
BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH
Tuesday, September 28, 2010
Monday, September 27, 2010
6:30 pagi MANDI LAUT DI PANTAI RUSILA
Sempena majlis perkahwinan Ayah De (Wan Mohd Nasir) kami sekeluarga mengambil peluang mandi laut di Pantai Rusila iaitu pantai belakang rumah Kak Jah (Wan Faizah). Bestnya mandi laut di waktu pagi. Airnya ada rase sejuk dan panas. Tak cuba tak tau!
Sunday, September 26, 2010
Tangan Adik Wan Nur Aina Najihah
Ini kesan tangan adik yang terkena kaca almari semasa maghrib malam Jumaat 1hb April 2010. Abah pergi surau Batu 2 Kampung Jaya bersama kakak dan angah untuk solat dan mendengar kuliah ustaz Hishamudin Abd Karim. Yang tinggal kat rumah mama dan adik je. Adik di masuk ke Wad Hospital Kemaman jam 10 malam. Pada hari Jumaat jam 2:30 petang adik di hantar ke Hospital Kuantan kerana Hospital Kemaman ketiadaan pakar yang secara kebetulan Doktor pakar pergi ke KL. Abah mengambil keputusan untuk di rujuk ke Hospital Kuantan. Terpaksalah abah dan mama menginap dalam wad 3 hari 2 malam. Gambar ini dirakam selepas seminggu pulang daripada Hospital Kuantan dan selepas itu tiap-tiap hari berulang ke Hospital Kemaman untuk cuci luka. Hampir sebulan untuk sembuh dan jahitan tercabut.
Thursday, September 23, 2010
IKAN KAKAP PUTIH 6.1kg
Ikan ini di pancing oleh kawan Abah pada pagi Jumaat 17hb. Sept. 2010 di sungai Seberang Tayor Hilir kawasan Abah mandi bersama anak-anak.
Wednesday, September 22, 2010
Saturday, September 18, 2010
XPDC MTB ke Jeram Tujuh di Air Putih
XPDC MTB ke Jeram Tujuh di Air Putih
Abah bergambar kenangan bersama peserta XPDC Mountain Bike (MTB) sejauh 47km sehala. Abah cuma menjadi Marshall berkenderaan Hilux je. Tujuan asal untuk ke Air Terjun Jeram Tanduk tetapi kerana ada masalah iaitu kawasan berkenaan telah di wartakan sebagai kawasan larangan kerana penyakit kencing tikus. Sebab itulah arah tujuan bertukar tempat.
Monday, September 6, 2010
Cukur Jambul
Ini lah Abah yang diberi kesempatan mengunting rambut Adik Aina. "Jangan lupa selawat Bah" doakan adik agar menjadi ustazah satu hari nanti ye. InsyaAllah adik akan jadi Muslimat yang sejati yang sentiasa berlandaskan pegangan al-Quran, Hadis dan para ulama.
Sunday, September 5, 2010
CUKUR JAMBUL
Ayah Chik memangku adik Aina untuk majlis cukur jambul. Majlis ini berlangsung di rumah orang tua Mama. Majlis ini sempena solat hajat untuk Tok Ki menunaikan Haji. Untuk jimat belanja buat secara pekejlah.
Saturday, September 4, 2010
DI PERKARANGAN RUMAH PEREMPUAN
Parking kereta terlalu hampir dengan rumah pihak perempuan. Susahlah macam ni. Apa-apa pun ok belaka. Abah susah hati cari puting adik tak jumpa-jumpa.
Wednesday, September 1, 2010
ROMBONGAN - BERTUNANG
Kesian kat Mama kena dukung Adik. Orang lain bawa dulang hantaran. Abah dia pergi mana? Mama kena cari. Kena check betul-betul. kan Abah ngejas awek!
MAJLIS PERTUNANGAN AZIZI
Mak menyarung cincin ke bakal menantu "Cik Ifah" tapi masih dengar kata-kata tuan penasihat "Mama sayang".
Subscribe to:
Posts (Atom)