BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Wednesday, May 30, 2012

JADUAL KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS BULAN JUN 2012


1/6-Jumaat-Stadium Darul Aman Alor Setar Kedah (5 ptg) 

2/6-Sabtu-(Tiada Kuliyah) 

3/6-Ahad-Surau Flat Gelung Bilal K.Trgnu 

4/6-Isnin-Masjid Pinang Merah Paka Trg 

5/6-Selasa-Surau Wan Esah Seberang Baroh K.Trg 

6/6-Rabu-Masjid Kg Butut Kuala Berang Trg 

7/6-Khamis-Masjid Bt.6 K.Trg 

8/6-Jumaat-Surau Ladang-K.Trg 

9/6-Sabtu-Dataran Keadilan KM 18 Parit Hj Salleh Parit Raja Batu Pahat 

10/6-Ahad-Masjid Sungai Abong Bandar Maharani Muar 

11/6-Isnin-Pusat Tarbiyah Darul Ansar Kg Cempaka Lanchang Pahang 

12/6-Selasa-Unisel Shah Alam Selangor 

13/6-Rabu-(Tiada Kuliyah) 

14/6-Khamis-(Tiada Kuliyah) 

15/6-Jumaat-Masjid Jamek Cukai Kemaman 

16/6-Sabtu-Masjid Balok Makmur Kuantan 

17/6-Ahad-(Tiada Kuliyah) 

18/6-Isnin-Masjid Pulau Ketam K.Trg 

19/6-Selasa-Masjid Simpang 4 Cendering K.Trg 

20/6-Rabu-Stadium Bolasepak Petaling Jaya Selangor (9 mlm) 

21/6-Khamis-(Kuliyah tertutup KL) 

22/6-Jumaat-(Kuliyah tertutup KL) 

23/6-Sabtu-Masjid Al-Azhar Kuis Bangi Selangor 

24/6-Ahad-Masjid Al-Azeem Pandan Indah KL (Forum 9 mlm) 

25/6-Isnin-(Tiada Kuliyah) 

26/6-Selasa-Masjid Pulau Serai Dungun Trg 

27/6-Rabu-Surau Blkg Stadium Negeri K.Trg 

28/6-Khamis-Dataran Pasar Malam Bandar Grik Perak 

29/6-Jumaat-(Tiada Kuliyah) 

30/6-Sabtu-Masjid Banggul Peradung K.Trg

Aishah Masuk PAS


Saya berdiri di sini sebagai orang biasa, tiada kepentingan politik, tak ada cerita-cerita politik, tak nak jadi orang politik. Apa yang saya akan ceritakan.. mungkin tak ada statistik seperti cerita dari bakal-bakal calon kita dan orang-orang lama yang telah berada dalam Pakatan Rakyat.
Tapi cerita saya adalah cerita rakyat biasa. Perkongsian saya adalah pengalaman saya merantau lama, di New Zealand sahaja dah lebih 10 tahun dan dah setengah dunia dah saya tengok. Dan saya dapat melihat perbandingan dengan apa yang sedang berlaku di luar dan dalam negara kita.
Saya teruja bercerita. Dalam penghijrahan dalam diri saya, penghijrahan dari tempat ke tempat yang lebih baik. Dalam membetulkan diri saya, dan memdidik anak-anak saya. Apabila saya berkawan dengan ustazah-ustazah dan ustaz-ustaz, saya terjumpa hadis riwayat Said al-Khudri r.a yang meriwayatkan Rasul S.A.W bersabda yang bermakna “jika diantara kamu berhadapan dengan kemungkaran hendaklah kamu menukarnya dengan tangan kamu dan jika tak sanggup dengan tangan kamu, dengan lisan kamu, dan jika tidak sanggup dengan lisan kamu,  membencinya dan itu adalah selemah-lemah iman”.

Saya terpanggil untuk bercakap sebenarnya lama jugak kena fikir. Anak-anak kecil lagi, orang kata kalau bercakap diatas pentas pembangkang susah nak cari makan, memanglah jabatan kerajaan tak bagi ‘show’ lagi dah.Tapi Allhamdullilah mungkin kita berkawan-kawan dengan orang yang faham tentang agama. Kata orang, seperti kita berkawan-kawan dengan orang yang membuat minyak wangi sikit sebanyak InsyaAllah kewangian itu akan terpercik kepada kita. Jadi, bagi saya.. saya diigatkan dia kata. “Aisyah, rezeki ada dimana-mana. Rezeki kita telah ditentukan oleh Allah Taala. Daripada usia 4 bulan dalam rahim ibu kita memang ‘comfirm’ itu hak kamu. Itu yang Allah tentukan. Tapi, yang tak comfirm lagi, di mana kesudahan kita. Di mana kesudahan kita ini sedikit sebanyak bergantung kepada arah tuju. Kita membawa diri kita, bukan hanya diri kita tetapi juga masyaakat di sekeliling kita, kemana arah tuju kita. Samaada kita nak selamatkan diri kita di dunia ini ataupun kita sama-sama hanyut di bawah pemerintahan orang yang tidak bertanggungjawab.

