin kurang zat makanan
agaknya.
Keluarga ini tinggal di sebuah rumah kedai zaman dulu-dulu, amat
usang seperti sebuah gudang lama, tak sangka ada orang boleh tinggal dalam
gudang macam ini, dengan lantai simen lama sudah nipis hampir menyamai lantai
tanah. Insyaallah kami akan ke sana nanti.
Akhir sekali adalah dalam gambar seorang Ibu Tunggal anak 5;
bila tengok gambar dia, terus saya teringatkan kisah seorang Ibu Tunggal di
Baling, Kedah bernama Kak Mazni yang pernah kami bantu suatu ketika dulu.
Apa tidaknya, sampai mati pun saya tak akan lupakan Kak Mazni –
beliau menangis teresak esak bila saya hulurkan Duit Note RM50. Dia kata,
“Terima kasih lah adik, terima kasih banyak-banyak (sambil menangis
tersedu-sedu), orang ingat kakak ni senang, kakak ada duit, walhal anak-anak
kakak pergi sekolah tak makan apa, tak bawa duit…”
Sungguh saya tak sangka RM50 itu bagi sesetengah orang cuma
untuk sekali bubuh minyak kereta saja, tapi bagi Kak Mazni besar nilainya.
Macam itu juga dengan Kakak dalam gambar di bawah ini, cuti Raya
Cina 2012 yang lalu, kami ada singgah di rumah beliau bagi sumbangan beras gula
kopi serba sikit. Bila dia dapat beras sekampit pertama yang kawan-kawan bawa
turun dari kereta saya tu, terus Kakak ini cakap:
“ALHAMDULILLAH – HARI INI DAPAT LAH MAKAN NASI”
Bila kami longgokkan brg2 lain sampai bertimbun-timbun kat
pelantar rumah dia, kakak ini tak habis-habis mengucapkan TIMA KASIH TIMA KASIH
berulang-ulang kali; dia tak tau nak kata apa sampai merah mata dia bergenang
dgn air mata, menangis tanda berterima kasih bersyukur tak terkira.
Tak sangka - ada orang menangis bila dapat beras!
Tanpa ditanya, kakak ini terus mengadu kat kami, dia kata dia
ada 5 orang anak-anak yg masih bersekolah yg perlu disara. Tiap-tiap pagi bila
bangun tidur, dia kena fikir macam mana nak dapatkan RM15 untuk hari itu supaya
anak-anaknya ada makanan untuk dimakan. Kadang2 dia amik upah siang ikan
keropok (60 sen sekilo isi ikan), kdg2 ambik upah kemas rumah orang dan apa
saja pekerjaan halal untuk dapat RM15 itu.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
Walaupun kalian semua tidak mengenali kakak ini dan juga
watak-watak lain dalam coretan saya ini, tapi percayalah mereka semua adalah
SANAK SAUDARA kita, yang dihubungkan secara ghaib melalui kalimah SYAHADAH yang
ada di dada-dada kita.
Maka itu, kalau ada masa, mai lah join team kami, NGO
WARGAKILANG yang baru belajar nak bertapak di Pantai Timur ini – maghi lah
bersama sama kami berkumpul di parking lot Masjid Geliga, Kemaman seawal jam
8.00 pagi, Sabtu 28 Julai 2012. Bawalah apa yang ada, insyaallah jika diizinNya
kita akan membawa sumbangan untuk 20 keluarga.
Moga kerja buat kita untuk memberi kebaikan kepada orang lain
ini akan dicatakan sebagai pahala kebaikan daripada Allah SWT untuk kita semua.
Terima Kasih.
24.7.2012
Admin: Menitis air mata penulis membaca kisah fakir miskin.
Sesungguhnya kemiskinan itu sangat hampir dengan kekufuran jika ilmu agama
kosong. Bantulah wahai sahabatku sekian. Selamatkan sahabat kita daripada
kemiskinan.
Tiba-tiba 'pelacur' berkeliaran dalam kawasan masjid
26 Jul 2012
Gempar: Orang Ramai Terkejut, Pelacur Tiba-Tiba Boleh Berkeliaran Dalam Kawasan Masjid Negeri !
KUANTAN, 25 Julai - Orang ramai yang mahu menunaikan solat Tarawikh di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I dekat sini malam tadi gempar dengan kelibat seorang wanita seksi dan mengiurkan yang cuba mengganggu jemaah yang mahu masuk ke masjid berkenaan. Tidak diketahui dari mana wanita terbabit, namun apa yang berlaku ini sungguh memalukan. Sebelum ini masjid negeri digemparkan dengan kelibat "babi hutan" yang masuk ke kawasan terbabit, terbaru menjelang Sukan Malaysia (SUKMA XV) Pahang baru-baru ini. Namun, kejadian yang berlaku malam tadi sungguh memalukan dan tidak wajar sebenarnya. Seorang mangsa yang menghubungi kami semalam berkata, beliau terkejut dan tergaman apabila seorang wanita seksi dengan pakaian yang mengiurkan menegur beliau di kawasan masjid berkenaan. "Saya datang dari luar Kuantan kerana mempunyai tugasan di sini. Saya sudah solat jamak Isyak semasa dalam perjalanan dan kemudian menginap di hotel Shahzan Inn yang berdekatan dengan masjid berkenaan. Sekitar lebih kurang jam 9.o0 malam saya telah bergegas ke masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawikh. Saya tergamam dan terkejut apabila didatangi wanita (berbangsa Cina) itu dan kemudian dia menegur saya .... Asslammualaikum Ustaz, Do you want have some fun !!... (Adakah anda mahu berseronok) katanya. Saya mengucap panjang sebelum bergegas masuk ke dalam masjid", kata saksi terbabit. Apa yang berlaku ini kemungkinan tidak disedari oleh Ahli Jawatankuasa Masjid sebenarnya. Namun, pihak pengawal yang ditugaskan menjaga keselamatan di masjid berkenaan seharusnya memantau pergerakan orang ramai yang lalu lalang di situ. Tambahan pula kejadian berlaku di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.
Keselamatan di Masjid Negeri pada sebelah malam kini diragui sebenarnya
[Persoalannya yang timbul, siapakah wanita terbabit dan kenapa dia bebas menganggu jemaah masjid?. Malah, perkataan yang diluahkan itu saling tak tumpah sama seperti perkataan yang diucapkan oleh "pelacur" sebenarnya. Jika benar dia pelacur, kenapa di boleh terlepas?. Apakah ia ada kaitan dengan pendedahan awal PDO bahawa penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada bulan Ramadhan ini agak longgar dari hari biasa sebelum ini. Amat malang sekali bila adengan ini berlaku kepada orang luar yang berkunjung ke masjid terbabit. Ada maklumat mengatakan wanita itu "tidak betul" atau "gila". Tapi yang menghairankan, kenapa wanita berbangsa Cina itu boleh memberi salam sedemikian rupa?. Inilah yang memusykilkan sekarang, Justertu, pihak berkuasa dan masjid sendiri diminta memantau perkara ini dan mengambil tindakan segera demi imej agama Islam. Kita tidak mahu orang ramai menuduh pelacur pun boleh berkeliaran dan cari makan di dalam kawasan masjid di negeri Pahang ini

