BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Friday, April 12, 2013

WAN AINUR SAFIYYAH 7 BULAN

 
Sepanjang kehidupan kami sekeluarga amat berbahagia dengan kehadiran anak yang ke empat ini. Walaupun sudah 2 kali adik Ainur terjatuh. Yang pertama kerana kelalaian kak yong leka bermain basikal terlupa beca yang dinaiki adik Ainur tidak di ikat lagi sehingga terlepas dari pintu lalu menluncur laju terjatuh ke tanah. Dan yang keduanya semasa angah yang terlalu seronok bermain dengan adik Ainur terlepas dari peganggan tangan lalu terjatuh ke lantai. Alhamdulillah Allah masih memberi kami kegembiraan lagi. Dan kami mengharapkan Allah SWT sentiasa menglindungi kami daripada sebarang bala bencana yang tidak kami mampu menanggungnya. Nauzubillah. Mohon Allah SWT jauhkan.



Tuesday, March 12, 2013

Air Terjun Menderu Cabang Kerteh

9 Mac 2013  Sabtu - Gembira, seronok kerana sudah lama tidak mandi air terjun hampir 2 tahun rasanya. Kalau kat pantai sudah lama tidak pergi. Seingatnya semasa di rumah Kak Jah di Rusila sahaja yang dapat mandi laut. Tetapi mandi air terjun terasa tersangat istimewanya. Walaupun sebelum ini hanya mandi di sungai Kampung Seberang Tayor sahaja. Itupun kerana ada kawan yang tinggal disana beri maklumat yang sungainya cantik untuk mandi manda. Tetapi hari ini dapat peluang bersama keluarga untuk sama-sama beriadah di Air Terjun Menderu Cabang Kerteh yang jaraknya 37.5km sahaja daripada rumah. Alhamdulillah selepas makan tengahari dan solat zohor dirumah terus menuju ke lokasi pilihan. Perjalanan dikira menarik juga kerana jalan bertar. Hanya selepas memasuki persimpang daripada perkampungan menuju ke tempat Air Terjun sahaja jalan tar yang sudah rosak. Tetapi dikira masih baik lagi. Hanya berbekalkan meehon goreng dan jeput bilis dan air strawberry sudah memandai. Kawasan Air Terjun Menderu yang ada tempat parking kenderaan, persalinan pakaian, tandas, wakaf, meja riadah dan surau. Persekitarannya sentiasa terjaga. Sekitar jarak tertentu ada tong sampah dan plastik hitam. Papantanda jelas terpapar kawasan ini yang dijaga oleh Jabatan Perhutanan Negeri. Hutan simpanlah tu. Tetapi sekiranya kawasan ini ditender balak, akan musnahlah persekitarannya. Setelah jam masuk waktu asar kami pulang. Target 6 April 2013 Sabtu, kami akan datang lagi. Mungkin kali ini lebih awal lagi sekitar jam 11 pagi. InsyaAllah.   

Friday, December 28, 2012

Banjir di Mak Chili Paya, Bukit Mentok dan Taman Soleha


Gambar dirakam pada 26hb rabu pagi / petang. Pada 27hb khamis pagi / petang. Pada 28hb Jumaat pagi / petang. Pada 29hb sabtu pagi. Apa yang dikenalpasti adalah masalah longkang yang dikorek pada tahun ini. Kebiasaannya setiap tahun akan dilakukan pembersihan longkang oleh kontraktor yang dilantik. Mungkin kerana kepadatan rumah yang dibina ditepi longkang menjadi kesukaran kepada kontraktor memasuki jentera penggoreknya. Apa-apa pun kita kena berserah kepada yang maha berkuasa iaitu Allah S.W.T. “Inalillah wainahirujiun.”  



Tuesday, July 31, 2012

Penghinaan kepada Nabi Musa A.S. di Olimpik 2012?

Gambar di atas: Dikatakan bahawa Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil kerana bimbang akan tentera Firaun yang akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang lahir pada masa itu. 

Lihat gambar bayi itu, yang sedang tidur dan dibawa secara perlahan-lahan, menggambarkan bahawa bayi tersebut adalah Nabi Musa A.S yang sedang dihanyutkan diatas Sungai Nil ketika waktu malam.
Selepas itu dalam gambar ini muncul pula patung seolah-olah ahli sihir yang memegang tongkat. Kita pernah dengar cerita-cerita mengenai Nabi dan Rasul kita termasuklah Nabi Musa kan. Nabi Musa A.S mempunyai tongkat yang mempunyai kuasa dan itu adalah mukjizat yang diberikan Allah SWT kepada beliau. Nabi Musa A.S menggunakan tongkat itu untuk membelah laut setelah mendapat petunjuk dari Allah SWT bagi menyelamatkan kaumnya Bani Israel untuk melarikan diri dari dikejar Firaun Laknatullah. Dan dengan kuasa Allah SWT laut itu terbelah dua dan ketika Firaun melintasinya, laut itu kembali seperti sedia kala dan menenggelamkan Firaun dan pengikutnya.

Gambar ini adalah satu penghinaan kepada Islam umumnya. Mereka menggambarkan Nabi Musa A.S sebagai ahli sihir tersebut. Dikatakan ketinggian Nabi Musa adalah 40 hasta.

1 HASTA = 45.72 CM
40 HASTA = 1828.8 CM
1828.8 CM = 18.2 M

Bukankah ketinggian ahli sihir itu lebih kurang 18 meter ??? Wallahu’alam.. 

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mengagumi acara itu kerana percayalah banyak lagi bukti-bukti upacara penyembahan syaitan dan penghinaan kepada Islam berlaku pada acara itu. Cuma kita menyedarinya ataupun tidak sahaja.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui,
Sama ada baik ataupun yang buruk.
Jadi banyak-banyakkan lah meminta ampun kepadaNya.
InsyaAllah, Dimakbulkan doa kita semua..
Amin, Assalamu’alaikum.