Mula-mula saya dulu ramai juga muslimah jaga anak sibuk nak besarkan anak denagn family. Masa tu saya study. Bab-bab politik ni, tak minat. Tapi saya balik di Malaysia tahun 1998, selepas lebih 10 tahun duduk di tempat orang, saya balik dengan harapan membawa anak-anak saya untuk membesar di sebuah negara Islam atau Negara yang dikatakan sebagai Negara Islam. Tapi bila saya balik ke Malaysia, masyaAllah, saya tengokkan di Kuala Lumpur tu, Hollywood melebihi hollywoo dan bollywoodnya pun lebih dahsyat dari Bollywood.

Apabila saya pernah dijemput untuk menghadiri membuat persembahan di rumah masa tu dia masih atau timbalan menteri pada tahun 1998/1999. Mula-mula saya sampai ini bukan rumah rasmi tapi rumah peribadi, masa tu dengan kawan saya orang New Zealand dia cakap dasyat! Malaysia agaknya gaji menteri besar sungguh, kerana rumahnya bukan main besar. Rumahnya setanding atau melebihi  rumah puteri-puteri atau putera-putera raja Negara-negara minyak, macam tu punya gah rumah menteri….Jadi kalau macam tu saya kalau dapat satu penggal (jadi menteri) pun jadi kalau dapat rumah macam ini.
Kemudian, saya berkawan dengan orang yang bisnes dan saya pernah diajak sekali. Dia kata jom, kita shopping di Nilai tiga. Saya cakap kenapa nak kena shopping di Nilai tiga? Dia kata ni dah nak dekat raya untuk beli kain baju untuk bawah-bawah, kerani-kerani. saya kata biar betul? Kerani-kerani ni buat apa? Dia kata, kalau tak bagi kerani bawah-bawah ni.. nanti claim (tuntutan) aku semua nanti tak naik ke atas.

Saya terperanjat, kerana saya tinggal di New Zealand lebih 10 tahun. Kat sana jarang ada rasuah-rasuah ni. Saya cakap biar betul? Dia cakap yelah. Tu baru kerani bawah-bawah, kalau yang lebih tinggi pangkatnya, lagi besar ganjaranya. Sebab itu tender kalau RM100,000 dan jadi RM300,000.00. 
Saya sungguh terkejut. Saya tak sangka benda ni berlaku di negara Malaysia, negara saya sendiri. Seperti orang kata lah, benda-benda ni macam kebanyakan muslimah kalau tak kena ke batang hidung kita sendiri kita mungkin tak berfikir dan tak ambil serius kita tak ambil perhatian.

Pada tahun 2005, anak saya menghadapi krisis hak penjgaan anak. Dan saya dapat tahu anak saya yang bongsu usia dia lima tahun sudah diajar oleh suami saya menggunakan dadah. Pandai dia tunjukkan cara-caranya. Saya rasa yakin tuan-tuan puan-puan yang ada anak bayangkan kalau anda dapati diri anda dalam situasi itu. Tiba-tiba anak saya telah didedahkan dengan perkara-perkara ni. Dan saya digugat hak penjagaan anak saya oleh orang asing mualaf mungkin bawa anak saya ke  luar negara dan selepas itu, saya tak tahu apa yang akan terjadi dengan agama anak saya. Sebagai seorang ibu, dan saya tahu muslimah semua pada malam ini akan turut merasakan apa yang lebih berharga dalam hidup kita daripada menjaga akidah anak-anak kita.

Saya ditakdirkan diberi peluang untuk buat persembahan untuk seorang VIP seorang menteri yang diamanahkan untuk menjaga hal ehwal wanita. Saya rasa inilah peluang saya untuk menceritakan masalah saya. Ini pemimpin yang kita pilih. Saya ingin mendengar nasihat dan ingin mendengar pandangan yang boleh membawa jalan penyelesaian kepada masalah saya. Selepas persembahan itu, saya dapat bertemu dengan beliau. Beliau memuji dengan senyum manis, suara merdu. Dalam hati saya, saya berkata oh.. nilah peluang saya untuk menceritakan masalah saya. Saya berkata, sebenarnya Datuk Seri ceritanya begini.. saya ada masalah, anak saya macam ni macam ini.. dengan sekelip mata, wajah yang manis itu berubah.

Marah, dia tak suka saya menceritakan masalah saya kepadanya. Masalah ini maslah besar bagi saya masalah akidah anak-anak saya. Tak lama kemudian, datanglah orang-orang dia denagn wajah yang marah, bertanye pada saya. Apa yang you cakap pada Datuk Seri? Saya cakap, saya hanya menceritakan masalah saya. You tak sepatutnya cerita mcam tu, you sepatutnya telefon orang-orang ini orang-orang itu…macam ini macam itu. Dan akhirnya, saya tak dapat apa-apa pertolongan pun daripada pihak ini. Pihak yang telah diamanahkan untuk menjaga hal ehwal wanita. 
Saya tak mintak apa-apa, saya Cuma minta nasihat di mana saya nak bawa masalah saya. Di sini saya mula berfikir, berfikir kerana apa, pelik juga Malaysia ni. Ini pemerintah yang kita pilih, yang kita pilih, kita amanahkan untuk menjaga kebajikan kita tapi bila kita berjumpa dengan dia, menceritakan masalah kita, dia marahkan kita. Ada something wrong dengan sistem kita ni. Ada satu yang tak kena.