Monday, July 23, 2012
MENUTUP AURAT..BUKAN HALANGAN UNTUK BEKERJA
Seorang wanita merekodkan program dalam studio
saluran TV baru yang sedang diuruskan dan dikendalikan secara eksklusif oleh
wanita yang memakai hijab yang penuh, yang akan dilancarkan hujung minggu ini,
di Kaherah, July 19, 2012.
Pada zaman Hosni Mubarak Mesir,
niqabis ditindas dri segi sosial dan politik mengharapkan tempat yang baru dalam masyarakat. Walaupun Mesir adalah masyarakat yang amat konservatif dan kebanyakannya Islam, pemakai niqab telah dinamakan diskriminasi dalam pasaran kerja, pendidikan dan di tempat lain

SKJ mendapat sumbangan TV 50"
23 Julai 2012 jam 5 petang SKJ mendapat TV 50
inci daripada ahli jemaah yang membuat sumbangan peribadi. Alhamdulillah TV
berkenaan telah digunakan semalam semasa Tazkirah ramadhan yang disampaikan
oleh Ustaz Rahman Semayor. Satu kepuasan kepada ahli jemaah muslimat apabila
suasana lebih ceria berbanding sebelum ini TV 21 inci. InsyaAllah bahagian
belakang untuk muslimin akan menyusur kemudian untuk mengantikan penggunaan LCD
projector yang tidak bersesuaian lagi sekarang ini. Pengesahan penerimaan
oleh syarikat pembekal dan pemilik yang diwakili oleh TSU SKJ Encik Rahim.
Rahsia 10 beradik penghafaz al-Qur'an...
Ayah mereka yang bernama Mutammimul Ula adalah
seorang ahli Parlimen Indonesia (PKS) yang sibuk.
Ibu mereka pula, Wirianingsih adalah seorang Dekan, Fakulti Pasca Siswazah yang juga merupakan aktivis tarbiah peringkat wilayah di Indonesia.
Bagaimana mereka yang sibuk ini boleh mengeluarkan 10 orang anak pengafaz al-Qur'an yang lahir daripada didikan di rumah mereka sendiri ?
Di antara rahsia ibu bapa mereka :
1-Bercita-cita tinggi untuk menjadikan semua cahaya mata mereka penghafaz al-Qur'an.
2-Pengurusan masa yang baik dengan mengkhususkan kebanyakan masa selepas subuh dan selepas maghrib bersama anak-anak setiap hari dengan bacaan dan didikan al-Qur'an.
3-Memberikan hadiah dan galakan kepada anak-anak yang cemerlang dengan pencapaian hafazan al-Qur'an.
4-Banyak berkorban untuk agamaNya, maka Allah permudahkan urusan pendidikan anak-anak mereka.
Bagaimana dengan anak-anak kita ?

Tidak Tahu Baca Qur’an, Kuburnya Bercahaya Menjulang Ke Langit
Oleh: abuhikam
"Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata.
Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.
Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.
Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.
Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.
Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.
Anihnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.
Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.
Ia akan duduk dan membelek alqur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.
“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.
Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.
Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.
Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua. "

Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam
Oleh: kamal_hasan
"Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.
Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.
Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?
Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.
Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.
Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter.
Keanehan Air Zam-Zam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.
Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.
Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah
untuk diuji.
Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.
Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.
Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).
Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.
Subscribe to:
Posts (Atom)