Dari sini, saya mula memerhati saya mula berfikir, dan selama saya duduk di luar negara. Saya lihat dimana proses demokrasi yang dilakukan di luar negara. Kalau kita tengok d TV hujah pemerintah setengah jam hujah pembangkang juga setengah jam, rakyat dapat tengok kedua-dua hujah dan rakyat diberi peluang embuat keputusan. Selama saya berada di sana, saya ingat Malaysia macam itu juga. Tapi rupa-rupanya saya kena tipu hidup-hidup, bila saya lihat, saya dapati yang laporan yang dibuat dalam media utama ni, tidak mncerminkan dan tidak menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.

Saya sebagai seorang artis ni dia ada ‘advantage’ ada kelebihan. Kami dijemput ke pelbagai program dan kita jumpa pelbagai masyrakat. Dan bila saya baca dalam media utama saya dengar saya tengok dalam TV dan mereka kutuk-kutuk tentang pembangkang. Saya mula berfikir, saya baru buat program dengan kumpulan itu, haji itu, hajjah itu, kumpulan Nisa’…keapa dia asyik kutuk aja orang ni…(sedangkan) orang itu tak macam ini. Orang ni tak macam yang mereka kutuk. Saya dapati media utama kita hanya mengambil cerita satu pihak sahaja. Sejak dari itu, saya cari media alternatif (yang mengambil cerita dua pihak).

Dan jika anda penyokong tegar pihak BN, buka minda sikit. Cuba baca (tengok), kalau macam dalam mahkamah, kalau kita jadi hakim, kita kena dengar masalah dua-dua pihak. Kalau anda mendengar dari media utama hanya mendengar satu pihak. Carilah cerita, saya cerita dari pihak yang sebelah lagi supaya dapat gambaran yang seimbang.

Kau dengar dari media utama kutuk-kutuk Kelantan miskin itu ini….cakap Kelantan ni miskin lah, nil ah.. dah kau gi ambik royalti minyak kat sana. Kita ada dengar betapa besarnya duit BRIM RM500 untuk anakanak RM100, tapi, kita tak dengar cerita di media utama tentang ketirisan duit rakyat. Tahun 2010, kalau mengikut laporan audit negara, ketirisan penyelwengan, rasuah masuk poket duit rakyat sebanyakRM21 billion. Boleh bayangkan tak betapa banyak 21 billion tu, itulah duit kita punya yang hilang pada tahun 2010, masuk dalam poket (individu) yang tidak dapat dikira… tidak diberitahu kemana duit tu pergi. Kalau kita lihat dari laporan (audit) karipap 20 sen 30 sen, bagi tender dah jadi RM1…disitulah penyelwengan duit…

Bagaimana ia terkait dengan kita? Populasi rakyat 28 juta orang. Kita bahagikan RM21 bilion kepada 28 juta rakyat, setiap kita megalami kehilangan kerugian RM750  setiap orang!! Tak kira anak kecil ke…orang tua ke …..Kalu bab duit hilang ni tak diceritekan, kalau bab bagi RM500 ni diceritakan, satu Negara tahu. Jadi sekarang saya hendak anda semua berfikir kalau setiap orang daripada kita menanggung dalam tahun 2010 sahaja. RM750 satu kepala, dalam satu rumah, ada 4orang, maknanye dalam satu rumah itu, dah hilang RM3000, emak diberikan RM500, ayah RM200 anak mungkin diberikan RM100. (jumlah RM800) bandingkan jumlah yang diberi dengan jumlah duit kita yang hilang.

Bende-benda macam ni yang kita tak dapat ceritanya di media utama. Cerita kapal selam. Kalau anda lihat, google, video cerita kapal selam melalui lawyer Suaram tu, pihk media diharamkan menceritakan pembelian Scorpene ni. Scorpene ni kapal selam. Kapal selam kita dah beli dua buah dengan harga RM7 billion. Rasanya tak campur dengan kos2 yang lain. Mungkin kita perlukan kapal selam untuk menjaga perairan kita. Tapi masalahnya, kapal selam kita tak boleh nak menyelam tu.. dah tersadai di Sabah sana. Duit kita RM7 billion dihabiskan kepada kapal selam ini. Dan banyak cerita yang kita masih mahu dengar tentang komisyen yang diambil oleh pemerintah kita. Tapi cerita ni tak kan keluar dalam media utama. Ia hanya keluar kerana ia menjadi kes antarabangsa. Nak tak nak orang luar tulis pasal cerita ni.

Integriti kewaratwn tidak ada dalam media utama kita. Cerita tu hanya berat sebelah. Contoh paling utama, perhimpunan bersih. Kalau anda lihat, beberapa hari selepas perhimpunan Bersih ceritanya tentang bagaimana orang yang pergi ni, adalah perusoh-perusoh yang menghuru-harakan keselamatan Negara kita. Ada ke muka ni, muka-muka yang pergi tu perusoh? Yang pergi dengan saya tu, saya parking kereta di hotel dan saya berjumpa dengan seorang hamba Allah ni daripada Teluk Intan saya dapat berjalan bersama pergi ke Dataran Merdeka dengan beliau datangnya bertongkat.Walaupun kakinya tak kuat, beliau datang dengan semangat.

Berita fokus kepada tuntutan bersih, tidak diceritakan. Yang diceritakan rakyat perusoh. Fokus tuntutan itu tidak diceritakan. Tuntutan ini hanya ingin membersih nama pengundi yang tidak berdaftar. Itu adalah salah satu tuntutan daripada lapan tuntutan yang diminta, tapi tak dikeluarkan. Kita kena faham apa itu sistem demostrasi. Kalau tuan puan-puan lihat, saya behubung dengan adik-adik di New Zealand yang juga menyertai himpunan bersih di sana, sebagai student di sana. Tak ada pulak kerajaan di sana bawa gas pemedih mata, kalau diorang nak cari pasal diorang boleh tanya kau pelajar luar, yang sibuk-sibuk nak memprotes itu apesal? Tetapi mereka tak berbuat demikian. Kerana mereka paham apa itu demostrasi. Apa hak kita sebagai rakyat untuk menyuarakan ketidak puasan hati kita.

Kita kena fikir bila pemerintah menyindir-nyindir orang PAS kata tak sokong… Tak redho ambil ‘durian runtuh’. Pikir satu je, itu bukan duit mereka. Tidak ada sesiapa pun yang berhak untuk berkata kita tidak berhak mendapat apa-apa bantuan.

Makcik-makcik dan orang-orang tua yang takut nak meyanggah pemerintah… Kita kena ingat, pemerintah itu boleh buat apa-apa dengan izin rakyat. Rakyat yang bagi dia kuasa. Kalau rakyat dizalimi, dan rakyat tidak puas hati. Rakyat boleh ambil balik kuasa itu. Itu hak kita bersama. Sistem demostrasi ini senang sahaja. Duit, harta benda, bangunan, tanah, itu adalah milik kita bersama sebagai warganegara. Bila kita ada sistem demokrasi duit yang kita ada ni, kita amanahkan kepada saudara kita seorang. Kita suruh dia jaga ni, bayar ni, jaga syarikat amanh sebagai pemerintah. Dan kita lantik lagi sorang kawan sebagai pembangkang dalam sistem demostrasi. Kita suruh pembangkang pantau orang yang diamanahkan kalau ada penyelewengan kau cakap kat aku. Bila kawan kita pembangkang ni datang kat kita menceritakan pada kita yang dia ni ada buat benda yang ta betul. Ada ke kita (patut) marah balik kawan kita yang memerhati itu?

Di situlah ramai orang silap tentang tugas pembangkang. Kalau kita tegar sangat menyokong umno, sekurang-kurangnya buka lah minda anda. Dengar cerita sedara kita ni sekurang-kurangya check dulu. Ramai muslimah yang saya tahu, tak mahu ambil tahu tentang politik.

Saya sebagai seorang ibu saya sanggup kemari sana-sini kerana saya sayang anak saya. Saya seperti anda juga, menatang anak saya bagai minyak yang penuh. Kalau saya tak ambil perhatian apa yang berlaku di sekililing saya. Seolah-olah kita meletakkan anak kita ke dalam sampan dan kita beri pendayung kepada orang lain. Nah! Kau buat lah apa yang kau nak buat.

Begitulah terjadinya bila kita tak ambil perhatian kepada politik. Fikirkan tentang masa depan anak-anak. Bagi saya saya tak sanggup tinggalkan anak-anak saya dengan suasana rasuah yang berluasa, rasuah jadi budaya.....

Tuesday, May 29, 2012

Gambar Ustaz Azhar Santuni TG Nik Aziz

 

Gambar ini diambil semasa program di kelantan petang tadi.

Allahuakhbar.

Cuba tengok macam mana Ustaz Azhar begitu santun melayan TG Nik Aziz. Walaupun pelbagai fitnah jahat yang dilemparkan kepada Tok Guru, orang yang berilmu pandai menilai yang mana intan dan yang mana kaca.

Yang berhati gelap saja yang sanggup panggil Ulama sebagai bapa kafir.

Anwar Ibrahim dihalau dari Masjid

 

Dihalang dari memasuki samada Masjid atau Surau bukanlah satu perkara yang luar biasa buat Anwar Ibrahim, meskipun beliau telah dijemput ke Masjid atau Surau itu oleh beberapa AJK Masjid atau Surau itu.

Ini biasanya terjadi apabila ada dari kalangan AJK Masjid atau Surau itu merupakan penyokong tegar UMNO yang tidak dapat membezakan antara rumah Allah dan rumah mereka sendiri.

Sebagai seorang yang berugama Islam kita pasti tidak boleh menafikan bahawa Masjid atau Surau itu adalah rumah Allah, oleh itu setiap kita yang berugama Islam berhak ke atasnya.

Tetapi oleh kerana perasaan benci yang meluap-luap mereka (penyokong tegar UMNO) itu terhadap Anwar Ibrahim, mereka telah menganggap rumah Allah itu milik mereka sendiri.

Mereka telah menghalang Anwar dari memberikan ‘tazkirah’ sementara menanti waktu solat Isyak tiba.

Insiden terbaru telah berlaku di Masjid Taman Sri Pulai Perdana, Johor Baharu.

Kononnya menurut pencacai UMNO yang telah selamat menjalani proses pembodohan oleh pemimpin UMNO dalam soal ini, Islam tidak boleh berkompromi dengan manusia yang berkiblatkan nafsu, berTuhankan Syaitan dan bertopengkan Islam.

Atas dasar apa tuduhan itu dibuat? Sedangkan sudah dua kali Anwar dibebaskan dari tuduhan salahlaku seks oleh Mahkamah.. tidakkah itu satu fitnah?

Saksi dan nilaikan sendiri… adakah benar Anwar Ibrahim ditolak oleh seluruh kariah Masjid atau ditolak oleh segelintir AJK Masjid yang telah selamat menjalani proses pembodohan oleh pemimpin UMNO dan punya kepentingan?

Admin: Komen dari Sumaizi Sulaiman dalam Facebook ..."minta maaf saya mencelah..saya berada ditempat kejadian..saudara DSAI menumpang solat mghrib di masjid Pulai Perdana ni.Sebaik sahj slps solat jemaah menuntut beliau memberikan sedikit tazkirah atau sedikit ucapan aluan2 kpd hadirin..tetapi dihalang oleh dua tiga org jemaah senior a.k.a PETUALANG BANGSA..kononnya nak jaga kesucian masjid dari dikotori pngaruh politik ..memanndangkan DSAI pun ada program di Pengerang dan Kota masai slps itu..beliau terus mengambil kputusan yg professional iaitu meninggalkan masjid dan bersalaman dgn semua jemaah termasok la 3 ekor hero tua tadi..DSAI lepas tu pegi makan..i pun folo sekali.btw..slps DSAI meninggalkan msjid ..tinggal 5 6 org je jmaah..UMNO peruntuh institusi Masjid.."

Majlis Pecah Tanah Pakej 1




MACHANG - Pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73 kilometer, yang akan menelan kos RM1.8 bilion, yang tertangguh sejak 26 tahun, dimulakan di Kampung Berangan Mek Nab di sini, hari ini, antara lain menggunakan sumbangan orang ramai.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, setelah lebih dua dekad pembinaannya ditangguhkan oleh Kerajaan Pusat, pihaknya mengambil keputusan membina sendiri jalan baru itu demi kemudahan rakyat.

Katanya, Projek jalan baru itu diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) dan ditangguhkan dari tahun ke tahun.

"Malangnya pada RMK-10 ia tidak lagi disenaraikan dan kami (Kerajaan Negeri) mengambil keputusan membinanya sendiri.

 "Jalan baru ini memainkan peranan penting dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas pada musim perayaan seterusnya membantu menurunkan indeks kemalangan jalan raya," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Pakej 1 ( Machang-Kuaala Krai) di Kampung Berangan Mek Nab di sini. Projek keseluruhan yang dijangka bernilai RM1.8 bilion itu bakal disiapkan dalam masa tiga tahun.

Pada majlis itu, orang perseorangan dan korporat turut menyumbang bagi sama-sama menjayakan lebuh raya rakyat itu. Nik Abdul Aziz berkata, lebuh raya yang berkonsepkan tanpa tol itu turut dilaksanakan secara wakaf di mana kos pembinaannya serta penyelenggarannya dibiayai sebahagiannya oleh dana hasil sumbangan derma dan wakaf rakyat serta yarikat swasta.

Katanya, projek itu adalah demi kepentingan rakyat dan bukannya permainan politik sebagaimana yang didakwa beberapa pihak.

Sertai Bersih 1.0, 2.0 & 3.0


Oleh: Abdul Hadi Awang 

MEMILIH pemimpin negara adalah amanah besar dalam Islam, yang disebut Ulil Amri. Al-Quran mengesahkan semua rasul menentang sekeras-kerasnya ajaran yang memartabatkan pemimpin kerajaan sehingga dianggap Maha Suci daripada segala kesalahan.

Di zaman keemasan umat Islam menjadi kuasa besar dunia, setiap Uli al-Amri yang dinamakan Khalifah diharamkan bersikap Maha Suci seperti Tuhan Yang Maha Esa (ALLAH S.W.T).

Rasulullah S.A.W bersabda: “Ketaatan terhadap pemimpin hanya dalam perkara yang baik“. Ucapan ini adalah mentafsirkan perintah ALLAH yang dihayati di masa baginda sendiri menjadi ketua negara dan wajib diikuti oleh umatnya.

Ucapan Abu Bakar R.A apabila dipilih menjadi ketua negara selepas wafatnya Rasulullah S.A.W: “Wahai tuan-tuan! saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, padahal saya bukannya orang yang terbaik di kalangan kamu."

"Sekiranya saya dalam keadaan yang baik tolonglah saya, sekiranya saya dalam keadaan yang buruk perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat..." Beginilah juga ucapan setiap pemimpin yang dilantik selepasnya.

Amalan sistem pemerintahan Islam yang dibukukan dan dicatit oleh para ulama Islam daripada semua mazhab menjadi kajian para orentalis.

Kitab-kitab seperti Muqaddimah Ibn Khaldun, Ahkam Sultaniyyah, Adab al-Wazir dan lain-lain diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah mempengaruhi perkembangan Demokrasi Moden yang diamalkan oleh negara Barat.

Walaupun mereka menerima dengan fahaman sekularisme yang dianut, memisahkan politik daripada agama, namun pengaruh inilah yang mewujudkan sistem pilihan raya yang adil dengan memberi hak kepada rakyat menjadi hakim terhadap kerajaan dan para pemimpin kerajaan yang boleh dijatuhkan sekiranya berlaku kesilapan atau kelemahan dalam mentadbir negara, rakyat pula diberi hak dalam urusan pemerintahan secara beradab.

Sistem yang adil ini menggantikan revolusi rakyat secara berdarah yang banyak berlaku seperti di England, Perancis dan lain-lain. Akhirnya terciptalah demokrasi moden dengan mewujudkan pilihan raya yang adil.

Bagi mewujudkan penghakiman yang adil oleh rakyat melalui pilihan raya, maka rakyat diberi kefahaman yang benar berkenaan pilihan raya.

Mereka benar-benar memahami hak mereka dengan larangan tegas secara undang-undang terhadap ugutan, sogokan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Pihak media diletakkan sebagai saksi yang melaporkan semua pihak kepada rakyat yang menjadi hakim, sama ada pihak kerajaan yang dituduh atau pihak pembangkang yang menuduh.

Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah badan yang bebas bagi mengendalikan urusan pilihan raya mengikut sistem pemisahan kuasa di antara badan kehakiman, perundangan dan pentadbiran yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W ketika menegakkan negara contoh di Madinah.

Sistem ini diterima oleh semua parti Islam di seluruh dunia termasuk Pas, yang ditubuhkan daripada gerakan tajdid dan islah kerana demokrasi moden menjadi medan politik paling sesuai dengan Islam yang mengutamakan secara damai. 

Keseluruhan negara Barat dan termasuk negara komunis sekarang telah berubah, menerima sistem demokrasi pilihan raya yang adil, sehingga tidak ada parti dan pemimpin kerajaan boleh mendabik dada bahawa mereka Maha Suci daripada segala sifat kekurangan dan tidak ada kesilapan langsung.

Sistem demokrasi moden ini menjadikan parti kerajaan dan pemimpinnya sentiasa berwaspada dan sedia ditolak dan dihukum oleh rakyat, maka berlakulah perlumbaan yang sihat bagi melakukan yang baik dan menolak yang munkar, menjadikan riadah yang menjadikan hak rakyat dan kerajaan sentiasa sihat kerana silih berganti apabila berlaku setiap kelemahan dan para pemimpin sangat berhati-hati menunaikan amanah.

Di Amerika pernah dibatalkan kemenangan seorang presiden dalam peristiwa yang terkenal dengan nama skandal Water Gate. Di England pula menjatuhkan kerajaan kerana skandal salah seorang menteri kabinetnya dengan pelacur yang berkait dengan perisikan negara asing.

Di India membatalkan kemenangan seorang perdana menteri kerana menyalahgunakan jentera kerajaan dan banyak lagi. Di zaman kini banyak negara yang dibelenggu dengah sistem dictatorship terpaksa berubah kepada sistem demokrasi pilihan raya yang adil.

Negara kita Malaysia yang tercinta ini mengalami sistem demokrasi menuju ke arah yang lebih buruk dan memalukan. SPR yang tidak bermaya untuk melakukan reformasi demokrasi yang sebenar kerana tidak diberi kuasa yang sebenar mengikut takrif demokrasi dan tidak berlaku pemisahan kuasa yang sebenar.

Kedudukannya berada di bawah siapa parti yang memerintah mengikut arahan secara nyata dan sulit bagi mengekalkan sistem satu parti seperti negara komunis, secara agenda yang diatur begitu rupa.

Media arus perdana sebelah pihak yang menutup minda rakyat mengetahui segala kelemahan kerajaan, seolah-olah menjadikan kerajaan itu Maha Suci sepanjang hayat seolah-olah tidak ada ajal dan tidak ada hari kiamat.

Daftar pengundi yang tidak masuk akal seperti jumlah isi rumah laksana sebuah kampung dan penduduk kampung yang ramai laksana satu daerah kerana terlalu gelojoh mangambil pengundi bagi menjamin kemenangan parti yang sedang memerintah walaupun sudah banyak senarai penyelewengan sehingga dilupai yang telah berlaku sebelumnya tanpa tindakan yag adil.

Politik wang yang membarah ke dalam parti kerajaan dan masuk pula ke dalam rakyat, ke lapangan pilihan raya umum.

Semua yang berlaku adalah kemungkaran yang mencalarkan imej Islam yang menjadi agama negara mengikut perlembagaan dan banyak kemunkaran yang wajib dicegah dan kezaliman yang wajib disanggah.

Pas wajib menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia dengan memberi kefahaman yang betul kepada penganut Islam dan memperkenalkan Islam kepada bukan Islam, bagi mengajak kepada makruf dan mencegah kemunkaran kerana Rasulullah S.A.W mewajibkan kepada setiap orang Islam menyampaikan mesej sebenar, menyatakan yang benar dan mencegah kemunkaran mengikut kemampuan masing-masing dengan tangan, lidah dan perasaan benci dalam hati.

Demonstrasi aman yang menjadi salah satu daripada amalan demokrasi moden adalah salah satu cara menunjukkan kebencian dalam hati.

Rasulullah S.A.W mengizinkan para sahabatnya keluar beramai-ramai daripada persembunyian mereka di Makkah selepas Islamnya Hamzah dan Umar R.A bagi menunjukkan sikap mereka terhadap pamimpin Makkah yang zalim secara terbuka dan aman tanpa senjata.

Ketika berada di Madinah dan telah wujud negara yang berkuasa, tiba-tiba Rasulullah S.A.W bersabda kepada para sahabatnya, menyebut peristiwa lama berlaku sebelum dilantik manjadi Rasul:

"Aku pernah dibawa oleh bapa-bapa saudaraku ke rumah Abdullah bin Judaan bagi mengadakan Halaf Fudul (persefahaman dan kerjasama) bagi membela mereka yang dizalimi dan menentang mereka yang zalim secara bersama. Sekiranya perkara ini dibawa kepadaku sekarang nescaya aku menyertainya."

Rasulullah menerima secara positif segala sifat yang baik secara fitrah yang ada dalam diri manusia termasuk bukan Islam, sehingga menghargai keluarga Hatim al-Toei seorang pemimpin kabilah yang suka menolong dan meraikan tamu di zaman jahiliyyah dan banyak lagi contoh yang lain.

Bersih adalah gabungan kerjasama NGO berbagai agama dan parti-parti politik pelbagai ideologi yang menganjurkan demonstrasi aman bagi membantah pilihan raya yang mengotorkan amalan demokrasi di Malaysia, ramai kalangan mereka tidak terlibat secara langsung dalam pilihan raya, tetapi sifat fitrah manusia yang bencikan zalim, tipu dan lain-lain.

Pas berpendapat bahawa BN telah banyak menyeleweng daripada konsep demokrasi yang adil. Umno sendiri telah lama merosakkan imej Islam. Ajaran Islam meletakkan politik adalah amanah besar yang diamalkan para Rasul seluruhnya, tiba-tiba dikotori dengan banyak perkara yang memalukan seperti menyalahgunakan kuasa secara penipuan dan zalim bukannya bertahan dengan akhlak yang mulia.

Amanah politik dijadikan peluang mengumpul harta dan menaikkan pangkat, bukannya amanah yang wajib ditunaikan. Harta dan kuasa dijadikan senjata mengugut rakyat, laksana dajjal yang zahir di akhir zaman, menawarkan kesenangan untuk pengikutnya sahaja, sesiapa yang tidak mengikutnya menerima padah.

Akhirnya Pas wajib mencegah kemungkaran besar yang sedang berlaku ini, hujah lebih kuat lagi apabila membaca amanat Rasulullah S.A.W:

“Sama ada kamu menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran atau berdiam diri, nescaya orang-orang yang jahat memerintah kamu, lalu orang-orang yang baik berdoa, tiba-tiba doanya tidak diperkenankan oleh ALLAH“. Sabdanya lagi: ” Menyatakan yang benar kepada kerajaan yang zalim adalah jihad paling afdal “.

Pas tidak membenarkan para ulamanya menjadi syaitan bisu yang berdiam diri terhadap kebenaran di hadapan mata yang wajib ditegakkan dan kemunkaran nyata yang wajib ditegah, Pas tidak mengizinkan para ulamanya menjadi burung kakak tua yang bercakap hanya mengikut apa yang diajar oleh tuannya sahaja dan tidak mampu menilai sendiri.

Adapun alasan berlakunya kekacauan selepas itu, adalah disebabkan salah laku kerajaan terhadap perhimpunan aman seperti melarang berhimpun di padang Dataran Merdeka yang menjadi tempat berhimpun dan provokasi pihak yang diadakan sendiri atau diizin oleh kerajaan sendiri.

Sikap tidak adil melantik kumpulan penyiasat yang ditunjukkan oleh satu pihak kerajaan sahaja adalah cara yang tidak bermoral untuk menegakkan keadilan yang sebenar.

Lebih tidak adil lagi apabila adanya tangkapan selepas bersurai dan menyeksa mereka yang ditangkap, dimaki hamun dan sebagainya. 

Ini bukan cara yang bijak untuk mempertahankan kerajaan, bahkan cara menggali lubang sendiri untuk jatuh dengan cara memalukan. Bukan sahaja menjadi sunnah alam dan nas al-Quran dan hadith, serta doa mereka yang dizalimi pasti diperkenan ALLAH walaupun daripada seorang yang bukan Islam.

Akhirnya, kalau bangsa Melayu masih bersama Umno yang tidak menegakkan Islam yang sebenar, berlakulah amaran Allah:
ÙˆَØ¥ِÙ†ْ تَتَÙˆَÙ„َّÙˆْا ÙŠَسْتَبْدِÙ„ْ Ù‚َÙˆْÙ…ًا غَÙŠْرَÙƒُÙ…ْ Ø«ُÙ…َّ Ù„َا ÙŠَÙƒُونُوا Ø£َÙ…ْØ«َالَÙƒُÙ…ْ ( 38
Maksudnya: Sekiranya kamu berpaling (tidak mahu menegakkan agama kamu) nescaya Allah menukarkan kaum lain, kemudian mereka tidaklah seperti kamu. (Surah Muhammad: 38).

Nik Aziz sebak pelajar Yik solat berlantai tanah

 

Oleh Salmah Mat Husain


MACHANG:
 Di saat pihak tertentu yang tidak sebulu dengan perjuangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menuduh sebagai ‘bapa kafir’, beliau terus menunaikan solat sunat rutin hariannya tidak kira di mana sahaja berada.

Semalam Tuan Guru menunaikan solat sunat syukur sebaik sahaja melihat pelajar menunaikan solat sunat dhuha di bawah pokok tanpa sejadah dan hanya berlantaikan tanah di hujung dewan Madu bersebelahan khemah masing-masing.
Tuan Guru tidak dapat membendung perasaan sedih gembiranya apabila melihat pelajar sekolah aliran Yayasan Islam Kelantan (Yik) menunaikan solat sunat dhuha.
Lebih 1,000 pelajar Yik menghadiri program Muqayyam Tarbawi di Kompleks Tarbiah Islam Ulama (Madu), dekat sini pagi semalam, antara pengisiannya menunaikan solat sunat dhuha.
Tuan Guru yang kebetulan melalui laluan itu untuk merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan di dewan besar Madu, tidak dapat menahan sebak kerana syukur anak didik rakyat Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan negeri begitu tekun menunaikan solat sunat itu.
Kerana sebak dan terharu yang amat sangat, menyebabkan bacaan solatnya sesekali teresak dan terganggu.
Tuan Guru mendedahkan perkara itu sewaktu berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan.
“Di saat-saat anak muda merempit di jalan-jalan, di tengah anak-anak muda lepak di pasaraya, di tengah anak-anak muda leka bersama teman masing-masing di luar Kelantan, tetapi pelajar Yik, anak muda Kelantan tekun menunaikan solat.
“Saya tidak dapat menahan sebak, saya begitu terharu, ya Allah ini hasil yang telah kami dapat hasil pentadbiran kami selama 22 tahun lalu, subhanallah,” ujarnya sekali lagi lagi menahan sebak.
Hampir seluruh pelajar Yik mewakili program yang diadakan setiap tahun selama tiga hari itu.
Selain seminar, turut diadakan slot solat berjemaah, riadah, qiamullail dan lain-lain lagi.

Saturday, May 26, 2012

Majlis cukur jambul anak AJK SKJ

Ustaz Ahmad Dasuki Rani adalah anak saudara kepada Tuan Guru Dato Nik Aziz MB Kelantan. 
Ustaz Zawawi Yusof. 
Tuan Haji Hanafiah 
Ayah kepada Tuan Haji Wan Zubir 
Tuan Haji Hamid 
Ustaz Suhaimi 
Cikgu Mie

26 Mei 2012 Sabtu - forum perdana

Ahli panel Ustaz Ahmad Dasuki Rani dan Ustaz Zawawi Yusof.


Tuan monderator Ustaz Muhammad Rashidi Abdullah. 




Penasihat SKJ Tuan Haji Hamid menyampaikan cenderahati kepada tetamu. 


Ustaz Zawawi melancarkan Dana dan Jentera PRU13 bagi cawagan kampung Jaya. Takbir
Seterusnya Ustaz Ahmad Dasuki membaca doa. 



Ustaz Zawawi menurunkan tandatangan atas Banner.

Pembelian kabin untuk kelas di SKJ

25 Mei 2012 Jumaat, pembelian kabin dengan syarikat Grace di Gebeng Kuantan. 


Kini kabin ini berada di SKJ.

26 Mei 2012 Sabtu Sukaneka sempena Hari Terbuka SKJ

Antara pelajar Kafa Afnan dan para ibubapa yang mengambil tempat seawal pagi jam 8. 


Acara menaikan bendera Gergasi PAS


Tuan Haji Hanafiah merasmi program Hari Terbuka SKJ. 


Ustaz Faizan dan Ustaz Syed




Berbagai acara pelajar dan ibubapa












Penyampaian hadiah oleh Bendahari SKJ Tuan Haji Tahir kepda semua peserta. 

Penyampaian Hadiah Oleh SU SKJ Encik Azmi kepada cabutan bertuah. 
Penyampaian hadiah oleh AJK SKJ Encik wan Marzuki kepada pelajar yang berpasangan dengan ahli keluarga 
Cenderahati kepada semua Ustaz dan Ustazah Kafa Afnan. 
Bermula Jamuan Rakyat jam 12.30 tghari hingga jam 10.30 malam. Gulai Daging Kerbau, Sup Kambing, Nasi Bukari, kuih muih, mee hon goreng, Air Timun Cina, Air cendol dan berbagai-bagai lagi.